
Erin Malek Cantik Usia 32 Tahun
Masih ingat lagi rupa paras Erin Malek ketika membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan pada tahun 2006. Waktu itu, dia baru berusia belasan tahun. Meskipun sudah dua dekad berlalu namun keayuan aktres ini tetap menyerlah.
Apatah lagi Erin kini merupakan seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak.
15 Julai lalu Erin Malek menyambut ulang tahun kelahiran ke-32. Seperti kelaziman, suami tercinta iaitu Mohamed Farriz Fauzy tidak ketinggalan meraikan hari lahir wanita kesayangannya di samping anak-anak.
Jelas terpancar seri wajah bahagianya tatkala berada bersama-sama suami dan anak tersayang.
Bukan hanya disayangi keluarga, Erin turut dikelilingi sahabat yang sentiasa menghargainya. Sempena hari lahir, dia menerima pelbagai pemberian daripada kenalan rapat seperti bunga, kek dan sebagainya. Bertuah!
Menelusuri karier seni Erin Malek, dia mula menceburi industri hiburan sebagai pelakon sejak kecil namun mengambil keputusan memperlahan kerjayanya sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.
Walau jarang muncul di kaca TV namun bakat dan pesonanya tetap diingati peminat. Selain membintangi filem Tentang Bulan, Erin atau nama penuhnya Nur Arina Abdul Malek pernah menjadi juara program realiti Fear Factor.
Erin sah bergelar isteri Farriz Fauzy yang merupakan pelumba kereta dan anak usahawan empayar MOFAZ pada 10 Oktober 2014.
Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, pasangan romantis ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz, Nur Aisha Mohamed Farriz dan Mohamed Fahad Mohamed Farriz.
Anak bongsu Erin selamat dilahirkan pada 11 November 2024 dan meniti usia dua tahun.
This website uses cookies.