Gaya Hidup

Iras Wajah Bapa, Kecomelan Tengku Muhammad Johan Usia 2 Bulan Raih Perhatian!

Pasti ramai terpikat tengok kecomelan Tengku Muhammad Johan Petra iaitu anakanda kepada Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan.

Genap mencecah usia dua bulan pada 17 September lepas, gambar terbaharu putera sulung YTM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan ini meraih perhatian warga maya.

Menerusi perkongsian ibundanya, Che Puan Sofie Louise Johansson memuat naik foto Tengku Muhammad Johan dalam persalinan Baju Melayu warna biru.

Daripada gambar tersebut, terserlah bayi ini membesar sihat dan kelihatan mirip ayahanda tersayang.

Kredit Instagram @ljo_
Kredit Instagram @ljo_

Tulis Che Puan Sofie, “September 17th Baby Johan is now 2 months old, very happy to be wearing his Baju Melayu.”

Pada 30 Julai lalu, Che Puan Mahkota Kelantan ini turut berkongsi suasana kemeriahan majis akikah putera kesayangan.

“Today we had the Aqiqah for baby Johan. Normally the Aqiqah takes place on either the 7th day or the 14th day after birth.”

Kredit Instagram @ljo_
Kredit Instagram @ljo_
Kredit Instagram @ljo_
Kredit Instagram @ljo_

Diadakan penuh adat di Istana Kota Lama, YTM Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona biru lembut.

Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung pada 17 Julai lalu.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/tengku-mahkota-kelantan-che-puan-mahkota-kelantan-kongsi-wajah-putera-sulung-di-media-sosial-comelnya/#

IKLAN
Share