Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Meski Terima Kecaman, Janna Mahu Teruskan Usaha Murni Bina Pusat Tahfiz!
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
Ads
“Kalau orang nak menidakkan kata halal atau haram, tujuan saya menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Terpulang orang nak terima cara bagaimana,” katanya.
Menurut pelantun lagu Gatal ini, dia menanam impian untuk membantu penduduk di Kedah pula selepas ini sekiranya projek tahfiz ini berjaya dilaksanakan.
“Sebenarnya tahfiz dah ada di masjid ini. Namun sekarang kelas dibuat di masjid. Tujuan kami nak besarkan untuk bagi peluang lebih ramai yang masuk.
Ads
Tak Hanya Fokus Bantu Tahfiz, Janna Mahu Bantu Rumah Anak Yatim & Kompleks Orang Kampung
“Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
Ads
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
“Sebabnya saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana, tapi gagal akibat pandemik Covid-19. Semua orang turut terkesan.
“Itu sahaja yang saya boleh bantu. Saya buat dengan skala kecil demi kampung sendiri. Kalau berjaya, saya nak buat untuk bantu negeri kelahiran pula,” katanya lagi.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luna Maya & Cinta Laura santuni mangsa banjir Aceh, sekali gus membuktikan bahawa keprihatinan selebriti mampu menjadi inspirasi besar buat masyarakat. Di saat wilayah yang terjejas masih bergelut dengan kesan bencana, kehadiran dua figura terkenal ini bukan sekadar lawatan biasa, tetapi simbol solidariti dan empati terhadap komuniti yang sedang bangkit membina semula kehidupan.
Misi Luna Maya & Cinta Laura ke Aceh menjadi sorotan apabila kedua-dua figura terkenal ini turun padang menyantuni usaha pemulihan pascabencana di wilayah Peusangan. Walaupun banjir besar melanda hampir dua bulan lalu, kawasan tersebut masih belum pulih sepenuhnya. Kesan kemusnahan jelas kelihatan, daripada akses jalan yang terputus sehinggalah kediaman penduduk yang masih menanti pembaikan.
Atas rasa tanggungjawab dan empati, Luna Maya dan Cinta Laura hadir bukan sekadar untuk lawatan ringkas, sebaliknya bagi menyokong usaha pemulihan alam sekitar serta konservasi hidupan liar di kawasan yang terjejas.
Inisiatif murni ini digerakkan menerusi organisasi sosial masing-masing. Luna Maya melalui Yayasan Luna Maya Nawasena, manakala Cinta Laura menerusi Act of Love. Kedua-duanya turut berkolaborasi bersama World Wide Fund for Nature (WWF) Indonesia dalam usaha membantu mempercepatkan proses pemulihan wilayah yang terjejas akibat bencana.
Kolaborasi strategik ini membuktikan bahawa kehadiran selebriti mampu memberi impak besar apabila digabungkan dengan kepakaran organisasi bukan kerajaan yang berpengalaman dalam pengurusan bencana dan konservasi alam sekitar.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi di akaun Instagram peribadi mereka, jelas terpancar realiti sebenar keadaan Peusangan yang masih bergelut dengan sisa kemusnahan. Jalan yang rosak, struktur rumah yang terjejas serta suasana persekitaran yang belum kembali seperti sediakala menjadi gambaran nyata betapa panjangnya perjalanan pemulihan yang perlu ditempuhi.
Kehadiran mereka memberi perhatian baharu terhadap keadaan semasa di Aceh, sekali gus membuka mata ramai pihak tentang keperluan bantuan berterusan untuk komuniti setempat.
Sepanjang berada di Aceh, Luna Maya dan Cinta Laura aktif menyertai pelbagai aktiviti sosial. Mereka meluangkan masa beramah mesra bersama masyarakat setempat, bermain dengan kanak-kanak serta meninjau keadaan di lapangan. Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik, sebaliknya turut menyuntik semangat buat komuniti yang sedang bangkit daripada musibah.
Bagi penduduk yang terkesan, sokongan moral dan perhatian yang diberikan membawa makna besar dalam proses membina semula kehidupan yang terjejas akibat bencana alam.
Menariknya, kedua-dua figura ini turut berinteraksi dengan gajah-gajah di kawasan berkenaan. Momen tersebut dimanfaatkan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan melestarikan hidupan liar.
Mesej itu disampaikan melalui perkongsian di platform Instagram masing-masing, menyeru agar manusia lebih bertanggungjawab dalam berkongsi bumi dengan makhluk lain.
“Melihat mereka di habitatnya, memberi banyak pelajaran baharu. Maaf, jika kita sering lupa untuk berkongsi bumi dengan bijak,” LUAH LUNA MAYA.
Tidak terhenti di situ, sebagai simbol harapan dan komitmen terhadap kelestarian alam, mereka turut menanam pokok alpukat di wilayah tersebut. Tindakan ini menjadi lambang kepedulian terhadap pemulihan ekosistem dan masa depan yang lebih hijau.
Daripada pengalaman penuh makna sepanjang Luna Maya & Cinta Laura ke Aceh, isteri kepada Maxime Bouttier itu sekali lagi berkongsi refleksi di media sosialnya:
“Setelah semuanya terasa runtuh, ada satu hal yang tetap berdiri, harapan.”
Di sebalik bencana dan kemusnahan, kunjungan Luna Maya & Cinta Laura ke Aceh membuktikan bahawa solidariti, empati dan harapan masih menjadi asas penting untuk membina semula kehidupan yang pernah terjejas. Usaha ini bukan sahaja membantu dari sudut fizikal, malah memperkukuh semangat komuniti untuk terus bangkit dan melangkah ke hadapan.
Wow, hebatnya! Empat anugerah yang diterima tu bukan calang-calang. Selayaknya, digelar beauty with brain anak dara Raja Azura ni.
Baru-baru ini, Raja Azura atau panggilan mesranya Kak Engku berkongsi detik manis hari anugerah kecemerlangan anak bongsunya, Puteri Mia Maizura di Instagram.
Detik manis itu telah diabadikan dalam sebuah video berdurasi 1 minit 40 saat.
“Syukur alhamdullilah congrats Puteri Mia Maizura,” tulis Raja Azura di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Puteri Mia Maizura yang merupakan bekas pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur berjaya meraih empat anugerah terbaik iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
Masha-Allah, sejuk perut ibu mengandung. Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang wanita apatah lagi yang bergelar ibu tunggal apabila anak-anak berjaya dalam akademik.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, dan penyampai radio terkenal ini.
Bertuah anak-anaknya dikurniakan seorang ibu yang ceria dan penyayang. Didikan Raja Azura terhadap mereka juga adalah terbaik biarpun lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Lebih bermakna lagi, kejayaan anak bongsunya itu turut menjadi ‘hadiah’ paling istimewa buat Raja Azura sempena hari lahirnya yang ke-51 tahun.
“Terima kasih hadiah hari jadi Mama 18/8/2023,” luah Raja Azura.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat termasuk rakan-rakan artis menitipkan ucapan tahniah.
Semoga anak-anak Raja Azura terus berjaya di dunia mahupun akhirat seterusnya menjadi anak-anak yang berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.
Selain Puteri Mia Maizura (18), dua lagi anak Raja Azura ialah Megat Muhammad Raziq (21), dan Megat Luqman Haqim (20).
Untuk info, Raja Azura atau pemilik nama sebenar, Y.M Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin merupakan antara selebriti yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain kecomelan anak kembarnya, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, satu lagi keistimewaan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang menarik perhatian netizen adalah bonding beliau dengan anak-anak perempuan.
Dalam posting yang dimuat naik beberapa minggu lalu, kelihatan aksi kandid angkasawan negara ini bersama dua anak gadisnya, Sophea Isabella (Bella, 7 tahun) dan Sophea Natasha (Tasha, 5 tahun) yang dilihat berseronok mencukur jambang si bapa.
Mula-mula rasa seriau juga bila tengok dua kanak-kanak ni pegang pencukur tajam. Terasa tingginya tawakal Dr. Sheikh Muszaphar sampai bagi anak-anaknya buat macam tu. Ini tulis beliau pada kapsyen,
The girls shaving me… I was shaving for my trip tonight when the girls came into the bathroom. They wanted to shave me and I’m like why not. As long as they are having fun!
Dengan pipi comot bertepek buih pencukur, terkekek-kekek dengar mereka gelak. Tentu seronok dapat buat aktiviti bonding ni dengan bapa tersayang! Tengoklah sendiri.
Sebenarnya ramai yang suka ikut perkembangan pasangan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos untuk tiru tip keibubapaan mereka.
Pasangan doktor ini sama-sama menerapkan didikan yang baik dan terbuka terhadap anak-anak, malah mereka juga pernah menasihatkan ibu bapa lain supaya jangan memandang rendah terhadap kemampuan anak kecil belajar.
Kalau nak tahu, Bella dan Tasha sebenarnya dihantar menghadiri sekolah Cina pada waktu pagi dan membuat Matematik pada waktu tengah hari sebelum bertolak ke sekolah agama Islam pada waktu petang. Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas Al-Quran, kelas piano, kelas taekwando dan kelas sukan pada hujung minggu!
7 Cara Mesti Tiru
(1) Bapa beri impak besar
Anak perempuan yang rapat dengan bapa mereka lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran baru. Apabila seorang lelaki melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya.
(2) Jangan terlalu memuji paras rupa
Praktikkan teknik memuji yang betul. Puji ke arah membina supaya mereka tidak terlalu fokus terhadap kecantikan luaran. Banyakkan memuji usaha mereka dalam menjayakan sesuatu perkara. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengan diri mereka.
(3) Layan kepetahan mereka
Kebanyakan anak perempuan memang petah bercakap. Menurut kajian, anak perempuan umumnya lebih cepat bercakap berbanding anak lelaki, di mana pada usia 16 bulan anak perempuan dikatakan mampu mengucapkan 100 perkataan secara purata berbanding sekitar 30 perkataan bagi anak lelaki. Dengan melayan mereka berbual dan menjawab soalan, anda telah menggalakkan keyakinan diri dalam anak kecil secara tidak langsung.
(4) Tanam minat terhadap superhero perempuan
Sukar untuk kita menepis kuasa media kerana memang naluri anak-anak kecil cepat tertarik dengan animasi dan kartun. Tapi, kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan untuk memantau apa yang mereka tonton. Elakkan kartun-kartun yang berkonsep fairy tale atau happy ever after. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej girl power adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi.
(5) Ajar mereka berdikari
Cara mendidik anak perempuan sebenarnya tidak banyak berbeza dengan anak lelaki. Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga. Di samping itu, beri kepercayaan kepada anak perempuan untuk turut membantu tugas yang dibuat oleh ayah. Contohnya, mencuci kereta, membaiki paip yang rosak, atau berkebun. Selain menggalakkan waktu bonding, anak juga dapat meneroka minat yang baru.
(6) Jangan hadkan aktiviti
Ambil serius terhadap minat dan kreativiti mereka. Tidak perlu terikat pada stereotaip – contohnya perempuan mesti pandai memasak, membuat kuih, atau bersolek. Sebaliknya, galakkan mereka menjadi diri sendiri. Beri mereka buat pilihan terhadap minat mereka sendiri. Jika anak suka berenang, bawalah mereka selalu berenang atau masukkan mereka ke kelas renang. Sekiranya anak suka membaca, sediakan mereka bahan bacaan yang secukupnya dan bawalah mereka selalu ke perpustakaan.
(7) Beri ruang privasi
Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya. Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa.
Foto: Instagram @drsheikhmuszaphar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syafiqa Melvin uruskan 2 bayi serentak selepas bersalin namun tetap kuat turun padang berniaga. Kisah inspirasi ibu, isteri dan usahawan wanita yang tidak berhenti berjuang membina empayar bisnes sendiri.