Ratu Elizabeth II telah mencipta sejarah dunia apabila jadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 70 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu England pada 2 Jun 1952.

IKLAN

Pada 21 April yang lalu Ratu Elizabeth II telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96. Nenda kepada Putera William dan Putera Harry ini turut berkongsi tahun kelahiran bersama isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali.

Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Di usia 96 tahun, Ratu Elizabeth II kelihatan masih sihat dan telah menyambut Jubli Platinum yang bermula pada hari Khamis lalu (2 Jun 2022) sempena ulang tahun ke-70 Baginda bersemayam di atas takhta kerajaan Great Britain dan jadi raja pemerintah tertua di dunia.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Ratu Great Britain menerusi hantaran Instagram @istana_negara.

Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @istana_negara
Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @istana_negara

Mengimbas kenangan hubungan mesra antara kedua-dua negara dan para pemimpinnya, Seri Paduka Baginda dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2019 telah berkenan berangkat membuat kunjungan hormat dan menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Baginda Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London.

Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @queenelizabethiiuk
Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @queenelizabethiiuk

Kunjungan hormat dan majlis santapan tengah hari itu bersempena Lawatan Khas tujuh hari Seri Paduka Baginda berdua ke England, bermula pada 9 Disember 2019.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan melawat Westminster Abbey yang merupakan salah satu tempat ibadat tersohor di United Kingdom dan juga menjadi tempat pemahkotaan serta pengebumian tradisional untuk raja-raja Inggeris.

IKLAN
Jadi Raja Pemerintah Tertua Dunia, Ratu Elizabeth II Sambut Jubli Platinum
Foto: Instagram @queenelizabethiiuk1

Baru-baru ini, Ratu Elizabeth II telah menawarkan kerja kosong di istana seperti yang dilaporkan oleh akhbar Metro UK, keluarga diraja Britain telah mengeluarkan sebuah iklan untuk mencari pembantu rumah profesional. Tugas pembantu rumah ini adalah bagi memastikan kediaman atau istana pemerintah kerajaan berada dalam keadaan baik sepanjang masa.

Jika terpilih, pembantu rumah ini akan bekerja selama 40 seminggu sama ada di Istanan Buckhingham atau Istana Windsor. Bukan calang-calang ‘pejabat’ tau!

IKLAN

Baca juga; Zahirkan Kebimbangan Penularan Penyakit Berjangkit, TUNKU AZIZAH Titah Orang Ramai Waspada

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI