Injak Usia 40 Tahun, Sharifah Amani Bertuah Dikelilingi Insan Tersayang! Rakan Artis Siap Buat Kejutan Birthday

10 Jun lepas merupakan ulang tahun kelahiran Sharifah Amani Syed Zainal Rashid. Tak sangka pelakon filem Sepet ini sudah pun mencecah usia 40 tahun. Bersandarkan penampilan dan raut wajahnya yang menyenangkan, rata-rata peminat mahupun rakan artis masih melihat pelakon wanita handalan ini baru berusia awal 20an.  

Bahkan pengarah yang juga penerbit ternama, Puan Sri Tiara Jacquelina menerusi komen di foto hari lahir Sharifah Amani turut mengakui hakikat tersebut. 

Ujarnya,There is NO WAY you are 40. You still look like a teenager. Happy Birthday gorgeous.”  

Artikel https://www.nona.my/alami-keguguran-selepas-sambut-birthday-ke-31-sharifah-aryana-percaya-takdir-hikmah-sebalik-ujian/

Sharifah Amani Genap Usia 40 Tahun

Sempena ulang tahun kelahiran ke-40, Sharifah Amani atau mesra disapa Nani diraikan suami tercinta, Ahmed Faris bersama anak lelaki kesayangan, Ahmed Mohsein.  

Menerusi video pendek itu, kelihatan aktres ini anggun menyarung baju kurung dan terharu menerima sambutan istimewa daripada insan tersayang.  

Titip suaminya, “Happy 40th birthday sayang, happy birthday mama! We love you.” 

Sementara itu, Sharifah Amani menerima satu lagi kejutan hari lahir daripada kenalan rapat yang juga merupakan rakan-rakan artis.

Antara yang hadir memeriahkan hari bermakna itu termasuklah Datin Sofia Jane, Vanidah Imran, Melissa Saila, Tam Suhaimi dan Syafie Naswip.  

Sharifah Amani Dirai Rakan-Rakan Artis

Video hari lahir Sharifah Amani yang dimuat naik Syafie di media sosial meraih perhatian peminat seni tanah air.

Mereka yang pernah digandingkan dalam filem Mukhsin sejak 2006 masih menjalin hubungan baik sampai ke hari ini.  

Jelas adik kepada penyampai radio, Sharifah Aleya ini, “I love you guys so much. Terima kasih sudi celebrate akak awak ni Sin. Sayang you and Iqah sampai bila-bila.” 

Sharifah Amani ialah anak kepada Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin dan Fatimah Abu Bakar. Dia sah menjadi isteri Ahmed Faris pada 10 September 2022. 

Kira-kira dua tahun melayari perkahwinan, pasangan ini menerima kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ahmed Mohsein pada 26 Jun 2024. 

Semoga kehidupan figura wanita popular ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT di samping suami tercinta dan cahaya mata kesayangan.

Share
Published by
Suzi