Peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini amat membimbangkan namun Penasihat kepada YAB Perdana Menteri Untuk Hal Ehwal Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dalam mesej khasnya berkata ada sinar yang bakal menanti demi memutuskan rantaikan pandemik ini.
Foto: BERNAMA
Menurut wanita yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa ini “Kerajaan Malaysia telah pun berjaya memperolehi vaksin.
Foto: Astro Awani
Bermula Februari 2021 kita akan menerima penghantaran vaksin secara berperingkat dan akan memulakan proses vaksinasi dibahagi ke 3 fasa,” bicara Dr Jemilah tentang vaksin COVID-19 melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Ads
Foto: Astro Awani
Tambahnya lagi, “Vaksin yang dibeli adalah berkesan dan selamat. Vaksin yang diperolehi dari Pfizer & Astra Zeneca yang telah diuji kepada puluhan ribu orang sebelum diluluskan di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Kerajaan akan beri vaksinansi ini secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Semakin ramai divaksinasi semakin sukar virus merebak,” ujar Dr Jemilah.
Tan Sri Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ads
Tan Sri Dr Jemilah bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan Kesihatan Awam. Selaras dengan perlantikannya, Tan Sri Dr Jemilah berazam untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian termasuk sektor swasta bagi memastikan Malaysia menerajui sistem penjagaan kesihatan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum melayari alam pekerjaan, pastinya anda melalui sesi temuduga terlebih dahulu. Persiapan diri perlu dititikberatkan agar proses temuduga berjalan dengan lancar. Namun ada hal lain juga mustahak. Perkara yang di maksudkan ialah item yang perlu dibawa semasa sesi temu duga. Persediaan ini harus diutamakan supaya anda tampak lebih bersedia. Nak tahu apa item-item yang dimaksudkan? Jom semak artikel di bawah!
SALINAN CV
Meskipun mudah untuk membuat kesimpulan penemuduga telah memiliki CV Anda saat temu duga, namun bukan bererti anda tidak perlu membawanya. Anda perlu proaktif dan membuat salinan jika penemuduga anda lupa untuk membawanya. Persiapan dalam level ini juga dapat menunjukkan pada penemu duga bahawa anda telah membuat persiapan untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul.
TAS ATAU FOLDER UNTUK MENYIMPAN DOKUMEN
Membawa salinan CV tidak mungkin dibawa begitu saja. Untuk kelihatan kemas dan teratur, anda boleh menyimpannya dalam tas atau folder untuk menampakkan ia terlihat ringkas, rapi, dan tersusun. Sikap seperti ini juga dapat menjadikan anda tampak cukup profesional.
PEN DAN BUKU CATATAN
Adalah penting dan sangat bermanfaat untuk membawa pen dan buku catatan kerana selama sesi temu duga, mungkin anda dan penemuduga akan melakukan perbincangan menarik dan anda perlu membuat catatan untuk mengingatinya. Selain itu, proses penemu duga juga menjadi salah satu gerbang untuk mengetahui informasi dari ‘orang dalam’ perusahaan, iaitu penemu duga sehingga saat anda mengirimkan email ucapan terima kasih atas undangan temu duga kerja, anda dapat menekankan butiran-butiran penting yang telah anda bincangkan.
SIAPKAN BEBERAPA SOALAN
Sebahagian besar penemu duga mengharapkan anda untuk memiliki pertanyaan tentang peranan kerja dan perusahaan. Untuk itu, persiapkanlah beberapa pertanyaan relevan yang dapat anda ajukan saat sesi temu duga kerja. Mempersiapkan beberapa pertanyaan sebelum meneruskan sesi temu duga dapat membantu anda untuk selalu ingat apa yang harus dilakukan.
JOB DESCRIPTION
Untuk meyakinkan diri bahawa anda telah memenuhi syarat kelayakan kerja dan syarat-syarat yang diminta, buatlah beberapa catatan pada job description dan bawalah saat melakukan sesi temu duga kerja. Dan pada hari kejadian, datanglah lebih awal 5 – 10 minit sebelum jadual temu duga sehingga anda memiliki waktu untuk ‘bernafas’ dan mengurangi ketegangan.
CATAT DETAIL TEMU DUGA
Terdapat ramai kandidat karyawan yang menggunakan akses internet untuk mengetahui detail temu duga kerja. Namun, tidak selalunya akses internet berjalan dengan sempurna. Oleh itu, catatlah semua detail tentang temu duga kerja, mulai dari alamat untuk temu duga, nama penemu duga, dan tarikh serta waktu temu duga untuk menghindari sebarang perkara yang tidak diingini.
BAWA SIJIL YANG RELEVAN
Bila syarat-syarat yang dituliskan dalam job description mewajibkan anda untuk memenuhi satu kualiti atau lebih, anda perlu membawa sijil yang diperlukan saat melakui temu duga kerja, atau salinan dari sijil asli. Barangkali anda tidak akan diminta untuk menunjukannya, namun akan jauh lebih baik jika anda tetap membawa item tersebut untuk persediaan jika berlaku sebarang kesulitan.
CONTOH HASIL KERJA
Untuk jawatan kreatif profesional, seperti pereka, anda boleh membawa portfolio hasil kerja serta pencapaian yang telah anda raih. Namun jika Anda tidak memohon kerja dalam bidang kreatif, anda boleh membawa testimoni klien atau foto-foto yang berkaitan dengan profesion anda terdahulu sebagai contoh hasil kerja yang ada buat.
Dengan membawa item-item tersebut di atas saat melakukan sesi temuduga kerja, Anda akan lebih berkeyakinan dan percaya diri menghadapi temu duga. Semoga berhasil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Genap sedekad bergema ke seluruh jagat raya, acara World #QuranHour bakal kembali semula pada 24 Ramadan 1446H bersamaan Selasa, 25 Mac 2025 ini.
Ramadan bulan diturunkan Al-Quran seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Menyedari amalan umat Islam yang gemar mengambil kesempatan pada bulan Ramadan dengan berkhatam membaca serta bertadarus Al-Quran, misi World #QuranHour diteruskan buat tahun ke-10 bertemakan #SavingTheUmmah berpandukan Surah Al-Saff.
World #QuranHour dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karya Bestari, Rasuah Buster, Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Tahun ini, World #QuranHour akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada
25 Mac 2025, dari pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Surah Al-Saff dipilih sebagai surah Utama dengan membawa tema #SavingTheUmmah. Surah ini menyeru umat Islam untuk Bersatu dan mencontohi semangat Hawariyun, iaitu para pembantu agama ALLAH, dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
Dalam tempoh 10 tahun ini, kempen #QuranHour merangkumi World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention telah berjaya mencapai 7.72 bilion capaian di media sosial serta diadakan di 313 lokasi di 76 negara.
Kempen #QuranHour diinspirasikan daripada program Let’s Read Together For 10 Minutes
anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 2014. WUIF mengambil idea ini, kemudian memperluaskan kepada satu jam berinteraksi dengan al-Quran menerusi program #MalaysiaNgaji pada 2015.
Pada 2016, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi lokasi perdana bagi World #QuranHour buat pertama kalinya untuk menarik lebih ramai penyertaan umat Islam di peringkat antarabangsa.
Dengan sokongan institusi seperti PPAS, UIAM dan pelbagai organisasi media, kempen ini terus berkembang sebagai satu fenomena global yang membawa perubahan dalam kehidupan ramai.
Bilik tidur merupakan ruang untuk beristirahat setelah kepenatan dengan rutin seharian sekaligus menjadi tempat yang mendamaikan. Secara tidak langsung juga anda mendapat tidur yang cukup serta berkualiti.
Ruang bilik tidur yang tidak terurus seperti bau kurang menyenangkan, suasana yang membosankan atau udara yang kurang segar pastinya mempengaruhi jiwa serta mood penghuninya. Salah satu cara untuk mencetuskan suasana yang tenang pada ruang bilik tidur ialah dengan meletakkan beberapa jenis tanaman hiasan yang sesuai.
Ia dipercayai dapat mencetuskan suasana yang lebih segar, tenang dan cerah. Faktor ini turut dapat mengurangkan stres. Keberadaan tanaman hiasan juga mengurangkan kadar racun dan kelembapan udara dalam bilik tidur.
LAVENDER
Umum mengetahui bahawa lavender mempunyai aroma khas yang dapat menenangkan dan mengurangkan kadar kecemasan. Bahkan, salah satu khasiat aromanya ialah mampu mengusir nyamuk. Warna ungunya yang menarik juga dapat memberi kesan cerah dan segar sekaligus sesuai diletakkan dalam ruang bilik tidur.
ENGLISH IVY
Mudah tumbuh dan dirawat. English ivy juga dianggap sebagai pembersih udara yang baik. Mampu menurunkan kadar stres dan kecemasan. English ivy tergolong sebagai salah satu jenis tanaman untuk bilik tidur yang memberi pengaruh yang baik. Anda boleh menggunakan pasu berwarna warni yang diletakkan di atas rak atau pasu jenis gantung agar terlihat lebih ceria.
POKOK LIDAH BUAYA
Salah satu tanaman luar yang dapat meningkatkan kualiti udara. Pokok lidah buaya atau aloe vera dapat menyaring karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Jadi, semasa anda tidur udara akan lebih terjaga dan berkualiti. Merawatnya juga mudah kerana ia tidak perlu kerap disiram mahupun terdedah dengan matahari.
ROSEMARY
Warna hijau segar daripada tanaman rosemary mampu memberikan kesan yang baik pada kesegaran ruang bilik tidur. Selain itu, rosemary juga memiliki kemampuan untuk merangsang aktiviti otak menjadi lebih baik seterusnya membantu mengurangkan stres dan keletihan. Ia juga dipercayai dapat membantu mereka yang mengalami insomnia. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.