Ads

Jangan Rosakkan Penampilan Hanya Kerana KACA MATA! Fahami 4 Helah Penting Ini Dulu

Pemilihan kaca mata yang salah dapat memberi kesan yang tidak seimbang buat keseluruhan penampilan anda. Selain itu, ia juga menjadikan seseorang kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya. Oleh itu, pemilihan bingkai kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah perlu diberi perhatian agak anda kelihatan lebih menarik dan trendy. Jom intai tip memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka.
BENTUK WAJAH PERSEGI
Buat anda yang memiliki bentuk wajah persegi, anda boleh mengenakan kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval. Kaca mata dengan bentuk ini dapat menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi anda yang lebar.
BENTUK WAJAH BULAT
Jika anda mempunyai bentuk muka yang bulat, kaca mata yang paling ideal ialah yang memiliki bingkai yang lebih lebar dari wajah kamu iaitu dengan bentuk sudut runcing atau menyiku. Kaca mata jenis ini
akan membuatkan wajah kelihatan lebih tirus dan pipi terlihat lebih kurus. Elakkan dari memilih kaca mata dengan bentuk bingkai yang membulat.
Jangan Rosakkan Penampilan Hanya Kerana KACA MATA! Fahami 4 Helah Penting Ini Dulu
BENTUK WAJAH SEGI TIGA
Memilih kaca mata yang jenis model cat eye atau melebar ke bahagian atas amat sesuai buat mereka yang memiliki bentuk wajah segi tiga atau dagu runcing. Kaca mata jenis ini akan menyeimbangkan bentuk
wajah. Selain model cat eye alternatif lain yang boleh digunakan ialah kaca mata dengan bentuk bingkai persegi pancang.
BENTUK WAJAH OVAL
Mereka yang mempunyai bentuk wajah ini dianggap beruntung kerana boleh menggayakan kaca mata dengan bentuk apa sekalipun. Memilih kaca mata dengan bingkai tidak terlalu kecil atau pun kaca mata
dengan bingkai yang besar akan membuat wajah terlihat lebih sempurna. FADLI ISMAIL
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Prghh! Cintaan Kita, Saksikan Drama Mikro Tentang Luka, Ego & Peluang...

Prghh! Cintaan Kita mengupas luka perkahwinan, ego dan peluang kedua dalam kisah penuh emosi yang dekat dengan realiti pasangan moden.