Kahwini Kerabat & Berwajah Pan Asia, CP JULIANA EVANS Tetap Merendah Diri Dengan Kelebihan Dimiliki

Biarpun bergelar isteri kepada kerabat diraja, pelakon dan pengacara berwajah Pan Asia, Che Puan Juliana Sophie Johari Evans masih sama seperti dahulu. Mesra, ramah dan sentiasa merendah diri.

Mesra disapa CP Juliana, penerima Nona Superwoman Award ini mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.

Bagi CP Juliana, dunia seni sudah sebati dalam jiwanya. Tidak mungkin ia boleh dilupakan begitu sahaja.

“Mungkin disebabkan saya sudah biasa berdikari sejak kecil, suka mencari duit maka saya seronok pula bekerja. Walau tidak menghalang, suami sentiasa mengingatkan saya jangan terlalu berdikari sangat,” bicara CP Juliana yang pernah tersenarai dalam 100 Wanita Palaing Cantik 2020 (Top 100 Most Beautiful Woman).

“Selalunya orang akan fikir kecantikan yang saya miliki ini adalah kerana mewarisi darah kacukan. Namun bagi saya sebenarnya ia datang dari kombinasi keturunan Melayu sebelah sebelah ibu.

“Bagi saya, ibu seorang wanita yang sangat cantik. Maka, saya menganggap campuran darah Melayu-England memberi keunikan kepada kecantikan yang saya miliki. Satu anugerah Allah SWT buat saya, syukur serta bangga.

“Bagi mengekalkan kecantikan semula jadi, saya memastikan tidak tidur dengan solekan. Saya juga sangat menitik beratkan soal produk-produk yang digunakan walaupun sering bertukar-tukar produk. Paling penting sunblock, jangan tinggal.”

WANITA PALING DIKAGUMI
“Semestinya ibu dan ibu mentua saya kerana mereka memiliki kecantikan tersendiri. Kedua-duanya adalah wanita yang sangat tabah.

“Bagi saya, wanita dengan karakter yang sangat kuat dan tabah, itulah sebenarnya wanita cantik. Contohnya, ibu-ibu yang ada anak ramai. Mereka ini saya anggap sebagai a respectful woman,” ungkap wanita berusia 33 tahun ini.

BISNES
“Selain minat, saya mahukan sesuatu yang authentic. Sejak kecil saya minat sangat dengan aksesori di mana saya suka buat aksesori sendiri (DIY) mengikut stail sendiri. Maka tercetusnya Jevans Jewelry ini.

“Buat masa ini saya hanya menjual costume jewellery dan tiada kedai atau butik. Saya mahu produk ini mudah didapati dan boleh dimiliki oleh semua golongan. Saya menjualnya pada harga mampu milik,” jelasnya.

DUTA PELANCONGAN SELANGOR
“Saya sangat bersyukur, kebetulan saya memang minat melancong. Selangor sangat dekat dengan jiwa kerana saya dilhahirkan dan dibesarkan di negeri ini.

“Sebab itulah dalam bisnes jewellery, saya ada mereka bentuk rantai yang lengkap dengan peta Selangor. Ia dibuat sebelum saya bergelar duta pelancongan. Saya begitu teruja untuk menjelajah seluruh negeri Selangor,” ungkapnya.

Baca artikel penuh dalam edisi istimewa NONA SUPERWOMAN 2022 yang sudah pun berada di pasaran. Dapatkannya sekarang!

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share