Setiap selebriti pasti ada petua dan tip kecantikan yang diamalkan untuk sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Tidak terkecuali, pelakon popular Jasmin Hamid yang berkongsi amalan minuman kacang bendi yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, @jasminhamidjh.
Seperti yang sedia maklum, sayuran kacang bendi sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Tulis Jasmin dalam media sosialnya, “Pada yang selalu mengalami kebas-kebas kaki dan tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minuman air ini you all tidak lagi kebas kaki, kolestrol juga insyaallah akan turun.
Ads
Cara penyediaan:
Ads
Kacang bendi 10-15 biji dibasuh dan dipotong
Air masak 1 liter
Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air
Simpan di dalam peti sejuk
Minum selalu . Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Ads
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Hebat bukan?”
Untung Wany Hasrita, rezeki menunaikan ibadah haji ‘datang’ awal ketika dia masih muda dan segala urusan menjadi tetamu Allah tahun ini berjalan lancar. Cantik aturanNya, bila sudah tiba masa… cepat atau lambat, Dia tetap akan kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka. Misalnya nikmat Wany mengerjakan rukun islam kelima ini yang turut dikongsi bersama rakan artis, Amira Othman.
Berangkat ke Tanah Suci Mekah seminggu yang lalu, Wany memaklumkan dia menerima tawaran tersebut dalam tempoh singkat dan hanya menyediakan persiapan semampunya termasuk menghadiri kursus haji dengan seorang ustaz. Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata memandangkan dia dibenarkan membawa seorang teman dan disebabkan ibunya uzur… dia mempelawa Amira untuk turut-serta.
“Walaupun kami pergi tanpa mahram, tak ada masalah sebab ini atas undangan pihak kedutaan. Sebenarnya, mula-mula tu takut juga, ingatkan scam. Bila Wany dah sampai ke pejabat kedutaan dan tengok sendiri, kebimbangan tu hilang dan terus yakin.”
Melalui perkongsian terbarunya, “Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya di sini. Tadi selesai tawaf wida’, sekarang dalam perjalanan menuju ke Jeddah.
My hajj journey was so amazing. Dari sampai je di sini dengan menjaga dalam ihram, berwukuf di Arafah – alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya. Terus ke Muzdalifah mengutip batu untuk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram untuk tawaf & saie (masa kami sampai orang tak ramai sangat).
First time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya. Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata. Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina untuk bermalam selama 3 hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal tadi.”
Kesempatan berada di sana turut dimanfaatkan Wany untuk menyampaikan doa para peminat yang masih belum berpeluang menjadi tetamu Allah. Baiknya hati selebriti cantik ini!
“Doa-doa anda mana yang sempat Wany dah bacakan di sini. Terima kasih banyak-banyak yang mendoakan Wany. Wany doakan awak semua dapat ke sini dengan keluarga tersayang inshaAllah.”
Pemergian Wany ke Mekah tahun ini meninggalkan kenangan cukup bermakna apabila dia berpeluang menyaksikan suasana Masjidil Haram dari udara. Bertuah sangat! Selain Wany Hasrita dan Amira Othman… antara selebriti lain yang turut mengerjakan haji termasuk Erra Fazira, Datin Paduka Seri Umie Aida, Neelofa, Ashraf Muslim dan Fizo Omar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
20 Disember lalu genap 17 tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Ekin dan Mawi. Masih segar lagi di ingatan mengenai majlis pernikahan indah kedua-dua mereka pada tahun 2008. Apatah lagi populariti Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani waktu itu sedang melonjak naik dan berada di puncak kerjaya.
Hampir dua dekad melayari alam rumah tangga, Ekin dan Mawi semakin matang sebagai suami isteri. Bahkan mereka juga mengusahakan empayar perniagaan bersama-sama.
Mawi kini menguasakan syarikat produksi Mawi World Entertainment dan bergelar pengarah. Sementara Ekin pula rancak mengurus kafe manisan ‘Polka Pops’.
Sempena ulang tahun perkahwinan baru-baru ini, pengarah filem Zim Zim Ala Kazim berkenaan memuat naik gambar pernikahan di samping isteri tercinta dan menitipkan ucapan buat suri hati kesayangan.
“Alhamdulillah 17 tahun dah. 20 Disember 2008 – 20 Disember 2025.”
Ekin atau nama pemilik nama Nora Ashikin Rahmat ini mendirikan rumah tangga bersama Mawi pada 20 Disember 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Cahaya Malaika berusia 13 tahun.
Pada Mei lalu, Mawi melancarkan single terbaharunya berjudul Kasih ‘Asikin yang dihasilkan khas buat isteri tercinta.
Sekitar Ogos lepas pula dia menerima penganugerahan Icon of Islamic Arts & Music, World Islamic Tourism & Trade Awards.
Kongsinya, “Tiada daya dan upaya melainkan kehendak Dia. Syukur dengan rezeki yang dah siap tertulis untuk aku. Kun Fa Ya Kuun. Alhamdulillah syukur.”
Menyentuh perkembangan Ekin, dia mengusahakan perniagaan Polka Pops bersama rakan niaga yang juga kembarnya, Aenn kira-kira lima tahun lalu dan membuka kafe mereka yang terletak di Bangi, Selangor.
Dalam temu bual Nona bersama Ekin sebelum ini, dia memberitahu mendapat ilham untuk berniaga Polka Pops kerana suka makan juadah pencuci mulut.
“Idea Polka Pops datang dari Ekin sendiri sebab Ekin terlalu suka makan dessert. Sampai kalau pergi melancong dalam dan luar negara pun Ekin suka cuba pelbagai dessert yang ada.”
Semoga rumah tangga yang dibina Ekin dan Mawi kekal bahagia sampai syurga. Juga, perniagaan yang diusahakan terus berkembang maju.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai, comelnya Tunku Sofia Najihah! Anakanda kepada Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran
pertama pada tanggal 19 Julai lalu. Genap mencapai usia setahun, Tunku Sofia baru-baru ini diraikan dalam satu majlis adat diraja Negeri Sembilan iaitu Majlis Jejak Tanah.
Menariknya, Che Puan Sarimah sudi berkongsi momen istimewa itu bersama para peminat di Instagram. Difahamkan majlis yang berlangsung pada 8 Ogos lalu merupakan adat diraja Negeri Sembilan yang sudah dijadikan sebagai amalan tradisi. Berkongsi suasana di Istana Nurul Jannah berkenaan, pengacara popular ini meluahkan rasa syukur kerana istiadat berkenaan berjalan dengan lancar dan sempurna.
“Selesai sudah. Alhamdulillah. Adat Diraja Negeri Sembilan. Hari ini merupakan Majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Najihah. Thanks to my mother in law for organizing a beautiful majlis.”
Tambahnya, majlis tersebut sepatutnya dilaksanakan lebih awal. Namun ia terpaksa ditangguhkan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Ujar selebriti berusia
42 tahun ini lagi, ia bukanlah majlis keagamaan tetapi sudah menjadi amalan tradisional keluarga diraja dan menyaksikan Tunku Sofia menjejakkan kakinya ke tanah. Dalam majlis tersebut, kaki anakanda Tunku Sofia diletakkan pada beberapa elemen seperti tanah, logam, emas, perak dan gangsa.
Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan, Che Puan Sarimah dan suami kelihatan anggun serta segak dalam persalinan tradisi rona kuning. Begitu juga penampilan puteri kesayangan mereka yang comel menyarung gaun kembang rona sedondon dan tenang berada di atas pelamin sambil ditemani ibunda tersayang. Di hadapan Tunku Sofia, turut diletakkan beberapa buah dulang beralaskan kain berwarna kuning yang diisi dengan pelbagai jenis elemen.
Khabarnya, Tunku Sofia sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri. Namun jelas Che Puan Sarimah, akaun tersebut kini dalam mode ‘private’ dan beliau akan membuka kepada umum apabila tiba masanya kelak.
Che Puan Sarimah mendirikan rumah tangga dengan Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie yang merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 pada 2 April 2015. Pasangan ini dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung mereka, Tunku Sofia Najihah selepas hampir empat tahun menanti.
Semoga Tunku Sofia membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan kedua-dua ibu bapa.
Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
14 Oktober 2026 melakar satu lagi sejarah buat Nona apabila buat julung-julung kalinya menganjurkan Nona Gala Awards 2026 Media Soiree. Lebih istimewa, majlis ini diadakan sempena 40 tahun penubuhan Nona yang komited meraikan dan mengangkat kisah inspirasi golongan wanita sukses di Malaysia.