Belum reda cerita pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, berita tentang penularan varian Lambda di Jepun pula menambah kerisauan. Lebih-lebih lagi mengenangkan kontinjen negara yang bakal pulang selepas temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di media sosial tentang varian Lambda menguatkan lagi persepsi tentang bahaya mutasi COVID-19 ini.
Menurut The Japan Times, varian Lambda yang dikesan pertama kali di Peru kini ditemui di Jepun pada Jumaat.
Ia dikesan pada seorang wanita berusia 30-an di Lapangan Terbang Haneda sekembalinya dari Peru. Lebih mengejutkan, ketika pemeriksaan kuarantin di lapangan terbang, tiada simptom dikesan pada wanita tersebut.
SANGAT BERJANGKIT
Dalam kertas saintifik terbaharu yang diterbitkan pada 28 Julai, para penyelidik di Universiti Tokyo telah memberi amaran bahawa varian Lambda COVID-19 mungkin lebih tahan terhadap vaksin dan sangat berjangkit berbanding varian sedia ada.
Ads
Dalam eksperimen makmal, kumpulan penyelidik tersebut mengenal pasti tiga mutasi pada protein spike varian Lambda yang dikenali sebagai RSYLTPGD246-253N, 260 L452Q dan F490S.
Dalam bahasa mudahnya, mutasi ini membuatkan ia lebih kebal terhadap peneutralan oleh antibodi yang disebabkan oleh vaksinasi COVID-19 yang dikenal pasti di Wuhan, China (Sumber: News Medical)
Kajian menunjukkan mutasi Lambda cepat berjangkit
Mereka juga mengenal pasti dua mutasi iaitu T76I dan L452Q yang menjadikan varian Lambda sangat mudah tersebar serta menjangkiti orang lain.
Ads
“Varian Lambda berpotensi menjadi ancaman kepada masyarakat manusia di seluruh dunia” Penyelidik Senior, Kei Sato
Ketika di puncak gelombang jangkitan varian Lambda di Peru, negara itu kehilangan lebih dari 1000 nyawa sehari per kapita.
Universiti Chile turut menerbitkan kertas kajian yang menunjukkan varian Lambda adalah sangat mudah berjangkit daripada Delta dan kira-kira 55% lebih berjangkit dari varian Alpha.
Ini bermaksud, varian Lambda adalah 50% berjangkit daripada strain Wuhan yang asal.
Ads
Barisan frontliners terus bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit
BERWASPADA DARI SEKARANG
Ramai penyelidik bersetuju bahawa walaupun semua Coronavirus bermutasi, tapi mereka juga tak menyangka mutasi ini sangat mempengaruhi penularan dan kemungkinan kebal terhadap vaksin.
Jika varian Delta saja sudah mampu menjejaskan sistem kesihatan dunia, bayangkan pula bagaimana jika varian Lambda tiba-tiba menular di negara ini dalam masa terdekat.
Pencegahan dan pengawalan harus dilakukan segera. Ini kerana sekiranya varian Lambda sudah memasuki Malaysia, dikhuatiri Kementerian Kesihatan Malaysia bakal berdepan gelombang yang lebih besar dan sukar diuruskan daripada sekarang.
Malam jumaat lepas, berlangsungnya majlis resepsi pelawak dan juruhebah radio Shuib bersama pilihan hati Watiey Hanafiah yang berlangsung dengan cukup ‘happening’ sekali.
Selain kemeriahan majlis persandingan kedua-dua mempelai, ia turut digamatkan dengan kehadiran ramai para rakan selebriti yang dijemput khas berkongsi kegembiraan hari bahagia pasangan pengantin.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadian bintang ternama seperti Fasha Sandha dan juga Nora Danish di mana rata-rata warga maya kagum dengan jalinan kemesraan kedua-dua bintang hebat tanahair itu yang dilihat cukup mesra sekali.
Berkongsi video kemesraan oleh Fasha di akaun Instagramnya, netizan mengagumi sikap dua selebriti itu apatah lagi mengetahui sejarah perhubungan kedua-dua mereka yang mengahwini lelaki yang sama iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Tambah mengujakan, Jejai juga sempat meninggalkan komen tanda sokongan kepada kedua-dua wanita tersebut yang juga bekas isterinya.
Selain itu, kejelitaan Fasha dan Nora juga turut diperkatakan apabila ramai warga maya mengagumi bagaimana kedua-dua figura ini kekal anggun seakan anak dara.
Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016 dan memiliki 2 orang cahaya mata, manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008 dan memiliki seorang anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Keputeraan Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Semoga YAM Tengku berdua dikurniakan afiyah, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
Tanggal 11 September genap 23 tahun usia anakanda kembar kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini.
Kedua-duanya iaitu YAM Tengku Ahmad Ismail dan YAM Tengku Puteri Afzan merupakan anak yang taat kepada ibu bapa. Selain dikurniakan raut wajah cantik dan kacak serta berpendidikan tinggi.
Menelusuri latar belakang pendidikan anakanda kembar Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan ialah graduan dari University of London di Egham, Surrey, United Kingdom.
Mengimbau majlis graduasi anak raja ini pada Julai tahun lalu, YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi.
Manakala YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah pula dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan dan Perakaunan.
YAM Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan YAM Tengku Puteri Afzan cukup bertuah kerana seluruh ahli keluarga termasuk adik-beradik turut meraikan momen indah berkenaan.
Penjagaan kesihatan secara holistik sememangnya menjadi keutamaan setiap individu kerana kesihatan dan kecantikan seharusnya berjalan seiringan. Faktor pemakanan dan kecantikan menjadi elemen penting untuk mengekalkan gaya hidup yang berkualiti dari segi luaran dan dalaman.
Menyedari hakikat ini, Puan Sri Nisa Bakri, pengasas terkemuka jenama makanan ternama Nisa Bakri, dan Dr. Jest Wong, pengasas berwawasan Klinik Westwood, bergabung dalam sebuah perkongsian baharu untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Kolaborasi unik ini mewakili penyatuan dua usahawan terkemuka dari latar belakang yang berbeza, menjana formula baharu dalam dunia perniagaan, dan menjadi contoh cemerlang bagaimana produk kesihatan buatan Malaysia boleh menandingi standard antarabangsa.
Klinik Westwood menyediakan pelanggan dengan penyelesaian klinikal yang selamat dan disesuaikan untuk keperluan estetika mereka. Dr. Jest Wong sendiri merupakan pakar dengan lebih dari 15 tahun pengalaman latihan dan pengedaran dalam industri estetika.
Semangat dan penguasaan Puan Sri Nisa Bakri terhadap masakan sihat di rumah telah melahirkan jenama makanan Nisa Bakri dan dua buah buku masak, “I Am Not A Chef” dan “Simply Malaysian”, selain pelbagai pengiktirafan dan penghormatan atas usahanya dalam membawa masakan Malaysia ke dunia.
Tujuan kolaborasi ini melebihi promosi produk semata-mata. Ia menjadi contoh inspirasi bahawa masa depan perusahaan yang berjaya terletak pada sokongan bakat dan perspektif yang pelbagai, mendorong inovasi dan pertumbuhan. Puan Sri Nisa Bakri dan Dr. Jest Wong membayangkan ekosistem perniagaan yang dinamik dan inklusif yang merangkul kerjasama dan memberdayakan usahawan lain untuk berganding bahu dalam mengubah sektor kebahagiaan dan kesihatan. Bersama-sama, mereka melambangkan misi untuk meningkatkan kesejahteraan dan meningkatkan reputasi produk kesihatan buatan Malaysia di pentas global.
Puncak kolaborasi ini adalah pelancaran “Belisimo” di Klinik Westwood, satu penambah tenaga super vitamin Malaysia yang inovatif yang dibentuk dalam bentuk jeli yang mudah. Produk terkini ini merupakan bukti gabungan kepakaran kuliner untuk kehidupan sihat dan pengetahuan klinikal, mencerminkan nilai yang dikongsi oleh Nisa Bakri Gourmet dan Klinik Westwood.
Selain daripada formulasi yang inovatif, Belisimo menggambarkan inisiatif proaktif yang menyelaraskan kesejahteraan dan pusat estetika. Bebas dari gluten dan kafein, tanpa gula tambahan, Belisimo sesuai untuk pelbagai individu yang mencari penambah tenaga semulajadi. Melalui penyelidikan dan pembangunan yang menyeluruh, produk ini menjanjikan keberkesanan dan keselamatan, menawarkan penyelesaian kebahagiaan yang boleh dipercayai kepada pengguna.
Satu sorotan utama dalam kolaborasi ini adalah integrasi harmoni dua pasaran yang berbeza. Dengan menyatupadukan kekuatan mereka, perkongsian ini mencipta kesedaran yang lebih besar bahawa perniagaan yang berjaya berkembang melalui pemanfaatan kemahiran dan kepakaran masing-masing. Puan Sri Nisa Bakri dan Dr. Jest Wong percaya bahawa usaha-usaha kerjasama seperti ini menjamin masa depan yang cerah dalam landskap perniagaan yang sentiasa berkembang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.