Uncategorized

Kasih Seorang Ibu! Dr Zailah Setia Temani Dr Fie Tawfek Di Mahkamah, “Tanda Ibu Ada Di Kala Sukar”

Benarlah, kasih seorang ibu tiada tandingannya. Saat anak jatuh tersungkur dan sedang berada di titik terendah, ibu dan ayah akan sentiasa di sisi memberi sokongan. Begitu juga dilakukan Dr Zailah Zainuddin terhadap anak sulungnya, Dr Fie Tawfek yang berdepan ujian rumah tangga apabila perkahwinannya dengan penyanyi Nubhan Ahamad berakhir dengan penceraian.

Artikel https://www.nona.my/dr-fie-tawfek-berasal-keluarga-terpelajar/

Dr Zailah Temani Dr Fie Tawfek

Enggan membiarkan puteri kesayangan keseorangan di mahkamah, ibu penyayang ini sanggup meluangkan masa menemani Dr Fie setiap kali hadir ke mahkamah. Terbaharu, kelibat Dr Zailah turut kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung perbicaraan tuntutan harta sepencarian Nubhan dengan Dr Fie atau nama penuhnya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Difahamkan proses sulh antara bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF) itu dengan Dr Fie gagal selepas penyanyi berkenaan tidak hadir pada 8 Januari lalu.

Ujar Dr Zailah, “Ibu meneman bukan anakanda gentar, tapi tanda ibu ada di kala sukar. Dulu anakanda sentiasa mengharap. Kini langkahmu semakin tegap. Teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi.

Perjuangan wanita selepas penceraian bukan soal dendam, tetapi soal hak, maruah, dan masa depan. Mudah-mudahan anakanda istiqamah dan dikurniai kekuatan. InsyaAllah.”

Kehadiran Dr Zailah ini pastinya bukan untuk mengeruhkan keadaan. Sebaliknya sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat buat Dr Fie dalam mendepani hari-hari mendatang bersama tiga cahaya mata.

Dr Zailah Tulang Belakang Dr Fie

Pertengahan Januari lalu, ibu ini turut berkongsi pencapaian puteri sulungnya itu memiliki kereta baru di media sosial.

Congrats dear daughter Dr Fie Tawfek. Let go of what’s gone – better things are on the way. Not every loss is a loss. Sometimes it’s an upgrade. Enjoy your new toy. Well deserved. Jom jalan.”

Peribadi sopan Dr Fie Tawfek membuatkan dirinya disenangi ramai. Sentiasa tampil tenang dan mengukir senyuman meskipun sedang diuji, kekuatan yang dimiliki wanita ini meraih perhatian khalayak.

Sejak berpisah dengan Nubhan, rezeki ibu jelita ini makin melimpah ruah. Selain mengusahakan klinik pergigian yang beroperasi di Negeri Sembilan, Dr Fie juga menerima banyak tawaran produk dari jenama terkenal.

Dr Fie yang meniti usia 37 tahun merupakan graduan pergigian dari Mesir ini mendirikan rumah tangga dengan Nubhan pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

 

 

Share
Published by
Suzi