Kahwin Ratu Cantik Turkiye & Timang Anak Lagi, Mesut Ozil Kini Bapa 3 Anak Perempuan!

Meskipun sudah bersara daripada arena bola sepak namun nama Mesut Ozil masih meniti di bibir peminat sukan antarabangsa. Bekas pemain kelab terkenal dunia, Real Madrid ini nekad meninggalkan karier sukan di peringkat antarabangsa sejak 2018 dan kini dilaporkan berkecimpung dalam persada politik. Β 

ArtikelΒ https://www.nona.my/biaya-1000-pembedahan-kanak-kanak-bantu-pelarian-turki-syria-saham-akhirat-mesut-ozil/

Mesut Ozil Legenda Bola Sepak

Memetik laporan portal Sky News, Ozil menyertai parti politik yang dipimpin Presiden Turkiye iaitu Recep Tayyip Erdogan. Β 

Bahkan pada Februari lalu ketika menyambut Ramadan, legenda bola sepak ini berkongsi momen dirinya turun padang bersama anak lelaki Presiden Erdogan, Bilal Erdogan ke penempatan Rohingya di Bangladesh bagi urusan pembangunan hospital, sekolah dan pusat latihan.

Bukan itu saja, Mesut Ozil turut berkesempatan bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Januari lepas bagi membincangkan isu berkaitan ummah Islam dan konflik di Gaza.

Dalam kesibukan menguruskan misi kebajikan dan kemanusiaan sejagat, bekas pemain kebangsaan Jerman berkenaan menerima khabar gembira apabila isteri tercinta selamat melahirkan cahaya mata terbaharu mereka pada 2 April lalu. Β 

Berita gembira itu dikongsikan Mesut Ozil dan isteri, Amine Ozil di media sosial masing-masing.

Menerusi hantaran itu, mereka memuat naik foto hitam putih memaparkan seorang bayi yang turut kelihatan tangan empat individu di sebelah bayi berkenaan berserta kapsyen, β€œThank God you were born safe and sound, our beautiful daughter Elisa.” 

Keluarga Bahagia Mesut Ozil

Ozil mendirikan rumah tangga dengan Amine Gulse yang merupakan model dan pelakon keturunan Turkiye-SwedenΒ padaΒ Jun 2019.Β Β 

Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan iaitu Ela, Eda dan Elisa. Suri hati kesayangan Ozil ini menginjak usia 33 tahun pada 30 April. Β 

Mengimbau populariti Mesut Ozil sepanjang dalam bidang sukan, dia merupakan pemain bola sepak yang menerima bayaran gaji paling tinggi bagi kelab Arsenal. Khabarnya, Ozil pernah memperoleh pendapatan lumayan mencecah RM1.89 juta seminggu.

Pun begitu, dia memilih untuk berkongsi rezeki yang menggunakan sebahagian daripada gaji yang diterima untuk tujuan kebajikan di Turkiye, Syria dan Brazil. Β 

Β 

Β 

Share
Published by
Suzi