
Takziah buat Sharifah Aryana Syed Zainal Abidin atas perkhabaran duka yang dialaminya baru-baru ini. Menerusi perkongsian di media sosial, bintang filem Mukhsin berkenaan mendedahkan dia menyedari dirinya hamil anak kedua selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada 21 April lepas.
Namun, langit tak selalunya cerah. Sharifah Aryana atau mesra disapa Yana diduga apabila dia disahkan keguguran pada awal Jun lalu. Impian untuk menerima kehadiran ‘ahli’ keluarga baharu bagaimana pun tidak kesampaian.
Sharifah Aryana Reda Takdir Ilahi

Pun begitu, dia tampil tenang melalui fasa sukar ini dan reda menerima takdir ilahi. Demi menjawab persoalan ramai, adik kepada pelakon Sharifah Amani ini memutuskan untuk menjelaskan situasi sebenar kepada umum.
Ujarnya, “Last week I had what is technically called a missed miscarriage. I found out I was pregnant a day after my 31st birthday and finally ended my pregnancy on the 3rd of June. In which I have had to take an MC and rest. I am okay don’t worry, I just need to take it easy and recover.
For those events that I missed and most sadly the weddings I couldn’t attend, I am so sorry I couldn’t tell everybody sooner. But I hope you all understand now why I had to be MIA for a while.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan suami, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat dan menjadi penguat semangat tatkala berdepan ujian.

“I feel so blessed to have been surrounded by so much support and love. I’m glad it all happened sooner rather than later because I don’t know how I would have dealt with it. Honestly.
Alhamdulilah for a present supportive husband. Alhamdulilah for the friends that checked up on me and visited. Alhamdulilah for those who showed so much care even from afar. I truly am so blessed.”
Meskipun pedih terima hakikat ‘kehilangan’ tetapi Sharifah Aryana percaya dengan perancangan Allah SWT dan hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.
“Never thought I’d be typing these words but I’m sure semua ada hikmahnya. I trust Allah punya timing and reda with the situation. It’s hard not to be grateful for the life I have, but my heart will take time to heal, I guess. In time.. InsyaAllah.”
Penampilan Sharifah Aryana
Pengasas produk kecantikan Confidence Cosmetics ini meraih perhatian dan pujian peminat apabila tampil anggun berhijab sejak Ramadan lalu.
View this post on Instagram

Akuinya, dia berusaha menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan berharap agar masyarakat tidak bersikap skeptikal terhadap imej baharunya itu.
Anak bongsu kepada pasangan Syed Zainal Abidin Rashid dan Fatimah Abu Bakar ini pernah mewarnai industri filem tanah air dan kini ligat mengusahakan perniagaan produk penjagaan wajah miliknya sendiri.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada Januari 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Amin.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





