Nama wanita bernama Liyana Dalila Nasir ini sentiasa mempunyai tempat di hati saya. Bekas rakan sekerja yang rapat dan saya anggap seperti adik, sebelum suatu hari dia tiba-tiba tekad berhenti kerja untuk berkahwin.

Dan Yana bulat dengan keputusannya. Walaupun berat melepaskan, tapi saya percaya meskipun tidak lagi bersama Majalah Nona, tapi jiwa Yana yang besar dan dirinya yang lain dari yang lain, pasti akan ‘membangun’ suatu hari nanti.

Lapan tahun berlalu. Hari ini Yana muncul di depan saya sebagai Pengasas Delooqa, lebih matang dan keibuan, tapi masih dengan energi yang sama. Semangatnya yang luar biasa seperti mengingatkan semula momen-momen Yana sewaktu bekerja sebagai wartawan Nona.

Ads

Tawa kami berderai kalau setiap kali dia berkata, ‘Kak Lin ingat tak…?’ Dan begitulah kami, tenggelam timbul berutus khabar tapi ingatan itu selalu ada.

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kewartawanan), Komunikasi Massa dari UiTM Shah Alam, Yana kini menetap jauh di Pantai Timur. Cemburu dengan aktivitinya di Terengganu, saban hari menjalani kehidupan slow living yang sering saya impikan…

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

“Arwah ibu, ayah, atuk dan nenek Yana, saudara mara… Kami semua sukakan fesyen. Arwah dulu suka kumpul majalah, termasuk Nona, dan saya ingat kenangan membelek semua koleksinya di atas rak.

Kecintaan terhadap fesyen bertambah apabila Yana menjadi wartawan. Setiap kali diberi tugasan untuk penggambaran fesyen, Yana mula teruja untuk memulakannya.

Berjalan dari satu butik ke satu butik, meninjau himpunan terbaru dan kadang-kadang berpeluang berbual dengan pereka fesyen sendiri, antara kenangan terindah sewaktu bekerja di Majalah Nona.

Pernah sekali apabila tiba di sebuah butik, saya diminta memilih sendiri koleksi mana yang hendak dipinjam. Sebagai wartawan yang masih ‘hijau’, that really scared me to death, takut kalau editor tak berkenan dengan pilihan saya.

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Yana pernah berkhidmat di Majalah Nona

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Kenangan bertemu bekas pereka fesyen Innaired

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Kenangan ‘loan’ barang untuk penggambaran

 

Jadi saya berdiri di sana, meneliti tekstur, corak, elemen, warna dan potongan paling menepati tema serta konsep penggambaran kami. Ia adalah satu proses pembelajaran yang sangat sukar dilupakan.”‘

 

MASA UNTUK KELUARGA

Keputusan Yana untuk berhenti kerja pada mulanya mendapat tentangan keluarga. Mujurlah suami sentiasa memberi sokongan dan selepas berbincang, dia izinkan si isteri memulakan fasa hidup baru sebagai usahawan.

“Saya mulakan bisnes Delooqa pada tahun 2015. Fokus masa tu adalah koleksi baju raya dan booth pertama kami dibuka di KLCC. Seronok tak terhingga bila jualan kami ‘laku keras’.

Pelanggan pun puji baju-baju Yana bukan saja cantik, tapi kainnya lembut. Mungkin sebab Yana gunakan cotton linen yang sesuai dengan iklim kita, memang selesa sampai nak buat tidur!”

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Inspirasi kebaya Delooqa yang dimodenkan

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Yana merevolusikan seni kebaya putih klasik

 

Ads
Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Ciri-ciri artistik Melayu diterapkan melalui sulaman

 

Tidak pernah menganggap dirinya sebagai pereka fesyen, kecintaan Yana terhadap bisnes ini datang dari gabungan minatnya terhadap rekaan seni, sejarah serta item-item vintaj dan klasik.

“Yana suka ‘memerhati’. Tengok lama-lama dan fikir tentang perinciannya. Dari pemerhatian tu, tercetus inspirasi,” jelas Yana.

 

BISNES ONLINE

Selain pakaian, ibu dua anak ini juga memperjuangkan gaya hidup slow living. Sebagai pencinta alam sekitar, kebudayaan dan sejarah, dia selesa berpindah mengikut suaminya bekerja dalam industri O&G.

“Dulu kami PJJ tapi sejak PKP mula, Yana dan anak-anak ikut suami ke Pantai Timur. Bisnes Delooqa pun dijalankan secara online sepenuhnya sekarang.

Sebenarnya menjual atas talian ada pro and cons. Mungkin jimat dari segi kos sewa fizikal tapi kita kena bekerja keras untuk catch up trend semasa. Alhamdulilah jualan Delooqa juga bagus meskipun dalam waktu pandemik.

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

Ads

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!

 

Selain facemask fabrik, sekarang Delooqa juga banyak keluarkan design baju yang praktikal, yang sesuai dipakai dengan jeans atau ke tempat kerja. Kain yang digunakan tetap dari material cotton seperti terbaru ni handblock kapas.” Yana

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Klasik namun tetap menawan dan mesra WFH

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Kain yang selesa dan sejuk menjadi kelebihan rekaan baju Delooqa

 

Mengakhiri perbualan, Yana sempat berkongsi harapannya agar bisnes ini berkembang maju.

Its not how many times you knock down but how many times you get up—that’s count! In fashion industry, you had no choice but to cope and be alert with trend.

And how you want to portray your product is totally depend on you! You may not be able to do certain things because of this restriction lockdown… You make use on what you have that is accessible for you.

At this moment ONLINE is the answer to keep you moving! There are people who believe in your product and quality you deliver, somehow, they will eventually see and remember you along the way. Even though it’s tough to sustain, but just do it. You got to survive in your own way. Make it special. Passion over everything!

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Koleksi puisi dan cerpen terbaharu Yana

 

Inspirasi Vintaj, Kain Kapas Sejuk, Rona Pastel… Cita Rasa Artistik Liyana Dalila Nasir Relatable Seni Melayu!
Projek terbaru Yana adalah menghasilkan buku sendiri

 

Semoga Yana terus maju dan mencapai cita-cita yang diimpikan. You go girl!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI