
Pejam celik usia perkahwinan Mark Adam dan isteri sudah pun menjangkau 23 tahun. Lebih dua dekad hidup bersama pasti pelbagai kisah suka duka telah dilalui pasangan ini. Sekaligus pengalaman hidup tersebut mematangkan mereka berdua hingga mampu bertahan dan bahagia sampai sekarang.
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-23 pada 31 Ogos yang turut jatuh pada Hari Kebangsaan Malaysia, penyanyi kelahiran Filipina berkenaan memuat naik foto kenangan di samping isteri tercinta iaitu Norazah Redzuan atau lebih dikenali sebagai Ezan Marzan Echivarre.
Mark Adam Bahagia Di Sisi Ezan

View this post on Instagram
Lebih istimewa, pelantun lagu ‘Pencuri’ ini memanjat kesyukuran kepada ilahi kerana dipanjangkan jodoh bersama ratu hati kesayangan. Selain menitipkan ucapan romantis buat Ezan sepanjang melayari bahtera perkahwinan sejak 2003.
Kongsi pelawak yang juga usahawan ini, “Selamat ulang tahun perkahwinan, B. Kalau orang tanya apa yang paling istimewa tentang perjalanan kita, jawapan saya mudah. Kita tak pernah tinggalkan satu sama lain.
Kita dah lalui macam-macam dalam hidup. Ada hari kita ketawa, ada hari kita menangis. Ada masa semuanya terasa muda, tapi ada juga masa dugaan datang bertubi-tubi sampai kita sendiri tak tahu macam mana nak hadapinya.”
Tambah Mark Adam lagi, “Tapi dalam setiap keadaan itu, tangan awak tetap ada dalam tangan saya. Dan tangan saya tetap cuba menggenggam tangan awak sekuat yang saya mampu. Kita mungkin tak selalu tahu apa yang akan berlaku esok, tapi kita selalu cuba cari jalan bersama.
Bila satu pintu tertutup, kita cari pintu yang lain. Bila kita rasa dah tak ada jalan, Allah tunjukkan jalan yang kita sendiri tak pernah sangka. Alhamdulillah. Allah tak pernah tinggalkan kita. Dan hari ini saya sedar, mungkin itulah antara hadiah terbesar dalam hidup saya. Allah pinjamkan awak kepada saya sebagai teman dalam setiap ujian dan kebahagiaan.”
Kehidupan Mark Adam

Mark Adam atau nama islamnya Fikri Mark Adam Abdullah dalam hantaran tersebut mengakui kekurangan dirinya selama ini namun isteri tercinta tetap setia di sisi. Malah tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat serta sanggup berada bersama Mark dalam suka mahupun duka.
Ujar guru vokal ini lagi, “Saya tak janji perjalanan kita selepas ini akan sentiasa mudah. Tapi saya janji satu perkara. Selagi Allah izinkan, saya akan tetap pegang tangan awak. Kalau kita jatuh, kita bangun sama-sama. Kalau kita susah, kita hadap sama-sama. Kalau kita bahagia, kita syukuri sama-sama.
Dan kalau suatu hari nanti kita sudah tua, saya harap kita masih boleh pandang satu sama lain dan berkata, “Alhamdulillah, kita dah lalui semuanya bersama.”
Semoga Allah terus menjaga rumah tangga kita, melindungi keluarga kita, melapangkan rezeki kita, menguatkan hati kita dan mengurniakan kita cinta yang semakin dalam setiap hari.”

Perkongsian itu nyata menarik perhatian rakan artis, peminat dan warga maya yang kebanyakan mereka mendoakan kesejahteraan Mark Adam dan Ezan.
Mark Adam dilahirkan di Cebu, Filipina. Dia berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan dikenali ramai sebagai penyanyi, pelakon, pelawak serta penyampai radio.
Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2003. Biarpun masih belum dikurniakan zuriat tetapi mereka tetap bahagia dengan cara tersendiri. Malah, rezeki juga semakin murah.
Semoga kedua-duanya kekal bahagia selamanya sampai syurga.

sekarang!

