Ads

Kalau Kena Gayanya, Tetap Kelihatan MENAWAN Walaupun BERTUDUNG! Intai Tip Fesyen Ini

Baju off-shoulder kini semakin menjadi trend. Gaya ini biasanya sinonim dengan wanita tidak bertudung kerana ia menyerlahkan bahu yang terbuka dan terlihat sedikit ‘seksi’. Namun begitu fesyen ini tidak terbatas buat wanita yang bertudung juga. Anda boleh mencuba namun apa yang penting perlu tahu cara menggayakannya sebagai wanita bertudung.

Lihat panduan berikut untuk dijadikan inspirasi buat anda yang bertudung jika berkeinginan untuk menggayakan baju off-shoulder.

INNER

Potongan off-shoulder yang terbuka di bahu pasti akan terlihat janggal jika dipakai oleh wanita bertudung. Pakailah inner supaya penampilan anda lebih sopan. Elakkan memakai inner yang bercorak agar tidak menenggelamkan stail baju off-shoulder tersebut. Pilih warna-warna senada dengan baju yang disarungkan itu.

Ads

KEMEJA

Bagi penampilan yang edgy, baju off-shoulder boleh juga disuai padankan dengan kemeja berkolar. Sesuaikan kemeja dengan ukuran lebih panjang daripada baju off-shoulder. Jika baju off-shoulder berwarna putih atau hitam, padankan dengan kemeja bermotifkan jalur untuk memberikan kesan grafik atau warna.

Ads

SKINNY JEANS

Ads

Jika kemeja yang anda pakai melepasi bahagian hadapan dan belakang badan, bolehlah memadankan penampilan anda dengan skinny jeans. Mudah bukan? Anda akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.

AKSESORI

Jangan takut untuk menambah aksesori bersesuaian bagi melengkapi penampilan anda. Namun elakkan memilih rantai yang berwarna terang atau terlalu sarat kerana ia hanya menjadikan penampilan anda terlalu berlebihan. Pilih rantai paras dada berwarna neutral seperti navy blue atau silver. AMY MOHD

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Permaisuri Suthida Cipta Sejarah Menang Pingat Emas Pelayaran Di Sukan SEA...

Permaisuri Suthida mencipta sejarah apabila meraih pingat emas acara pelayaran SSL47 pada Sukan SEA 2025 membuktikan peranan permaisuri moden sebagai atlet berprestasi tinggi.