Keturunan Melayu-Inggeris, Sharifah Sofia Anggun Usia 40 & Bahagia Galas Tugas Ibu 2 Anak!

Wajah cantiknya pernah tarik perhatian peminat seni tanah air suatu ketika dulu. Mula muncul dalam sitkom Spanar Jaya sewaktu berusia 15 tahun, nama Sharifah Sofia terus jadi bualan selepas dia membintangi drama popular Nur Kasih dan Gol & Gincu.

28 Julai lalu, pemilik nama Sharifah Sofia Syed Hussein ini menginjak usia 40 tahun. Bersempena ulang tahun kelahiran, dia menzahirkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan hingga ke hari ini.

Sharifah Sofia Rai Ulang Tahun Ke-40

“40 today. MashaAllah tabarakallah. It’s been quite the adventure! Honestly, never in my wildest dreams did I think I’d be where I am, or who I am today. 20 years ago, I was just figuring things out. Still am but now with a little bit more grit and some grey hair.

I thought I’d have a whole lot to say. But honestly, words can’t really describe it.
Life’s been tough, beautiful, unpredictable, and at times overwhelming. But hey, it’s been an amazing one so far.

I’ve made mistakes, I’ve had some wins, lost a few people, found myself (a few times), and somehow through all the madness, I’ve reached a point in my life where I am content, i am grateful, Alhamdulillah.”

Sharifah Sofia juga merupakan kakak kepada bekas pemain bola sepak Malaysia, Syed Adney.

Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami iaitu Syed Ismail. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sharifah Ariana dan Sharifah Ameera.

Aktiviti Sukarelawan Sharifah Sofia

Selain sibuk dengan program sukarelawan berkaitan hidupan liar dan alam sekitar, Sharifah Sofia juga aktif dengan aktiviti sukan air seperti diving. Malah, dia turut terlibat dengan MIASA Malaysia dalam memperjuang kesedaran mengenai kesihatan mental.

Bukan itu saja, Sharifah Sofia ialah duta Reef Check Malaysia.

Terserlah jiwa besar Sharifah Sofia dalam menjaga ekosistem hidupan liar dan alam semula jadi.

Walau sibuk dengan kerjaya dan menguruskan dua anak, selebriti ini tetap meluangkan masa dengan amalan gaya hidup sihat.

Artikel https://www.nona.my/alhamdulillah-congrats-my-ellisa-pelakon-aleza-shadan-luah-rasa-syukur-anak-gadis-bakal-jadi-pilot/

 

Share
Published by
Suzi