Gaya Hidup

Kenali WILLOW, First Cat Of United States Yang Kini Tinggal Di WHITE HOUSE

Nampaknya, Willow merupakan kucing yang amat bertuah kerana dapat menetap di White House, Amerika Syarikat! Sekaligus, si comel berwarna kelabu itu menerima gelaran First Cat of United States. Willow merupakan binatang peliharaan Presiden Amerika Syarikat dan First Lady, Joe Biden dan isterinya, Dr Jill Biden.

Kredit Foto: Erin Scott/The White House via AP
Kredit Foto: Erin Scott/The White House via AP

Kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu kini meriah dengan kehadiran seekor lagi haiwan peliharaan memandangkan pasangan berkenaan sebelum ini sudah memiliki seekor anjing jenis German Shepard bernama Commander.

Menariknya, Willow merupakan kucing yang dipelihara di White House sejak pentadbiran Presiden George Bush berakhir pada tahun 2009 di mana ketika itu bekas presiden itu membawa seekor kucing berwarna hitam yang dinamakan sebagai India sebagai kucing White House.

Foto: Instagram WhiteHouse

Malah, First Lady Dr Jill Biden turut berkongsi foto Willow ketika kucing bertuah itu pertama kali menjejakkan kaki sebagai penghuni rasmi  White House. Kucing ini dianggap bertuah kerana ini bukanlah kali pertama Dr Jill Biden bertemu dengannya.

Foto: Instagram White House

Willow terlebih dahulu pernah membuat ‘penampilan’ ketika kucing itu tiba-tiba muncul di atas pentas dalam salah satu acar kempen pilihanraya Joe Biden di Pennsylvania.

Kredit Foto: Erin Scott/The White House via AP

Menurut jurucakap Dr Jill Biden kepada Associated Press, “Willow kini menetap di White House dengan mainan kegemarannya, makanan ‘jajan’ kegemaran dan ruang yang luas untuk dihidu dan diteroka”.

Foto: Instagram White House

Malah laman Instagram White House turut memuat naik foto Willow ketika sambutan Krismas baru-baru ini dan kelihatan kucing tersebut kelihatan sihat dan segar bugar selayaknya tinggal di White House! Bertuah sungguh!

 

 

 

IKLAN
Share