Penyanyi bertaraf legenda tanahair, Ziana Zain rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Dan baru-baru ini, Ziana Zain mencuri tumpuan apabila tampil berbusana anggun dan mewah ketika memenuhi undangan Malaysia Best Business Awards 2023 baru-baru ini.
Menyarung persalinan berona hijau zamrud hasil rekaan pereka Raffiey Nasir, Ziana Zain tampak menawan sekali. Pada malam tersebut, Ziana diundang ke atas pentas bagi menerima anugerah Celebrity Entrepreneur Of The Year.
Namun turut mencuri tumpuan pada malam itu adalah plus one Ziana, iaitu anak sulung beliau. Menerusi perkongsian Ziana di laman Instagramnya, anak Ziana, Muhammad Aiman 23 tahun dilihat tampil segak mengenakan sut berwarna hitam menemani bondanya.
“My plus one” tulis Ziana Zain ringkat di bahagian kespyen gambar berkenaan.
Menurut sumber, ini merupakan penampilan pertama Aiman di khalayak ramai memandangkan sebelum ini Ziana hanya berkongsikan gambar keluarganya menerusi perkongsian foto di media sosial saja. Penampilan anak sulung Ziana yang dilihat semakin membesar dan matang itu juga membuatkan ramai yang terkejut dan pada masa yang sama teruja.
Ads
Manakan tidaknya, ramai yang memuji wajah Aiman yang saling tidak tumpah dengan wajah ibunya malah dilihat punya aura dan karismanya yang tersendiri.
Melihat pada ruangan komen, ramai peminat memuji ketampanan anak Ziana Zain itu dan ada yang menyatakan tidak terkejut sekiranya anak penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Puncak Kasih itu bakal bergelar selebriti di masa hadapan.
Untuk info, Aiman merupakan anak sulung dari empat adik beradik, hasil perkongsian hidup Ziana dengan bekas suami, Armin yang berkahwin pada 9 mei namun berpisah pada 12 Julai 2018.
Ads
Kredit foto: Instagram @iamzianazain
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui penyanyi, hos dan pelakon Alif Satar kini sedang mengerjakan umrah. Ini dapat dilihat menerusi hantaran serta perkongsiannya di Instagram. Dan baru sebentar tadi, Alif turut berkongsikan khabar gembira yang dia berpeluang mendekati Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa, salah seorang ulama dan agamawan terkenal.
Menerusi hantaran di Instagram nya, Alif juga sempat bergambar dengan Mufti Menk dan menganggap pertemuan dengannya sebagai satu keajaiban apatah lagi bertentang mata dengan seseorang yang banyak memberi semangat ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.
Untuk pengetahuan, Mufti Ismail Menk adalah cendekiawan Islam global terkemuka yang lahir dan besar di ‘negara tanpa lautan’ di Afrika Selatan, Zimbabwe.
“Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secara peribadi…terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar,” tulis Alif.
Malah Alif juga mendedahkan bukan mudah untuk dirinya cuba untuk mendekatk ulama tersebut. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan Alif cuba untuk mengejar tokoh agama tersebut, dan tidak menyangka usahanya dipermudahkan apatah lagi menyedari yang Mufti Menk turut mengerjakan solat di sebelahnya.
Alif turut memberitahu dia sebelum itu menonton video live Mufti Menk di Instagram yang membuatkan dia sanggup meredah lautan manusia untuk bertemu dengannya.
Masya allah, untungnya Alif Satar. Yang pasti bukan semua dapat berpeluang berjumpa Dan seterusnya bergambar dengan Mufti Menk.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa bergerak pantas, kini tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi untuk episod pertama Pencarian Nona Superwoman ditayangkan kepada penonton. Bakal ke udara di saluran Astro Prima bermula 22 September 2021 ini, kekuatan 12 peserta yang bertanding dapat disaksikan pada setiap Rabu, jam 9.00 malam.
Dijangkakan program realiti TV untuk mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini bakal menjadi fenomena baru di kalangan wanita Malaysia.
Ia sekaligus memberi inspirasi dan dorongan positif kepada segenap lapisan masyarakat yang ingin meneroka peluang sumber pendapatan baharu dengan menceburi bidang keusahawanan.
Musim pertama Pencarian Nona Superwoman menyaksikan kerjasama strategik di antara pihak Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan saluran Astro Prima selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi.
PROFIL PESERTA
ANA NAJIA
Ana Najia Sharin
Umur: 26 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Perak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (English Literature) Universiti Malaya
Produk: Halwa.an (Kek)
AYDA AZLAN
Nur Aida Nazili Norazlan
Umur: 30 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kelantan (Menetap di Negeri Sembilan)
Pendidikan: SPM
Produk: Inai Sahara
AYU OMAR
Rahayu Omar
Umur: 28 tahun
Status: Janda
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: SPM
Produk: Bella The Bakers
EMMA BEE
Nurbasma Khalid
Umur: 37 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Selangor
Pendidikan: Diploma in Business Administration
Produk: Jamu Diva
FAZLIA AKMA
Fazliatul Akmar Zainudin
Umur: 37 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Diploma in Science Computer
Produk: Niqahq
FAZS FAOZI
Norfazlina Mohd Faozi
Umur: 35 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Perak (Menetap di Selangor)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri
Produk: Fazsbeauty
JIEJIE
Fauziah Abu Samat
Umur: 26 tahun
Status: Bujang
Asal: Sabah (Menetap di Selangor)
Pendidikan: SPM
Produk: FOFASKIN
LINDA ROOS
Noor Fazlinda Roos Affandey
Umur: 36 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur (Menetap di Selangor)
Pendidikan: Ijazah Multimedia Kreatif (MMUC)
Produk: MYPRONTOPIX
RINA HASHIM
Nurina Hashim
Umur: 35 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kelantan (Menetap di Selangor)
Pendidikan: SPM
Produk: Makeydaps
SARAH ISMAIL
Maisarah Ismail
Umur: 34 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kuala Lumpur (Menetap di Selangor)
Pendidikan: Master Degree ASWARA
Produk: Kelas Vokal
SYAMIMI KHALIL
Nurul Syamimi Mohd Fauzi
Umur: 32 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Kelantan (Menetap di Kuala Lumpur)
Pendidikan: Diploma Komunikasi & Media
Produk: Bebilis
SYU RAMLI
Nor Suhada Ramli
Umur: 33 tahun
Status: Berkahwin
Asal: Melaka (Menetap di Selangor)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kimia Gunaan
Produk: Wowsambel
USANITA
Program realiti TV terbaharu ini diperkasakan secara eksklusif oleh USANITA. USANITA di bawah naungan CEO Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan, merupakan sebuah badan yang membantu para usahawan khususnya Wanita untuk mendapatkan bimbingan dan bantuan dari segi perniagaan.
Pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan antaranya mentoring, seminar keusahawanan dan khidmat motivasi. Kewujudan USANITA sebenarnya amat membantu usahawan wanita untuk terus kekal kuat menghadapi situasi ini.
Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat USANITA dengan lebih lanjut, follow Instagram @usanita.hq, Facebook dan layari website www.usanita.com.
Datin Adzliana
Rancangan program Pencarian Nona Superwoman akan bersiaran secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program berbentuk kapsul berjudul Profil Peserta Pencarian Nona Superwoman menerusi paparan 12 buah episod akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.55 petang mulai 6 September 2021.
Program utama Pencarian Nona Superwoman pula bakal bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021.
Juara akan membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi. Manakala peserta yang mendapat kedudukan di tangga kedua dan ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.
Program Pencarian Nona Superwoman turut diperkasakan oleh USANITA selaku penaja utama. Misi USANITA dilihat selari dengan objektif Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntung Nur Amirah Filzah kerana mempunyai seorang bapa yang cukup penyayang dan mengambil berat tentang dirinya dari segala segi termasuklah soal pemakaian! Meskipun anak sudah cukup dewasa namun kerana tanggungjawab sebagai bapa, Hj Badioezaman Abdul Khalik tetap memantau dan menegur penampilan Mira Filzah jika ia tidak manis dipandang bagi pandangan matanya. Hakikat tersebut didedahkan Mira Filzah sendiri baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56.
Sambil memuatnaik gambar di samping bapa, ibu dan adik perempuan… Mira turut berkongsi Whatsapp yang pernah dihantar bapa tersayang kepadanya tidak lama dulu. Menerusi petikan Whatsapp berkenaan jelas memperlihatkan sisi prihatin Hj Badioezaman yang kurang setuju dengan pemakaian Mira namun menegur anak kedua daripada tiga beradik itu dalam nada tegas.
Merasakan jasa dan kasih sayang bapa cukup besar dan tidak mampu dibalas, Mira menitipkan ucapan indah buat lelaki pertama yang bertahta di hatinya selama ini.
“Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day.”
Yang pasti, ini bukanlah pendedahan pertama dibuat Mira mengenai ‘keistimewaan’ bapanya. Ketika sambutan Hari Bapa pada Jun lalu, Mira ada berkongsi ‘teguran’ dari bapa mengenai cara pemakaiannya sewaktu penggambaran sebuah drama. Memang peka betul abah Mira Filzah ni! Pendek kata, setiap gerak-geri anak memang diperhatikan walaupun Mira sudah dewasa dan berstatus selebriti.
Dedah Mira, “You don’t always say I love you, but your small acts do. You texted to remind me of malam Nisfu Shabaan when I was in Perth for shooting. You invited me for lunch, just the two of us, on weekdays, just to ask “how are you?”. You texted me that you don’t like my short skirt in the first episode of Sweet Dreams. Lol. Actions speak louder that words, Abah. Thank you and I love you TOO!”
Tidak dinafikan, rata-rata peminat menzahirkan rasa terharu melihat didikan Hj Badioezaman mengasuh selebriti cantik ini dengan sebaik mungkin. Beliau juga dilihat sebagai lambang inspirasi seorang bapa yang wajar dijadikan contoh. Selain Mira, perkahwinan Hj Badioezaman bersama Faizatul Akmar turut dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Ain Farhanah dan Nur Aina Fadhilah.
Mira Filzah selamat melangsungkan perkahwinan dan sah bergelar isteri Wan Emir Astar pada 3 September lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.