Gaya Hidup

Kahwin Usia 20 & Ada Anak Remaja, DATIN REENA ZACH Komited Bina Empayar Bisnes

Sememangnya kala pandemik yang melanda seluruh dunia ini memberi impak yang besar kepada seluruh masyarakat. Tidak kira mereka yang bekerja, suri rumah mahupun yang mempunyai perniagaan sendiri. Datin Reena Zach selaku Pengarah Urusan Lana Labs Global mempunyai cara yang tersendiri dalam menangani situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mempunyai resipi tersendiri bagi memastikan perniagaannya berterusan. “Oleh kerana pergerakan terbatas kala PKP ini, kami banyak menekankan perniagaan secara online bersama team. Terbaharu kami mengalu-alukan agen tanpa modal dan memantapkan kumpulan usahawan dropship

dengan Support Group HQ melalui whatsaap, Facebook, Youtube & Telegram,” tutur Datin Reena Zach yang telah melantik Keith Foo dan Natasha Hudson sebagai duta produknya baru-baru ini.
Foto: Koleksi Peribadi Datin Reena Zach
Foto: Koleksi Majalah Nona

Wanita tinggi lampai ini juga turut mengakui terkesan dengan situasi sekarang namun dari sisi yang positif. “Kemunculan COVID-19 menjadi risiko perniagaan tidak dijangka ramai usahawan termasuklah saya sendiri. Tetapi, alhamdulillah sepanjang PKP ini jualan kami meningkat 3 kali ganda. Mungkin produk kami juga berkait rapat dengan kesihatan dan imunisasi badan.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Reena Zach

Bagi saya, antara objektif perlu dicapai dalam tempoh hibernisasi adalah memastikan status dan momentum perniagaan dapat dikekalkan walaupun operasi perniagaan terganggu. Pemilihan produk jualan yang tepat juga memainkan peranan penting,” ucap graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ini.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Reena Zach

Sebagai usahawan, Datin Reena Zach menjadikan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai idola. “Saya sangat mengagumi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Bagi saya beliau mempunyai sisi hidup yang sangat hebat! Beliau merupakan seorang ahli perniagaan terkaya dan sangat dermawan. Satu hari nanti saya juga mengimpikan mempunyai sebuah yayasan sendiri seperti beliau, insyallah,” ujar Datin Reena Zach.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Majalah Nona

Rasa tak lengkap sekiranya tidak bertanya rahsia kecantikan ibu kepada dua orang anak remaja ini. “Saya berkahwin di usia yang sangat muda iaitu 20 tahun. Sekarang anak sulung saya dah berusia 16 tahun, anak ke dua pula 10 tahun. Mungkin saya berpengalaman bersalin awal, jadi saya memang menekankan cara pemakanan yang betul dan kerap melakukan senaman. Saya juga mengamalkan pemakanan organik dan gaya hidup sihat. Yoga dan Pilates adalah senaman pilihan saya setiap hari,” bicara ibu kepada Putry Daniella Qistina dan Adellia Auddra ini.

Foto: Koleksi Peribadi Datin Reena Zach

Masa PKP tak boleh keluar beli barang kecantikan, klik sini saja.

IKLAN
Share