Gaya Hidup

Kehidupan TAN SRI SHAHRIZAT Lepas Bersara Dari Politik, Bahagia Di Sisi Suami & 3 Cucu!

Sudah agak lama tidak mendengar perkembangan terbaru Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Selepas mengumumkan persaraan daripada arena politik tanah air pada Jun 2018 lalu,
namanya terus menyepi daripada pengetahuan khalayak. Namun apa yang pasti adalah selepas hampir dua tahun berundur, kehidupan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini tampak lebih ceria dan bermakna di samping keluarga, suami dan cucu tersayang. Alhamdulillah, tumpang bahagia tengok kehidupan Tan Sri Shahrizat hari ini! Mungkin inilah hikmah di sebalik pengunduran beliau.

Mengintai laman media sosial bekas Ketua Wanita UMNO tersebut, Tan Sri Shahrizat dilihat gemar berkongsi rutin harian kepada umum. Antara aktiviti dan gambar yang sering
dimuat naik Tan Sri Shahrizat ialah berkaitan tiga cucu kesayangan iaitu Ayden Shahinur, Eleyna Shahinur dan Ayva Shahinur. Malah, pada 1 Syawal lalu beliau turut tidak ketinggalan menyambut lebaran di samping ibu dan keluarga tersayang.

 

Di samping cucu tersayang

Tan Sri dan anak perempuan ketika di Tanah Suci Mekah

Meskipun pergerakan terhad kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wabak Covid-19 namun Tan Sri Shahrizat sekeluarga diberi peluang menjalani puasa Ramadan, bersolat tarawih dan menyambut Aidilfitri bersama. Bagi sanak saudara yang jauh pula, mereka hanya mampu berinteraksi dan bermaafan secara alam maya menerusi aplikasi Zoom. Tidak kira sesiapa pun, beginilah situasi sambutan Aidilfitri dalam norma baharu.

Mengimbas kenangan malam raya, ini yang diucapkan Tan Sri Shahrizat sebaik selesai menunaikan solat berjemaah. “Alhamdulilah dapat bersama keluarga pada malam yang barakah ini. Semoga ibadah kita di terima Allah SWT. Teringat mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh mereka di cucuri rahmat di jannah aaaminn.

So sad the end of Ramadhan is here. Its been the best bulan puasa ever inspite of these covid times. Ada hikmah nya. Puasa dan ibadah bersama keluarga. Moga ibadah kita semua di terima Allah SWT.”

Meneliti potret Syawal Tan Sri Shahrizat sekeluarga, ternyata sambutan raya mereka tahun ini cukup ringkas dan sederhana. Tiada baju raya sedondon dan hiasan meriah menyambut Aidilfitri. Tan Sri Shahrizat anggun mengenakan persalinan merah jambu dan berselendang sementara ahli keluarga yang lain memilih rona kuning dan putih gading.

Mengimbau kembali detik Tan Sri Shahrizat mengumumkan pengunduran dirinya daripada politik, wanita berjiwa kental berusia 66 tahun ini turut melepaskan semua jawatan
dalam peringkat parti, cawangan, bahagian dan pusat. Memetik kenyataan Tan Sri Shahrizat pada dua tahun lepas, beliau yang telah 39 tahun berkecimpung sebagai ahli politik menegaskan, “Satu perkara dalam politik ialah kita perlu sedar apabila sudah tiba masa untuk kita mengundurkan diri.

Sudah tiba masa untuk memberi ruang dan peluang kepada orang baharu yang lebih muda, lebih segar (menerajui Wanita UMNO). Saya berada dalam Wanita UMNO, bekerja dengan mereka dan ramai antara mereka yang layak untuk memimpin Wanita UMNO dan saya yakin saya meninggalkan ahli wanita kepada calon yang terbaik.”

Tan Sri Shahrizat mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu dua lelaki
dan seorang perempuan. Ketiga-tiga mereka ialah Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

IKLAN
Share