Orang kata lagi banyak kita bersedekah, lagi besar dan banyak ganjaran yang bakal kita dapat. Mungkin itulah yang diamalkan bintang Arsenal ini sampai mampu meraih
pendapatan lumayan mencecah RM1.89 juta dalam masa seminggu! Meskipun terkenal dan hidup mewah tetapi pemain bola sepak beragama Islam, Mesut Ozil tidak lokek berkongsi rezeki dan menggunakan sebahagian daripada gaji yang diterima untuk tujuan kebajikan.

IKLAN

Yang pasti, kerja amal yang dilakukan Ozil bukan sedikit. Menurut ejen yang menguruskan kerjaya Ozil iaitu Dr Erkut Sogut, sekitar tahun lepas sahaja pemain yang menerima bayaran gaji paling tinggi di Arsenal itu telah membiayai sebanyak 1,000 pembedahan untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbesar hati memberi bantuan berbentuk bekalan makanan kepada 100,000 pelarian di 16 kem pelarian di Turki dan Syria.

Merasakan lebih ramai kanak-kanak memerlukan pertolongan dan kerana jiwanya telah sebati dengan kerja amal, Ozil telah membelanjakan sejumlah wang yang besar iaitu £240,000 atau RM1.3 juta khusus untuk golongan si kecil yang sakit di Brazil.

Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL!

Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL!

Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL!

Selain itu, Ozil turut dilaporkan bekerjasama rapat dengan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Rays of Sunshine dan pernah menjemput peminat cilik berusia 8 tahun yang menghidap penyakit paru-paru dan celebral palsy ke rumah agam miliknya.

Malah, pemain bola sepak berusia 31 tahun ini juga tersentuh melihat keadaan seorang kanak-kanak daif yang memakai baju ala jersi Arsenal dengan tulisan nama Ozil menggunakan pen. Gambar yang tular di Twitter tersebut menarik perhatian Ozil dan bekas pemain Jerman berkenaan sanggup menghantar satu set jersi lengkap dengan kasut but bola sepak kepada kanak-kanak lelaki bernama Lawrence itu di Nairobi, Kenya.

IKLAN

Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL!

Lebih mengharukan, kawan-kawan Lawrence turut menerima tempias dan dihadiahkan jersi yang sama. Tindakan Ozil nyata mencuri tumpuan peminat dunia bola sepak antarabangsa. Hinggakan ada yang melabelkan Ozil sebagai hero kanak-kanak! Ujar Ozil, “Medals and trophies remind us of past victories. These children, however, remind me that there was even more to our World Cup triumph than awards, most importantly healthy and happy children. There is nothing better in life than helping others!”

Dalam situasi dunia yang tidak menentu ketika ini, Ozil menggunakan duit miliknya sebaik mungkin untuk melakukan kebajikan. Terbaik!

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BqhsfnUFbDj/

Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL! Biaya 1,000 Pembedahan Kanak-Kanak, Bantu Pelarian Turki & Syria, ‘Saham Akhirat’ MESUT OZIL!

Melihat keprihatinan dan jiwa murni Ozil tersebut, tidak mustahil lagenda bola sepak ini disenangi ramai dan mendapat perhatian Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Hubungan erat yang terjalin di antara Ozil dan Erdogan bukan lagi perkara asing dalam kalangan rakyat Turki. Ini kerana kedua-duanya disifatkan sebagai individu berpengaruh yang lantang menyuarakan nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya melibatkan umat Islam.

Keakraban mereka juga jelas kelihatan apabila Presiden Turki tersebut sudi menjadi ‘pengapit’ di majlis perkahwinan Ozil dengan bekas ratu cantik Turki, Anime Gulse pada Jun tahun lalu. Ozil dan isteri menimang cahaya mata sulung mereka pada hujung Mac lepas.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI