Nama Meghan Markle kini menjadi sebutan ramai khususnya wanita seluruh dunia lantaran berjaya memiliki hati seorang putera raja. Tersarung sudah di jari manisnya cincin pertunangan yang telah direka khas. Perkahwinan antara wanita berusia 35 tahun dan pewaris ketiga takhta diraja Britain ini bakal berlangsung pada 19 Mei 2018.
Siapa sebenarnya Meghan Markle atau nama sebenarnya, Rachel Meghan Markle? Apa istimewanya wanita ini sehingga berjaya mengetuk pintu hati sang putera yang berusia 33 tahun untuk memilihnya sebagai suri di hati? Ternyata usia bukan penghalang buat pasangan ini untuk menggapai bahagia bersama.
AKTIVIS
Meghan Markle mewarisi sikap keprihatinan yang tinggi sebagai seorang aktivis daripada ibunya yang telah membuka mata terhadap isu kemiskinan. Sejak kecil Meghan Markle sering dibawa ibunya ke pelbagai daerah seluruh dunia bagi melihat sendiri realiti kehidupan masyarakat. Pada tahun 2016 Markle menjadi Duta Global untuk World Vision Kanada bagi melaksanakan misi kemanusiaan di Rwanda.
Ads
PERNAH BERKAHWIN
Meghan Markle pernah berkahwin dengan seorang penerbit filem, Trevor Engelson. Namun perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun. Maka, perkahwinannya bersama Putera Harry bukanlah yang pertama.
SEORANG PENULIS
Ads
Sebelum mengenali Putera Harry, sekitar tahun 2014 Meghan Markle aktif menulis artikel di blog gaya hidup, The Tig berkenaan fesyen, kecantikan, percutian dan kulinari. Namun kini Meghan Markle terpaksa ‘melepaskannya’ dan menulis surat buat para pembaca bagi mengungkapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menemani perjalanan jurnalistiknya selama tiga tahun.
BERDARAH CAMPURAN EROPAH-AMERIKA
Ads
Bapanya berketurunan Belanda-Ireland sementara ibunya berdarah Afrika-Amerika. Ternyata, dalam dirinya mengalir berbagai budaya yang dibawa oleh ibu dan bapanya.
KETURUNAN SASTERAWAN SHAKESPEARE
Selain terkenal sebagai aktres, Meghan Markle juga seorang model, blogger serta aktivis. Meghan Markle juga merupakan keturunan sasterawan Inggeris tersohor iaitu Shakespeare. Ia menggambarkan Meghan Markle umpama ditakdirkan untuk ‘kembali’ kepada akarnya sebagai seorang berketurunan Inggeris asli. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon yang juga seorang duda, Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah drama popular ‘Kampung People’ iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin hari ini.
Khabar gembira itu disahkan oleh jurusolek, Mas Hashim menerusi akaun Facebook miliknya.
Dalam perkongsian itu, Mas Hashim memuat naik foto Rashidi yang memakai baju Melayu putih manakala Wan Hasliza pula tampil ayu dengan baju kebaya serba putih.
Memetik perkongsian Mstar, berita gembira ini turut didedahkan oleh anak Rashidi iaitu Maryam Rashika.
Tulisnya di Instagram: –
“Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Dr Martens di majlis kahwin ayahnya.”
Manakala anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut berada di majlis berkenaan yang dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan.
Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran dan Maryam Rashika.
Namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun musnah apabila mereka memutuskan untuk bercerai pada 9 Ogos 2018.
Kredit Foto:
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertandingan ratu cantik sememangnya terkenal dengan melahirkan ramai jelitawan yang berjaya dan terkenal. Pertandingan berprestij ini merupakan platform buat ramai wanita untuk menyerlah dan memaparkan diri mereka yang sebenar. Antara negara yang sering melahirkan ratu cantik yang jelita, bijak dan berkualiti antaranya ialah India. Ada sesetengah daripada mereka menjadi cukup berjaya dan terkenal selepas memenangi pertandingan tersebut. Adakah anda tahu siapa ratu cantik yang dimaksudkan itu? Jom Kenali 5 ratu cantik India yang paling menyerlah hingga ke hari ini?
1. JUHI CHAWLA
Terkenal dengan lirikan senyuman manis, Juhi antara nama yang paling dikenali pada era kegemilangannya di samping Kajol, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan ramai lagi. Bintang yang dilahirkan pada 13 November 1967 ini juga dahulunya merupakan pemenang Miss India pada edisi 1984. Siapa yang boleh lupakan aksinya dalam beberapa buah filem bloksbuster seperti Mr and Mrs Khiladi kan?
2. AISHWARYA RAI
Dikenali sebagai antara figura paling berpengaruh di India, bekas ratu cantik dunia 1994 ini terus unggul di pentas perfileman Bollywood apabila satu demi satu filem lakonannya mencapai kutipan box-office, sekaligus menjadikannya sebagai aktres wanita termahal pada ketika itu. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni setakat ini, Aishu sudah pun memenangi beberapa anugerah Padma Shri yang dianugerahkan buatnya dari kerajaan India.
3. SUSHMITA SEN
Selain Aishu, tahun 1994 mencipta kegemilangan tersendiri dalam bidang ratu cantik di India apabila seorang lagi wakil mereka, Sushmita Sen turut dinobatkan sebagai Miss Universe. Berjaya mengalahkan puluhan ratu lain, Sushmita seterusnya mengorak langkah sebagai pelakon usai memenangi anugerah tersebut. Beberapa tahun lalu, beliau turut dijemput oleh organisasi ratu sebagai juri Miss Universe 2016.
4. PRIYANKA CHOPRA
Bekas pemenang Miss World 2000 ini juga menjadi aktres paling popular sehingga kini. Pernah direkodkan sebagai antara 100 individu paling berpengaruh, Priyanka kini turut mencipta nama di Hollywood. Terkini, beliau telh menjadi tunangan kepada penyanyi popular Nick Jonas. Tahniah diucapkan!
5. LARA DUTTA
Lara Dutta Bhupathi dilahirkan pada 16 April 1978 merupakan pemenang Miss Intercontinental 1997 dan Miss Universe 2000. Selain menjadi pelakon, Lara juga aktif sebagai model dan jurucakap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2023 kepada 11 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Istana Negara.
Enam penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), manakala lima di peringkat sarjana (penyelidikan).
Lima penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara, manakala enam lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.
BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara yang diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 18 sesi penawaran dilaksanakan merangkumi 198 penerima yang diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Ekonomi, Undang-undang, Sains dan Teknologi serta Kewangan Islam.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jamalulail Abu Bakar.
Salah seorang penuntut yang terpilih, Thenesh dari Muar, Johor ketika ditemui Bernama berkata beliau menjunjung kasih atas penganugerahan biasiswa terulung itu dan menjadikan ia satu motivasi untuk kembali menyumbang kepada negara selepas tamat pengajian.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka dari sebuah rumah teres usang menjadi kediaman sentuhan moden elegan, jari-jemari emas Ashikin Amran terbukti berhasil mix & match hiasan tanpa bocorkan kocek.