Keyakinan Merundum Kerana PERUT BUNCIT, 4 Cara Ini Pasti Melegakan Anda!

IKLAN

Masalah perut buncit mungkin dianggap remeh bagi sesetengah individu. Namun tahukah anda selain menjejaskan penampilan, perut buncit juga menandakan bahaya terhadap kesihatan? Ini kerana lemak yang bertimbun berisiko untuk diserang penyakit diabetes, sakit jantung mahupun kanser.

Maka, mencegahnya lebih baik berbanding merawat. Baik lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai lemak yang berfungsi untuk melindungi organ-organ badan. Tetapi jika berlebihan ia akan disimpan di bahagian tertentu antaranya perut sekaligus mengundang masalah buncit.

4 tip berikut memberi panduan buat anda yang prihatin dengan masalah ini

IKLAN

GERAK BADAN

Berjalan cepat kira-kira 30 minit, 4 kali seminggu untuk membakar lemak badan. Bagi yang kurang aktif seperti banyak duduk di pejabat anda perlu berjalan kaki di waktu pagi dengan langkah cepat sebelum masuk ke tempat kerja. Selain berjalan, anda boleh menggunakan mesin treadmill atau basikal statik.

Jika di rumah bermain badminton bersama anak-anak. Manakala bekerja di kebun, membersihkan rumah atau laman merupakan aktiviti yang mampu menyokong kesihatan anda. Anda boleh meletakkan basikal statik di depan TV dan bersenamlah dengan jiwa yang lapang. Secara tidak langsung anda mendidik keluarga untuk tidak bermalas-malasan di sofa.

DIET

Biasanya saat berat anda berkurangan, perut akan turut mengecil. Amalkan pemakanan seimbang yang kaya serat di samping sayur-sayuran. Nasi beras perang lebih tinggi serat berbanding nasi putih yang membantu pencernaan. Bagi yang tidak biasa makan beras perang amalkan secara bertahap. Ketika memasak nasi campurkan beras perang ke beras putih. Untuk pertama kali, cuma satu perempat bahagian beras perang. Secara bertahap tambahkan porsinya sehingga anda terbiasa.

IKLAN

TIDUR

Membantu menjaga kesihatan badan. Menurut kajian, individu yang tidur selama 6-7 jam setiap malam berat badannya lebih stabil berbanding yang tidur 5 jam atau kurang. Berlebihan tidur tidak membantu mengurangkan berat badan kerana seseorang itu kurang aktif. Apabila bangun pagi dan berjalan kaki cepat anda akan merasa lebih sihat.

STRES

Faktor stres berperanan besar dalam menguruskan berat badan. Bukan mudah untuk menghindari stres baik di rumah mahupun tempat kerja. Ketahui cara mengatasinya dan tidak membiarkan stres menguasai fikiran dan perasaan anda.

Cari waktu santai bersama rakan atau keluarga untuk mengurangkan stres. Olahraga juga bagus untuk memerangi stres. Semasa berolahraga otak menghasilkan zat kimia seperti serotonin dan dopamine yang membuatkan anda bahagia seterusnya dapat mengurangkan berat badan.AMY MOHD

IKLAN

 

 

Show comments
IKLAN
IKLAN
Published by
Suzi