Masyarakat makin sakit! Selepas insiden bapa kandung liwat anak perempuan selama berbelas tahun, kejadian sumbang mahram yang makin menjadi-jadi selain kegiatan tidak bermoral anak-anak muda hingga berlanjutan ke kes pembuangan bayi, kali ini muncul pula video viral kelakuan lucah seorang lelaki tidak dikenali di belakang rumah kawasan kejiranan.

Bukan saja berani bertindak demikian ketika waktu siang, malah individu terbabit juga seolah-olah tidak gentar menunjukkan kemaluan meskipun mengetahui ia adalah kawasan perumahan yang dihuni ramai orang. Kalau ada wanita yang terserempak dengan orang macam ini di tempat terpencil, tidak tahulah apa yang akan berlaku. Memang menakutkan!

Berdasarkan rakaman video berdurasi 12 saat tersebut, pengguna akaun Facebook Nana’s kejadian tersebut berlaku di Taman Klang Utama pada pukul 2.20 petang. Walaupun telah berkali-kali diusir beredar namun si pelaku masih meneruskan ‘niat’ sehinggalah wanita terbabit mengugut untuk menelefon polis.

“Tengok liar tingkap ada seorang lelaki tengah menghadap kat celah tingkap. Lepas dia nampak saya perasan dia, dia terus ke rumah sebelah sambil tutup zip seluar lepas tu hilang sekejap. Saya anggap dia kencing jelah. Tak lama lepas tu, saya nampak dia lalu lagi belakang rumah saya.

Time tu saya beranikan diri buka pintu, tapi grill masih bermangga dengan niat nak hamun dia. Buka je pintu, ya Allah saya nampak dia buat benda tak senonoh kat belakang rumah saya. Saya halau dia lepas tu ugut panggil polis baru dia berambus. Seramnya sampai sekarang tak hilang. Menggigil kejap tangan. Lepas ni suri rumah kena berhati-hati. Orang sekarang bukan kira siapa kita janji dia puas hati.”

INI TINDAKAN PANTAS ANDA JIKA BERLAKU GANGGUAN SEDEMIKIAN

Perangai Apakah Ini? Sanggup Buat GANGGUAN SEKSUAL Di Belakang Rumah Orang! Ketahui Hak Anda Wahai Wanita

Jenis-jenis gangguan seksual terbahagi kepada tiga iaitu bukan lisan, fizikal dan lisan. Jika anda mengalami situasi seperti ini yang mendorong kepada tiga jenis gangguan seksual tersebut sama ada di rumah atau pejabat, ini antara tindakan yang patut diambil.

  • Beritahu pelaku yang kelakuannya adalah salah dan tidak diinginkan serta mahu ia dihentikan. Mengatakan dengan tegas agar pelaku tahu bahawa anda serius!
  • Jika masih berterusan, cakap denagn seseorang dalam rumah atau organisasi anda yang dapat membantu. Misalnya, suami, abang, bapa atau jika berlaku di pejabat, segera hubungi Jabatan Sumber Manusia atau yang berkenaan.
  • Rekod butiran bila, di mana dan bagaimana kejadian berlaku. Sekiranya ada di kalangan jiran atau rakan sepejabat pernah mengalami perkara serupa, minta mereka menyimpan rekod. Ini boleh membantu mewujudkan kes terhadap pesalah.
  • Masih tiada tindakan? Laporkan saja kepada pihak polis. Ia boleh menjadi medium berkesan untuk menghentikan perkara ini. Sekurang-kurangnya polis akan membuat siasatan di kawasan terlibat dan mempunyai rekod tentang si pelaku. Meskipun anda tidak mengenalinya tapi ada rakaman video, gambar atau seumpamanya untuk dijadikan bukti.

Jika disabitkan bersalah, pelaku akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa:

Sesiapa yang berniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana wanita menggunakan perkataan lucah, membuat sebarang bunyi atau isyarat atay mempamerkan apa-apa objek yang berhasrat perkataan atau bunyi itu didengar, atau isyarat atau objek itu hendaklah dilihat oleh wanita itu, hendaklah dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

Dengan perkongsian ini diharapkan agar semua wanita dari segenap peringkat umur lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling.  Elakkan juga melalui kawasan sunyi dan terpencil serta menjauhi individu berkelakuan pelik yang berpotensi mencederakan anda! SUZIANA ABU DAUD

Sumber: Fb (Nana’s) & Women’s Centre for Change (WCC)

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI