Comelnya Puteri Lilibet Diana. Rasanya macam masih baharu lagi mendengar berita Duchess Sussex Meghan Markle mengumumkan kelahiran anak keduanya Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor.

IKLAN

Rupanya anak kedua kepada Duke Sussex Putera Harry telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama pada 4 Jun yang lalu.

Comelnya PUTERI LILIBET DIANA, Meghan Markle Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena ‘1st Birthday’ 
Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski

Lebih menggembirakan, sempena ulang tahun kelahiran cucu kepada Lady Diana yang pertama ini, ibunya Meghan Markle telah terbuka hati untuk berkongsi wajah puteri kesayangannya.

Comelnya Puteri Lilibet Diana. Wajah comel Lilibet Diana telah mendapat liputan meluas seluruh dunia dan ramai yang memuji wajah comel anak buah kepada pewaris takhta kerajaan Inggeris, Putera William ini.

Comelnya PUTERI LILIBET DIANA, Meghan Markle Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena ‘1st Birthday’ 
Foto: Instagram @misanharriman

Kepulangan pasangan diraja Britain Duke dan Duchess Sussex ini bersempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain dan jadi raja pemerintah tertua di dunia.

Fakta menarik tentang anak kedua pasangan Putera Harry dan Meghan Markle.

Comelnya PUTERI LILIBET DIANA, Meghan Markle Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena ‘1st Birthday’ 
Foto: Facebook Duke and Duchess of Sussex

NAMA
Bayi perempuan yang diberi nama Lilibet “Lili” Diana Mountbatten-Windsor itu diberi sempena nama moyangnya dan neneknya. Lili adalah nama sempena moyangnya, ‘Her Majesty The Queen’ dengan nama panggilan Lilibet. Nama tengahnya, Diana dipilih sempena menghargai mendiang neneknya yang tersayang, ‘The Princess of Wales’.

IKLAN

TEMPAT KELAHIRAN
Lilibet Diana dilahirkan pada 4 Jun 2021 bersamaan hari Jumaat di sebuah hospital di Santa Barbara, California. Lilibet dilahirkan pada jam 11.40 pagi waktu tempatan. Lilibet dilahirkan dengan verat 3.1 kilogram dalam keadaan sihat bersama ibunya, Meghan Markle.

Comelnya PUTERI LILIBET DIANA, Meghan Markle Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena ‘1st Birthday’ 
Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski

WARISAN DIRAJA BRITAIN
Lilibet adalah cicit Ratu Elizabeth II yang ke-11 dan berada di tempat kelapan dalam senarai pewarisan takhta. Ini bermakna anak kedua Ratu Elizabeth II, Putera Andrew terpaksa turun ke tempat kesembilan dalam susur galur takhta Britain.

IKLAN

SEPUPU PEWARIS TAKHTA ENGLAND
Lilibet Diana mempunyai seorang abang, Archie Harrison yang kini berusia 2 tahun. Sudah tentunya Lilibet mempunyai sepupu yang bergelar Pewaris Takhta Kerajaan England iaitu Putera George atau nama penuhnya George Alexander Louis anak kepada pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton. Dua orang sepupunya lagi ialah Puteri Charlotte dan Putera Louis.

Comelnya PUTERI LILIBET DIANA, Meghan Markle Akhirnya Dedah Wajah Anak Sempena ‘1st Birthday’ 
Foto: Instagram @dukeandduchessofcambridge

WARGANEGARA
Walaupun belum ada pengumuman dibuat tentang kewarganegaraan Lilibet Diana tetapi ramai yang menjangkakan Lilibet bakal mendapat dua kewarganegaraan. Ayahnya, Putera Harry adalah keluarga diraja Britain, manakala ibunya, Meghan Markle pula mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat. Sementelah Lilibet juga dilahirkan di Amerika Syarikat.

Baca juga; Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI