Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Ads
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, pelakon dan usahawan popular Ifa Raziah. Apa saja hantaran yang dikongsikan di laman sosialnya pasti mendapat perhatian warga maya dan peminat-peminatnya. Ifa Raziah juga adalah antara selebriti yang dilihat cukup ligat dalam bidang seni, serta aktif dalam perniagaannya.
Dan baru-baru ini, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili sebuah kereta BMW 3 Series (e30) bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-17.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ifa berkongsikan video kejutan buat anaknya itu serta memberitahu kereta BMW itu merupakan kereta idaman anaknya. Menurut dia lagi, kereta ini merupakan kereta idamannya. Walau anaknya masih lagi belum mendapatkan lesen memandu, Ifa menjelaskan anaknya akan mengambil lesen selepas SPM kelak.
Dalam video tersebut, Ifa turut menyertakan kapsyen mendoakan buat anaknya agar dimurahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh. “Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili,” tulisnya.
NONA mendoakan semoga keluarga ini sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya Allah Kau lindungilah kami semua Ya Allah. Apa pun yang berlaku Allah Maha Baik. Kita tetap hendak besarkan rasa syukur kepada Allah SWT. Rahmat Allah jauh lebih besar. Dan kalau Allah uji kerana kita mampu.
Berikut perkongsian dari pendakwah terkenal, Ustazah Fatimah Syarha.
FASA-FASA KEHIDUPAN
Kehidupan ini memang sentiasa menguji kita. Kita bermula dengan fasa lemah dahulu. Fasa daripada kita bayi yang tidak tahu apa-apa. Kemudian Allah Yang Maha Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq) siapkan segalanya untuk kita. Makan minum kita terjaga dengan izin Allah SWT. Pakaian dan keperluan juga terjaga, juga dengan izin Allah Taala. Kemudian kita masuk pula ke fasa kuat. Daripada remaja sampai usia 65 tahun kita berada di fasa kuat. Apabila kita kuat maka ujian pun makin kuat. Sebab Allah mengiktiraf kekuatan kita.
Allah tidak akan bagi apa yang kita tidak mampu. Yang kita mampu Allah akan bagi. Sebab Allah hendak naikkan lagi level kita, tahap kita di sisi Allah SWT. Maka apa pun yang Allah beri semuanya baik belaka. Allah sangat baik, sangat sayang kita. Kita juga nanti akan masuk ke fasa lemah. Ketika itu kita tidak perlu lagi risau kerana dahulu pun kita asalnya berada di fasa lemah iaitu kanak-kanak dan bayi. Allah jaga kita dengan sangat baik. Akan datang pun kita akan kembali ke fasa lemah, dengan izin Allah. Maka jangan risau. Allah sangat baik, Allah sangat menjaga.
PERSIAPAN
Dan di zon kita sekarang ini, apa yang hendak kita siapkan? Boleh jadi sebelum ini fasa kita adalah zon selesa. Sebab segalanya ada, segalanya dapat, segalanya terkawal dan selamat. Kemudian Allah membawa kita dari zon selesa masuk ke zon ketakutan. Takut rezeki tidak cukup, takut apa yang akan berlaku, takut sampai bila, takut raya di mana, tidak dapat ke masjid ketika puasa dan macam-macam ketakutan.
Tidak mengapa kerana ini normal dalam kehidupan. Kita akan diuji takut, ia normal. Kita harus bawa cepat-cepat diri kita dari zon takut ke zon ilmu. Doa yang kita minta antaranya ilmu yang bermanfaat. Kita akan dapat mengawal emosi, uruskan ujian. Sebab apa sahaja yang berlaku kita tidak boleh saling menuduh. Kita belajar daripadanya.
Kita tingkatkan skil daripadanya. Ini adalah zon pengetahuan. Dan kalau kita terus terusan belajar kita akan masuk ke zon berkembang dan bercambah. Apa pun yang berlaku dalam hidup kita sebelum ini semuanya akan menjadi aset yang sangat berharga untuk membina pengalaman, pencapaian baru, objektif baru ianya dapat meluaskan lagi zon selesa kita.
Di fasa mana pun, diuji bagaimana pun kita tetap selesa dengan Allah SWT. Allah SWT mengajar kita untuk sentiasa besarkan rasa syukur kerana ia terapi. Dalam Al-Quran Allah menyebut “Dengan nikmat Tuhanmu sebut sebutkanlah”.
TAQWA & SEDEKAH
Yakin dan percaya bahawa Allah Yang Maha Membantu, Maha Memberi dan Maha Menyayangi sentiasa dekat dan bersama dengan kita. Bagaimana kita hendak luahkan kepada Allah bahawa kita ini hambaNya yang sangat mensyukuri?
Pertama, jaga taqwa kepada Allah SWT. Dan Allah sebut dalam Al-Quran “Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan bagi jalan keluar.” Allah hendak beri rezeki daripada sumber yang tidak disangka sangka. Rezeki adalah apa sahaja yang bermanfaat seperti kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan, anak soleh dan solehah, dapat tersenyum, ilmu baru, dapat menikmati hari ini, itu semua itu rezeki.
Kita juga hendak banyakkan sedekah. Kata Nabi SAW, ketika ditanya oleh para sahabat apakah sedekah yang paling afdhal. Lalu kata Nabi SAW, sedekah yang paling afdhal ialah ketika kita sihat, ketika rasa kikir (kedekut) dan ketika berangan angan hendak kaya. Kita keluarkan sedekah kepada yang memerlukan. Ketika itu Allah memandang sedekah kita sebagai sedekah paling afdhal. Subhanallah!
ZIKIR
Hendak meluaskan lagi hubungan kita dengan Allah, bukan sekadar dengan perkara-perkara yang fardhu tetapi juga perkara-perkara sunat. Kita hendak buat sebanyak-banyaknya. Misalnya hubungan dengan zikir pagi dan petang, Al Mathurat. Ataupun Hisnul Muslim.
Baca maksudnya, tenangkan emosi, jiwa kita dengan memahami apa perkataan Allah. ‘Whatsappp’ Allah, ‘mesej’ Allah supaya jiwa kita kuat melalui apa jua ujian. Subhanallah!
Maka ingatlah, kata Allah dalam Al-Quran “Hari-hari itu Allah akan tukar (macam roda) sekejap di atas sekejap di bawah. Hari-hari yang kita lalui pun sama. Hari ini sihat, esok mungkin sakit. Kemudian sihat dan sakit semula. Atau, hari ini rezeki melimpah esok rezeki sempit.
Dunia semuanya sementara. Yang kekal hanyalah wajah Allah SWT. Alhamdulillah Ya Allah apa pun yang berlaku, senang mahupun susah, sakit ataupun sihat apa jua berlaku yang penting “Saya ada Allah dalam diri saya. Dan saya sangat bahagia dengan kehidupan ini. Alhamdulillah”.
Kredit foto: Instagram Ustazah Fatimah Syarha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernahkah anda membeli kasut yang kurang sesuai dengan kaki anda? Sebelum membeli kasut yang mahal sebaiknya kenali dulu bentuk lengkungan kaki anda untuk memastikan kaki mendapat keselesaan saat melangkah.
Bentuk kasut yang tidak sesuai dengan lengkungan tapak kaki bukan hanya membuatkan anda merasa tidak selesa malah menimbulkan rasa sakit. Maka, untuk penjagaan jangka panjang ukur dan fahami jenis lengkungan kaki anda.
Anda boleh mengukur sendiri lengkungan kaki. Caranya, dengan menggunakan kertas putih dan sedikit air. Letakkan kertas di atas lantai dan celupkan kaki ke dalam air dan tempelkan pada kertas. Ulangi langkah ini hingga tergambar bentuk lengkungan kaki.
Berikut beberapa klasifikasi ukuran lengkungan kaki:
LENGKUNGAN TINGGI
Mereka yang memiliki bentuk kaki dengan lengkungan tinggi harus memilih kasut dengan keselesaan pada ‘bantal’ bahagian dalam kasut. Ini untuk mencegah kepenatan saat menggunakan kasut dalam jangka waktu yang lama.
LENGKUNGAN RATA ATAU RENDAH
Orang yang memiliki lengkungan kaki mendatar atau rendah harus memilih kasut yang berbahan kuat serta bertumit rendah untuk mengurangkan beban kaki. Sebaiknya hindari menggunakan kasut yang bertumit tinggi.
LENGKUNGAN NORMAL
Bagi anda yang memiliki lengkungan normal, boleh menggunakan apa jua jenis kasut. Tetapi pastikan sebelum membeli kasut ukurannya haruslah benar-benar mengikut bentuk kaki. Sebaiknya beli kasut pada waktu petang atau malam ketika ukuran kaki sedang mengembang.
BELI KASUT SESUAI DENGAN PENGGUNAAN
Jika ingin memilih kasut untuk ke pejabat, pilihlah yang sesuai. Pilih bentuk yang lebih formal serta rona yang sesuai seperti hitam, coklat atau biru gelap.
BELI KASUT SESUAI BENTUK BADAN DAN KAKI
Bagi anda yang bertubuh besar, pilih kasut bertumit rendah dan mendatar. Anda akan mudah mengimbangi badan kerana kasut bertumit tinggi biasanya akan mengganggu keseimbangan badan ketika berjalan.
BELI KASUT BERKUALITI
Jangan terlalu lokek mengeluarkan belanja besar untuk membeli kasut yang sesuai kerana ia bukan sekadar sebagai penyeri gaya bahkan dapat memelihara kaki anda. Namun begitu, jangan hanya mementingkan jenama sahaja, cuba dahulu keselesaannya bimbang nanti membazir pula. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.