
Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Lelaki Ketiga
Tahniah buat Uyaina Arshad dan Raja Syahiran atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka. Syukur kepada Allah, pengacara jelita berkenaan selamat melahirkan permata hati yang merupakan anak lelaki ketiga mereka pada 28 Januari lalu. Khabar gembira itu dikongsikan Uyaina di media sosial miliknya.
Paling mencuri tumpuan, pastinya foto yang dimuat naik selebriti ini yang kelihatan anggun dalam persalinan satin merah sedondon dengan tudung dan berkaca mata hitam sambil menggendong bayi!
Tulis Uyaina ringkas buat tatapan peminat dan followers setia, “A new heir to the throne. King Number 3 has arrived.”
Beberapa jam sebelum bersalin, Uyaina berkongsi video menuju ke hospital dan meluahkan rasa khuatir melahirkan anak. Apatah lagi ia merupakan kelahiran secara pembedahan yang ketiga dilaluinya.
“Going Going for my 3rd C-Section to give birth to my 3rd child. Perasaan? Takut. Takut yang tak boleh nak describe. Serah diri untuk berserah pasrah.
Adakah akan terus hidup, atau nyawa berganti. Tiga kali dibedah di tempat yang sama.
Tiga kali tujuh lapisan kulit dipotong. Dan tiga kali juga aku belajar tentang erti tawakkal yang sebenar, belajar untuk bersimpuh pada ketentuan-Nya, dan belajar untuk melabuhkan doa tanpa henti.
Aku cuma berharap, Allah beri kekuatan dan menghapuskan rasa takut ini. Semoga kegusaran ini digantikan dengan berita yang menggembirakan. Mohon doa yang baik-baik dari kalian semua.”
Tahun ini, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad meniti usia 34 tahun.
Duta jenama muslimah terkenal, Ariani ini sah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.
This website uses cookies.