Seronok tengok foto dan baca perkongsian selebriti popular Indonesia, Oki Setiana Dewi ketika kunjungannya ke Sepanyol baru-baru ini. Meskipun telah mengembara ke beberapa buah negara Islam, namun lawatan Oki di Kota Cordoba yang terletak di Sepanyol paling mencuri tumpuan. Mana tidaknya, selain struktur seni Islam yang terpampang indah di sana.. sejarah peradaban Islam di kota kegemilangan tersebut suatu masa dulu tidak diketahui ramai.
Terlibat menjayakan program Into Jannah yang mengetengahkan kisah dan sejarah Islam dari serata dunia, Oki menzahirkan rasa kagum dengan Cordoba yang disifatkan salah satu kota paling kaya peninggalan sejarah Islam.
Kongsinya, “Kota ini pernah menjadi ibu kota pada saat pemerintahan Khalifah Bani Ummayah tahun 711 – 1039. Cordoba pada saat itu juga dikenali sebagai pusat ilmu pengetahuan di mana jumlah kunjungan ke perpustakaannya mencapai 400, 000 kunjungan sedangkan perpustakaan-perpustakaan besar di Eropah jumlah pengunjungnya jarang mencapai angka seribu.
Cordoba disebut sebagai The Greatest Center of Learning di Eropah kerana kota-kota lain di Eropah saat itu berada pada masa kegelapan. Cordoba bagai bunga yang berkembang harum di Eropah pada abad pertengahan.”
Ads
Selama ini, apabila bercerita tentang Islam.. pasti negara-negara Arab menjadi sebutan. Hakikatnya empayar Islam telah lama ‘berkembang mekar’ di Eropah seperti di Cordoba. Bahkan jika dibandingkan jumlah pengunjung yang pergi ke perpustakaan hari ini nyata jauh ketinggalan daripada pencapaian di Cordoba iaitu seramai 400, 000 orang suatu ketika dulu.
Menerusi catatan Oki itu lagi, katanya sewaktu Cordoba berada di puncak kejayaan sekitar abad kesembilan dan 10 Masihi terdapat lebih daripada 200, 000 rumah, 600 masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital dan sejumlah pasar besar yang menjadi pusat perdagangan. Salah satu peninggalan kegemilangan Cordoba yang masih ada sampai sekarang ialah Masjid Cordoba atau dikenali sebagai Le Mezquita.
Ads
“Masjid Cordoba memiliki ruangan dalam untuk solat, dikelilingi lapangan terbuka seperti model masjid-masjid peninggalan Umayyah dan Abbasiyah yang didirikan di Syria dan Iraq. Interior masjid ini mempunyai seni arkitektur yang tinggi didominasi oleh kaligrafi ayat-ayat Al-Quran di bahagian dindingnya dan mempunyai lebih daripada 850 tiang.
Ads
Namun hal yang menyedihkan, masjid yang megah ini telah diubah menjadi katedral sejak jatuhnya Andalusia dari tangan kaum muslimin. Masjid ini kemudian berada di bawah kawalan gereja walaupun namanya tetap diabadikan.
Dulu Masjid Cordoba adalah tempat 30, 000 orang bersujud kepada Allah SWT. Sekarang, tidak boleh seorang pun yang boleh bersujud di dalamnya. Masjid Cordoba sudah tinggal kenangan namun ia menjadi saksi kemasyhuran peradaban Islam di bumi Sepanyol,” ujar Oki.
Selain kisah kemasyhuran Islam di Sepanyol, Oki juga berpeluang mendalami syiar Islam yang bertapak di Perancis, Oman, Mesir, Istanbul, Bosnia, Palestin, Afrika Utara dan Jordan.
Kredit: Instagram Oki Setiana Dewi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, beberapa buah video tersebar di media sosial menunjukkan beberapa penyokong bola sepak yang berada di Qatar bagi menyaksikan Piala Dunia memeluk agama Islam dengan mengucapkan dua kalimah shahadah. Menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula minggu lalu.
Menerusi sumber Harian Metro, walaupun jumlah itu tidak disahkan, yang pastinya memang benar terdapat individu atau keluarga yang bukan Islam mengucapkan dua kalimah shahadah. Dengan tanpa sebarang liputan media, ramai yang berkongsi detik mereka memeluk agama Islam di media sosial.
Dalam satu video yang tersebar menunjukkan seorang penyokong Mexico memeluk Islam disaksikan pendakwah Hayyan Al-Yafei di Katara Cultural Village. Dalam video lain oleh Al Jazeera dalam Twitter menunjukkan sekeluarga dari Brazil memeluk Islam di tempat yang sama.
Penyokong dan seluruh anggota keluarga terbabit tersenyum ketika mereka mengungkapkan kalimah shahadah di hadapan Al-Yafei. Mereka kemudiannya berpelukan sesama sendiri dan bersyukur sejurus selepas berbuat demikian.
Pusat Dakwah ditubuhkan untuk menjelaskan kepada pelawat asing selain mengedarkan risalah kepada mereka. Qatar turut memasang papan tanda besar atau banting berunsurkan Islam termasuk hadis mengenai adab menerima tetamu.
Pihak hotel turut menyediakan kod QR bagi membolehkan pengunjung mengimbas dan seterusnya mengetahui lebih lanjut mengenai Islam dalam pelbagai bahasa di telefon bimbit mereka.
Selain itu, menurut sumber FB Dr Muhammad Salah, berkongsi kisah seorang Jemaah yang bercerita tentang surau kaca lutsinar yang membolehkan golongan bukan Muslim melihat orang mengerjakan solat.
“Selepas saya selesai solat Isyak di Stadium Al-Bayt, saya ternampak ada warga asing berdiri memerhati jemaah bersolat sebelum menegur saya dan bertanya;
Berapa kali sehari kamu melakukan perkara (solat) ini? Saya jawab, lima kali dan wajib. Jika lebih, bertambah pahala.
Bila waktu perlu solat? Saya jawab, ia tidak mempunyai waktu yang tetap tetapi berpandukan pergerakan matahari.
Macam mana? Saya membuka aplikasi waktu solat dan menerangkan bahawa dalam beberapa hari, waktu solat akan berubah-ubah selain menjelaskan tentang waktu setiap solat.
Dia meluahkan rasa kagum dan terkejut sebelum berkata, “Maaf, boleh tak saya buka kamera dan kamu ulang semula apa yang diterangkan tadi?”
Ya Allah! Muliakanlah Islam & umatnya di mana sahaja ❤️”
Semoga agama Islam terus diangkat di seluruh dunia.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang bangga melihat pencapaian yang diraih oleh pelumba basikal wanita negara, Siti Nur Alia Mansor ini.
Siti Nur Alia telah mengharumkan nama negara di arena sukan basikal apabila mencipta sejarah negara dan dirinya tatkala terpilih menjadi pelumba wanita pertama negara juga Asia Tenggara untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu yang baharu berusia 21 tahun ini turut meluahkan rasa tak percaya dengan apa yang diraih dan dan telah lama diidamkannya di majlis meraikan kejayaan beliau ke pasukan profesional Canyon-SRAM Racing Team di Wisma Darul Iman seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Menurut wanita ini, tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Selain itu, atlet basikal yang pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018 turut meluahkan rasa terharunya dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
“Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
“Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal,” katanya pada majlis tersebut.
Pada majlis tersebut, atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu ini turut menerima sumbangan wang saku RM3,000 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Bakal berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol, wanita ini berjanji bakal mengharumkan nama negara.
“Ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti,” katanya.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
Turut berangkat DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda bersama Sultanah Nur Zahirah disambut Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Terengganu YB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim dan Ketua Pesuhruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Dato’ Jeyadhevi Subramaniam.
Pada majlis yang bertemakan Dunia Kita, Masa Depan Kita Yang Damai: Persekitaran Dan Keamanan, Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM bertitah supaya semua pemimpin dan ahli PPPM menerapkan dan mempraktikkan sepenuhnya program Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) bagi menangani isu-isu semasa berkaitan kanak-kanak, remaja dan wanita.
Seri Paduka Baginda bertitah model kepimpinan WAGGGS dapat membentuk ahli PPPM menjadi insan yang berdisiplin tinggi dengan akhlak terpuji, seterusnya menjadi contoh dan tonggak kepada kepimpinan negara pada masa hadapan.
Seri Paduka Baginda turut bertitah program Stop The Violence (STV) yang diberi penekanan dalam WAGGGS, berupaya membantu menangani keganasan terhadap wanita, kanak-kanak dan remaja perempuan melalui aktiviti peningkatan kesedaran, sokongan, pendidikan serta penyelidikan dalam komuniti.
Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengingatkan semua pemimpin dan ahli PPPM supaya berkongsi ilmu program Surf Smart dengan masyarakat bagi memperkasa dan menggalakkan penggunaan Internet secara bertanggungjawab dan selamat.
Sumber & Foto: Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.