Suatu ketika dahulu, negara Arab Saudi menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan golongan wanita untuk memandu kereta. Namun bermula semalam, kaum wanita di negara Timur Tengah itu menyambut berita gembira apabila mereka dibenarkan untuk memandu kereta secara sah.
Setelah sekian lama terkurung dan hanya boleh meminta bantuan abang, suami, saudara lelaki atau menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke sesuatu destinasi, kini golongan wanita di sana seperti mencapai kemerdekaan kerana boleh memandu kereta ke mana-mana sahaja dan boleh membuat permohonan lesen memandu.
Arab Saudi atau Kingdom of Saudi Arabia (KSA), merupakan sebuah negara Arab yang berada di wilayah Asia Barat dan negara ini merupakan negara terbesar ke 5 di Asia. Selain wanita tidak dibenarkan memandu, negara ini juga memang terkenal sebagai negara yang melaksanakan pelbagai peraturan ketat lain terhadap golongan wanita di negara tersebut. Sebahagian daripada larangan tersebut ada berdasarkan Syariat Islam dan sebahagian lagi diusulkan oleh Pejabat Pemerintah.
Berikut adalah contoh larangan-larangan ketat yang dijalankan oleh pemerintahan Arab Saudi kepada kaum wanita di sana.
1. MENUTUP AURAT
Pakaian menjadi salah satu yang sensitif bagi masyarakat di sana. Sebagai negara Islam, kerajaan tersebut memerintahkan supaya wanita mengenakan pakaian yang panjang dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan selari dengan Syariat Islam yang mewajibkan kita untuk menutup aurat. Umumnya, pakaian yang hanya digunakan adalah abaya yang berwarna hitam. Wanita yang didapati tidak memakai abaya akan ditangkap dan diberikan hukuman.
Ads
2. AKSESORI WANITA TIDAK DIBENARKAN
Memakai aksesori atau hiasan tambahan seperti rantai juga tidak dibenarkan dan dilarang keras. Selain itu, wanita di negara ini juga dilarang untuk mengenakan solekan di wajah.
3. KELUAR TANPA IZIN
Keluar tanpa izin daripada suami atau wali lelaki adalah dilarang. Wanita juga tidak diizinkan untuk meninggalkan rumah sendiri dan dilarang menerima tetamu lelaki dan apatah lagi untuk berinteraksi dengan lelaki bukan Mahram.
Ads
4. ACARA SUKAN
Wanita di Arab Saudi berdepan halangan untuk bersukan. Mereka perlu memakai pakaian menutup aurat di tempat awam, mematuhi peraturan pengasingan gender yang ketat dan mendapatkan kebenaran daripada penjaga lelaki untuk mengembara, belajar atau berkahwin.
Kali pertama negara yang kaya hasil minyak itu menghantar atlet wanita ialah Olimpik 2012 di London.
Ads
5. PERKAHWINAN
Perempuan yang ingin berkahwin degan warga asing perlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu, namun perkara ini tidak tertakluk bagi golongan lelaki.
Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat semakin memberi kelonggaran kepada beberapa peraturan susulan pelancaran Wawasan 2030 yang menyaksikan perubahan ekonomi dan sosial, yang antara lain menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita.
Sumber: Tribunnews.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni golongan asnaf pada majlis berbuka puasa anjuran Astana Negeri Sarawak.
Tun Taib dan Toh Puan Raghad turut menyampaikan duit raya kepadaa 50 asnaf daripada Persatuan Anak Limbang dan Persatuan Budaya Pasar Borneo Sri Kembangan.
Majlis turut menyaksikan syarikat VFive Group menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Ragad Foundation sebagai sokongan kepada yayasan itu dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Hadir sama pada majlis itu ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada jabatan serta agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan Sarawak termasuk duta-duta dari negara luar.
Sumber: TVS
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri kelihatan anggun menggayakan sepasang baju kurung rona emas ketika menghadiri majlis penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tiga atlet lain yang turut menerima anugerah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara kelmarin termasuklah Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi yang dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).
Menurut gadis berusia 20 tahun ini, penganugerahan ini menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus melakar pencapaian yang lebih baik di dalam arena sukan yang amat dicintainya. Malah Dhabitah bertekad memberi lebih banyak sumbangan untuk negara serta beraksi cemerlang dalam setiap pertandingan yang bakal disertainya.
Gadis yang dilahirkan pada 12 Julai 1999 di Kuala Lumpur ini merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Pada mulanya, Dhabitah memulakan pendedahan akuatiknya melalui kelab-kelab renang. Selepas terlibat dalam beberapa pertandingan, bapanya membuat keputusan untuk menukarnya ke sukan menyelam kerana bentuk fizikalnya yang kecil.
Malah Dhabitah belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya, Muhammad Danial di mana kedua-duanya pernah merancang untuk membuat kemunculan sulung di peringkat antarabangsa bersama-sama tetapi tidak dapat kerana kecederaan fizikal traumatik Danial yang dikekalkan sebelum kemunculannya.
Foto: www.remaja.my
Dalam sibuk menjalani latihan untuk bertanding dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi gadis manis ini sebenarnya amat meminati drama Korea seperti The Running Man dan peminat tegar kumpulan K-Pop seperti Big Bang, 2NE1 dan Black Pink. Jangan tak tahu, dalam pada masa yang sama Dhabitah gemar mengkaji mengenai sukan ekstrem seperti Parkour dan Trampolin sebagai hobi serta menjadikan roti canai sebagai makanan kegemarannya.
Apapun, tahniah buat Dhabitah di atas penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW). Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk dirinya terus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 kepada 11 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Istana Negara.
Enam penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), manakala lima di peringkat sarjana (penyelidikan).
Lima penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara, manakala enam lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.
BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara yang diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 18 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 198 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-undang, Sains dan Teknologi serta Kewangan Islam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jamalulail Abu Bakar.
Salah seorang penuntut yang terpilih, Thenesh dari Muar, Johor ketika ditemui Bernama berkata beliau menjunjung kasih atas penganugerahan biasiswa terulung itu dan menjadikan ia satu motivasi untuk kembali menyumbang kepada negara selepas tamat pengajian.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!