
Fizi Woo terus menghasilkan karya eksentrik untuk lebaran 2018 dengan koleksi yang diberi nama ‘The Bread Winner’. Mengambil penetapan era pra Revolusi Perancis sekitar tahun 1780-an. Koleksi ‘The Bread Winner’ diilhamkan oleh bagaimana kekurangan makanan iaitu roti di kalangan golongan miskin dan kelas menengah Perancis yang telah mencetuskan pemberontakan yang dimulakan oleh sekumpulan wanita terhadap Raja Perancis sekaligus mencetuskan Revolusi Perancis pada tahun 1789.
Diilhamkan oleh pemberdayaan wanita pada zaman itu, koleksi Woo / Fiziwoo Aidilfitri 2018 juga memberi tumpuan kepada golongan wanita moden pada masa kini dengan sentuhan klasik melalui penekanan siluet klasik, mempertahankan tradisi Melayu dengan pemotongan tepat kurung panjang. Selaian itu aksen peplum asimetri, lengan lonceng dan juga elemen folding yang menjadi signature jenama ini dapat dilihat pada koleksi kali ini yang disesuaikan dengan gaya ready-to-wear. Selain itu, penggunaan fabrik tenun Poly-blend yang digunakan bagi mencetuskan kelainan hadir bersama percikan rona anggun antaranya Pastel Dusty Pink, Sky Blue, Powder Lilac, hijau olive, merah hati dan juga hitam.
Jom kita lihat koleksi anggun dari jenama terkenal ini!
6 Peraturan Memakai Denim Yang Anda WAJIB TAHU, Serius Bikin Dirimu Lebih Sempurna!

Pemakaian denim tidak terhad sekadar seluar jean sahaja. Seiring dengan kemodenan fesyen, denim kini telah dipelbagaikan cara pemakaiannya.
Selain tampak lebih trendy dan bersahaja, gaya pemakaian denim yang sempurna mampu memberikan penampilan yang lebih moden dan terkini.
Nona berkongsi tip agar anda nampak relevan di abad ini dengan padanan denim tepat dan sempurna.
(1) Denim cukup sesuai untuk gaya kasual dan juga semi formal. Bagi gaya semi formal, elakkan dari memilih rona lusuh dan koyak. Untuk penampilan yang kemas dan sempurna, padankan denim biru bersama aksesori yang tidak terlalu menonjol.
(2) Pemakaian kemeja denim masih lagi in, namun anda dinasihatkan untuk memilih perincian atau rona yang berbeza. Untuk kelihatan lebih menarik, padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik agar tampil lebih bersahaja dan relaks.
(3) Tahukan anda bahawasanya denim yang berusia lebih lama memberikan nilai estetika yang lebih tinggi? Jadi, untuk memulakan musim baru, gandingkan denim musim lepas bersama aksesori yang bakal menjadi pilihan musim hadapan seperti pepaku, kulit dan rona hitam.
(4) Untuk gaya yang lebih klasik dan santai, cukup sekadar dengan memadankan seluar denim dan kemeja-T. Anda boleh menggayakannya bersama pointed heels untuk menyuntik elemen seksi tanpa perlu mendedahkan bahagian tubuh anda.
(5) Berikan perhatian pada labuh jeans yang anda pilih. Sekiranya ia terlalu labuh, penampilan anda akan kelihatan tidak kemas. Jika ia terlalu pendek, penampilan anda kelihatan terlalu santai dan kurang kemas. Jadi, pastikan panjang denim yang dipilih bersesuaian dengan anda.
(6) Jika anda memakai denim berwarna putih, padankan bahagian atas atau bawah yang berlainan seperti warna hitam, biru navy atau kelabu. Ia akan lebih menyenangkan gaya dan penampilan anda. Elakkan pamakaian warna seakan seperti kuning dan hijau.
Elak Jadi Mangsa Fesyen, SELUAR JEANS & T SHIRT PUTIH Item Basic Must Have Dalam Almari!

Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya.Namun fesyen tidak hanya menerhadkan fokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik. Mahu kelihatan relevan sepanjang masa? Ini Nona kongsikan 5 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.
1. KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-have untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glammed up. Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.
2. BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa satu-satu busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah pengetahuan yang perlu ada buat setiap fashionista! Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan ‘terseksa’. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe atau silk dan cotton blends.
3. JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sophisticated, beringat apabila beraksesori. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.
4. ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ngam-ngam tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang Yes Rule yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek. Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top anda di dalam pendek. Jika memakai jaket yang cropped, sebaiknya labuhkan top anda.
5. PILIH CORAK YANG GELAP
Pattern semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih staik yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona.
Paten semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan bentuk yang salah hanya akan menyemakkan anda. Apabila memilih busana bercorak, pilihlah stail yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan kamu yang petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
Jimat Tapi Masih Boleh Bergaya, Tiru 8 Tip Ini Ketika Memilih BUSANA RAYA!

Di bulan istimewa lagi mulia, pastinya setiap wanita ingin tampil secantik mungkin. Mulai dari mengenakan mekap agar wajah terlihat cantik dan segar sehinggalah busana yang akan disarungkan. Kini, terdapat banyak koleksi busana lebaran yang terdapat di pasaran hingga membuatkan kita bingung untuk memilihnya. Terdapat pelbagai rekaan dan potongan dari harga puluhan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit.
Apa yang pasti, pemilihan busana yang tepat harus menjadi keutamaan agar penampilan tampak menawan dan menyerlah. Namun ada beberapa tip penting agar busana ideal dapat diperolehi agar lebaran anda melakar detik lebih bermakna bersama yang tersayang. Istimewa edisi lebaran kali ini, Nona kongsikan tip memilih busana lebaran tepat dan sempurna.
- TETAPKAN BAJET
Dalam menentukan busana yang akan dipilih, peruntukan bajet amatlah penting. Bagi anda mempunyai bajet yang lebih besar untuk membeli busana lebaran, pilihan yang tersedia ada tentunya lebih banyak. Anda boleh memilih rekaan daripada pereka fesyen yang mengeluarkan koleksi mereka sempena lebaran. Anda boleh memilih busana yang sesuai dengan anggaran dan stail anda.
Namun, bagaimana dengan anda yang mempunyai peruntukan atau bajet yang terbatas? Anda masih boleh membeli busana lebaran tetapi jangan melebihi bajet yang telah ditetapkan. Terdapat banyak pilihan busana yang mempunyai diskaun lebih-lebih lagi saat bulan Ramadan hampir berakhir.
- SESUAI DENGAN BENTUK TUBUH
Memilih busana yang sesuai dengan bentuk tubuh adalah perkara yang amat penting. Wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang langsing cukup beruntung kerana sesuai menggayakan hampir semua jenis potongan busana. Bagi mereka yang memiliki bentuk badan yang besar, pilihlah busana yang berpotongan lebih longgar agar anda berasa lebih selesa.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk memilih busana yang memiliki penekanan pada bahagian pinggang seperti perincian berbentuk manik, renda dan sebagainya. Penekanan ini akan membantu memberikan ilusi tubuh lebih langsing.
- PERHATIKAN FABRIK YANG DIGUNAKAN
Pada hari lebaran, pastinya anda akan melakukan pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan mungkin menyebabkan anda cepat berpeluh. Manakan tidak dari awal pagi, anda sibuk berkunjung ke rumah jiran tetangga dan melayan tetamu yang hadir untuk beraya. Oleh itu, sebelum memilih busana lebaran, pastikan fabrik yang dipilih tepat dan diperbuat dari bahan yang mampu menyerap peluh dengan baik.
Untuk kesan terbaik, anda boleh memilih busana yang menggunakan fabrik cotton. Selain mampu menyerap peluh, fabrik cotton juga mampu memberi keselesaan yang tiada tara buat si pemakai. Fabrik lain seperti linen, silk dan viscose juga antara fabrik tepat untuk dijadikan pilihan.
- PEMILIHAN RONA
Rona pada busana juga perlu dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu busana lebaran. Bagi membolehkan busana lebaran anda sesuai digayakan sepanjang masa, anda disarankan untuk memilih rona busana yang terdiri daripada rona neutral dan pastel seperti krim, champagne, dusty pink, lilac, kuning cair, ungu lembut dan lain-lain lagi.
Rona kedam juga sesuai dijadikan pilihan wanita bertubuh besar kerana ia mampu memberikan ilusi bentuk badan yang lebih langsing dan ramping. Elakkan memilih rona-rona terlalu terang seperti rona neon yang akan membuatkan anda kelihatan lebih besar.
- MOTIF BUSANA
Bagi anda yang menggemari busana yang mempunyai motif, anda harus bijak saat memilihnya. Untuk wanita yang mempunyai bentuk tubuh yang besar, anda boleh memilih busana dengan motif yang kecil. Busana dengan motif yang kecil membiaskan ilusi bentuk badan yang langsing. Untuk mereka yang berbadan kecil atau petite, pilih busana dengan motif yang lebih besar.
Sebagai contoh, jika anda suka akan motif flora, anda boleh memilih corak bunga yang lebih besar dengan rona yang sedikit terang kerana ia akan memberikan biasan bentuk badan yang lebih berisi.
- SESUAIKAN DENGAN AKTIVITI
Hari lebaran memerlukan kita untuk ziarah menziarahi jiran tetangga dan sanak saudara. Selain fabrik yang nyaman dan selesa, anda juga perlu pastikan busana yang dipilih sesuai dengan aktiviti di hari lebaran nanti. Sebagai contoh, jika anda berkunjung ke rumah sanak saudara menggunakan motosikal, pilihlah pakaian dengan potongan jubah atau yang dipadankan dengan seluar.
Kombinasi jubah dan seluar membuatkan anda mudah untuk bergerak bebas dan tidak menjadi kesukaran saat menunggang motosikal. Bagi anda yang menaiki kereta, anda boleh menggayakan busana lebaran mengikut cita rasa anda.
- PILIH BUSANA YANG FLEKSIBEL
Ketika memilih busana lebaran, sebaiknya pilih busana yang boleh digunakan sepanjang masa. Busana lebaran seperti dres dan jubah selalu menjadi trend dan praktikal untuk digayakan. Dengan itu, anda boleh menggunakan busana tersebut untuk lebaran berikutnya. Anda boleh suai padankan busana tersebut dengan koleksi busana yang anda miliki di rumah.
Dengan padanan busana tersebut bersama aksesori yang anda miliki, anda mampu tampil berbeza dan kelihatan trendy dan stailo. Ia juga mampu menjimatkan wang anda dari membeli busana yang baharu.
- BUSANA SOPAN
Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin melaram di hari lebaran yang disambut setahun sekali. Namun harus diingatkan, bahawa ia harus berpada-pada. Elakkan daripada memakai busana yang terlalu seksi kerana di bulan yang mulia, lebih afdal jika anda menyarungkan busana yang sopan dan lebih tertutup.
Jangan memilih busana yang terlalu jarang hingga menampakkan susuk tubuh anda. Untuk tampil sopan, anda boleh memilih busana berpotongan kurung moden, kurng kedah dan kebaya. Dengan rekaan yang moden dan terkini, nescaya penampilan anda lebih anggun dan menawan.