
Diva Indonesia, Rossa baru-baru ini telah mencuri perhatian dengan satu hantarannya di Instagram.
Dalam muat naik itu, Rossa berkongsi momennya ketika membeli makanan di gerai tepi jalan sambil bergaul mesra dengan orang ramai.
Dalam kapsyennya, Rossa menyeru kepada para peminat dan pengikutnya untuk saling membantu dan menyokong peniaga kecil tempatan sekaligus dapat membantu menggerakkan semula ekonomi rakyat.
Dalam foto yang dimuat naik, penyanyi tersohor Indonesia ini dilihat membeli beberapa jenis makanan jalanan.
Rossa duduk di sebuah warung dengan dinding berwarna kuning.
Dengan senyuman manis di wajah, Rossa menikmati semangkuk bakso sambil memegang segelas kopi susu yang kelihatan sangat lazat, sambil menunggu pesanan rojak yang sedang disiapkan oleh peniaga.
Melalui hantaran tersebut, terserlah keperibadian sederhana Rossa. Walaupun bergelar seorang diva, dia tidak kekok menikmati hidangan di gerai tepi jalan.
BACA JUGA: Berjaya Besarkan Anak Sebagai Ibu Tunggal, Rossa Bangga Rizky Langit Ramadhan Kini Penulis Komik!
Rossa turut tampil dengan gaya berpakaian yang sederhana ketika menikmati makanan di gerai tepi jalan.
Dalam hantaranya, Rossa mengenakan kemeja berwarna merah jambu berlengan pendek.
Difahamkan, warna merah jambu kini dianggap sebagai warna perjuangan. Ia bukan sekadar warna semata-mata bahkan turut membawa makna simbolik berkait dengan beberapa peristiwa yang berlaku di Indonesia kebelakangan ini.
Kemeja merah jambu digayakan bersama seluar denim panjang, lengkap dengan cermin mata besar serta sepasang anting-anting.
Wajahnya pula kelihatan berseri dengan solekan semula jadi tanpa berlebihan. Hanya gincu merah jambu lembut yang menyerlahkan penampilannya.
Manakala rambutnya digayakan ringkas dengan ikatan ke belakang tanpa poni menambahkan lagi aura sederhana namun tetap elegan.
This website uses cookies.