Gaya Hidup

Keturunan Palestin, Adik-Beradik HADID Ini Pertahan Maruah & Tanah Air Bapa!

Kelantangan supermodel ternama yang juga adik-beradik Gigi dan Bella Hadid terhadap situasi semasa di Semenanjung Gaza mendapat pujian ramai. Tidak hanya menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk menyuarakan pandangan, Bella Hadid baru-baru ini turut turun padang menyertai demokrasi aman membela nasib rakyat Palestin di New York. Luar biasa semangat dia!

Tindakan Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid terhadap musuh Palestin itu tidak lain dan tidak bukan adalah demi menegakkan kebenaran. Apatah lagi, dia sememangnya mewarisi keturunan Palestin dari bapa tersayang, Mohamed Hadid.

Gigi di samping ibunya
Keakraban Bella & Gigi Hadid

Difahamkan, bapa Bella dan Gigi Hadid merupakan seorang ejen hartanah berketurunan Palestin-Amerika yang terkenal kerana berjaya membina hotel dan bangunan mewah di kawasan elit termasuk Beverly Hills. Atas kerja keras Mohamed Hadid, dia dilaporkan mempunyai kekayaan mencecah 100 hingga 200 juta dollar Amerika.

Ibu Bella dan Gigi iaitu Yolanda yang juga bekas peragawati dikatakan mula mengenali Mohamed Hadid selepas berpindah ke Los Angeles. Hasil perkahwinan selama enam tahun, pasangan ini dikurniakan tiga anak iaitu Gigi Hadid, Bella Hadid dan Anwar Hadid.

Gigi bersama bapa tersayang
Bella bersama bapa tersayang
Bella, Gigi & ibu mereka, Yolanda
Adik-beradik Bella

Selain aktif mempertahan maruah bangsa dan keturunan, Bella terbuka berkongsi susur galur keluarga mereka di bumi Palestin. Kongsinya, “I love my family, I love my heritage, I love Palestin. I will stand strong to keep their hope for a better land in my heart. A better world for our people around them. They can never erase our history. History is history!

Setakat ini Bella mempunyai lebih 42 juta followers di Instagram dan menggunakan pengaruh media sosial untuk pembelaan rakyat kota suci berkenaan.

Sementara itu, Gigi Hadid turut memuat naik posting yang membela hak kemanusiaan sejagat khususnya terhadap apa yang sedang berlaku ketika ini. “One cannot advocate for racial equality, LGBT & Women’s Rights, condemn corrupt & abusive regimes and other injustices yet choose to ignore the Palestinian oppression. It does not add up. You cannot pick & choose whose human rights matter more.”

Selain Gigi dan Bella Hadid, beberapa selebriti Hollywood termasuk Rihanna dan ahli kongres Amerika Syarikat, Ilhan Omar turut senada menyokong rakyat Palestin.

 

Kredit: Instagram Bella & Gigi Hadid

IKLAN
Share