Pada usia 17 tahun, Rizky Langit Ramadhan sudah berjaya melakar pencapaian membanggakan. Pastinya kejayaan yang diraih anak teruna ini membuatkan ibu tersayang yang juga selebriti popular Indonesia, Dato’ Sri Rossa tersenyum bangga.
Pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan Rossa terhadap Rizky Langit Ramadhan nyata tidak sia-sia apabila jejaka kacak tersebut membesar sebagai individu berwawasan.
Sepanjang bergelar ibu tunggal, Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani tidak pernah lelah membesarkan satu-satunya zuriat kesayangan. Bukan sekadar setia berada di sisi Rizky dalam apa juga keadaan malam dia juga sentiasa menyokong minat anak.
Terbaharu Rossa melahirkan rasa teruja apabila Rizky atau nama penanya Skyler berjaya menerbitkan buku komik pertama, Elektrickha. Sebagai tanda sokongan, pelantun lagu Tegar ini turut hadir menyerikan majlis pelancaran komik berkenaan pada hujung Jun lepas.
Ujarnya, “His 1st comic is out now! Congratulations Rizky Langit aka Skyler, all the effort has paid off. Over 100 books are sold on the first day of release.”
Ads
Idea buku komik Elektrichka ialah ilham Rizky dan penghasilannya turut dibantu penulis Ockto Baringbing yang berpengalaman dalam penerbitan pelbagai jenis komik.
Mereka berkahwin pada 18 Mac 2004 namun berpisah pada tahun 2009 selepas lima tahun melayari alam rumah tangga. Rizky dilahirkan pada 3 Oktober 2006.
Ads
Biarpun sudah 14 tahun berpisah namun Rossa dan Yoyo masih berhubungan baik. Kedua-duanya juga saling bertolak-ansur demi anak tersayang.
Malah ketika sambutan ulang tahun kelahiran Rizky yang ke-17, Yoyo sanggup datang ke kediaman Rossa untuk meraikan hari istimewa anak tunggalnya.
Semoga kekuatan dan semangat Rossa membesarkan anak menjadi ikutan wanita senasib dengannya agar terus tabah mendepani ujian hidup. Juga, Rizky menjadi insan berguna kepada masyarakat dan membanggakan ibu bapa tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sabida Thaiseth melakar sejarah apabila menjadi wanita Islam pertama di Thailand yang mendapat kepercayaan tampuk pemerintahan negara itu dan dilantik sebagai menteri.
Bersandarkan status negara itu yang majoriti rakyatnya menganuti agama Buddha, pelantikan Sabida sebagai Menteri Kebudayaan Thailand merupakan satu detik kejayaan luar biasa dalam usaha menyatukan kepelbagaian budaya dan agama di negara Gajah Putih berkenaan.
Sabida Thaiseth yang dilahirkan pada 11 Oktober 1984 mewakili parti politik Bhumjaithai diberi tanggungjawab menggalas portfolio itu pada 19 September 2025 di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul.
Dia merupakan anak kepada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand iaitu Chada Thaiseth.
Chada Thaiseth ialah tokoh politik terkenal di Thailand dan dikenali sebagai ‘Godfather’ di Uthai Thani. Dia berasal dari keluarga Muslim yang kaya dan meneruskan legasi datuknya iaitu seorang migran berketurunan Pakistan yang berhijrah ke Uthai Thani serta mengusahakan perniagaan daging.
Kini keluarga Chada Thaiseth mengambil ahli perniagaan keluarga mereka termasuk dalam industri pembinaan, perlombongan dan hotel.
Meniti usia 41 tahun, Sabida Thaiseth mendapat sokongan rakyat kerana komitmen yang ditonjolkan dalam memelihara warisan dan budaya Thailand. Selain menitik beratkan soal kebajikan di rumah ibadat seperti kuil dan masjid.
Menerusi perkongsian di media sosial, Sabida kerap turun padang bertemu masyarakat bagi menjayakan kempen promosi kebudayaan Thailand. Di samping merasmikan pelbagai program dan aktiviti di beberapa masjid.
Pemimpin wanita ini juga beberapa kali ke Jeddah, Arab Saudi untuk melawat dan melihat perkembangan berkaitan urusan haji serta rakyat Thailand di negara tersebut.
Sabida Thaiseth dilapor mendirikan rumah tangga dengan Anan Pathan pada tahun 2022.
Tidak sekadar dikurniakan rupa paras cantik, ahli politik ini juga bijak dan mempunyai kelulusan akademik dari luar negara. Sabida merupakan graduan Law Degree, Assumption University dan Master’s Degree in International Commercial Law, University of Westminster in London, United Kingdom.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terngiang-ngiang ajakannya “Jom Audit Diri Kita” yang menyeru masyarakat meninggalkan perkara negatif seterusnya sentiasa berbuat baik lebih-lebih lagi bersangka baik terhadap Allah SWT.
Tidak pernah lelah mendengar Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar belaka.
Pengalaman luas Datuk Prof Dr Muhaya dalam bidang kedoktoran banyak membantu kelancarannya bertutur. Bercerita tentang mengecap kebahagiaan di dunia dan akhirat, Datuk Prof Dr Muhaya sempat berkongsi tentang formulanya.
“Formula kejayaan nombor satu adalah betulkan dan sempurnakan solat. Jika awal-awal lagi solat tidak sempurna atau tidak sah sudah pasti akan gagal di dunia dan juga di akhirat.
Yang kedua pula perbanyakkan taubat kerana doa orang yang berdosa paling tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. Dosa-dosa yang berterusan serta tidak memohon keampunan Sang Pencipta akan menarik kejahatan menguasai diri,” terang Datuk Prof Dr Muhaya tentang dua formulanya.
Leka mendengar Datuk Prof Dr Muhaya melontarkan pandangan sehingga tidak terasa masa berlalu. “Saya nak bagi tip macam mana nak ubah kehidupan dengan membina imej baharu. Kalau sebelum ini imej yang melekat sejak kecil (lingkungan umur dalam lingkungan di bawah 7 tahun), ibu sering melemparkan kata-kata negatif seperti kita ini seorang yang lembap.
Kita akan membesar dengan imej sebegitu kerana kata-kata tersebut telah direkodkan di dalam otak kita dengan imej lembap. Namun kita masih belum terlambat untuk berubah. Bagaimana nak berubah? Senang sahaja, kita cipta ‘software’ yang baharu.
Kita tukar skrip kehidupan dengan perkara yang baik-baik dan mempunyai hasrat untuk menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Caranya, tutup mata dan bayangkan diri sendiri dengan imej baik yang mahu ditampilkan.
Ini adalah cara kita bercakap dengan minda bawah sedar. Minda bawah sedar ini sebenarnya dibentuk sejak kita masih kecil lagi. 95 peratus kehidupan kita disebabkan dan dipengaruhi oleh minda bawah sedar atau internal programming.
Kemudian baca Al-Quran, solat witir, baca ayat 3 qul dan maafkan orang di sekeliling untuk bersihkan jiwa. Bangun esok pagi pasti menjadi orang yang baharu,” bicara wanita yang menghabiskan masanya dengan membaca.
Bercerita tentang keistimewaa wanita di mata Allah SWT pula, “Kita sebagai wanita memang dijadikan begitu istimewa. Namun, kelemahan wanita adalah mengumpat dan kufur terhadap suami.
Orang setuju atau tidak setuju masalah utama wanita adalah melawan cakap suami, yang kedua sombong atau seteru dengan ibu mentua, yang ketiga garang terhadap anak-anak, keempat sering menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan dan kelima garang dengan pembantu rumah atau staf,” tutur Datuk Prof Dr Muhaya yang mula ditauliahkan sebagai doktor pada 17 Ogos 1985, setelah mendapat Ijazah Doktor Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam-diam ubi berisi! Alhamdulillah rezeki Ahmad Nubhan Ahamad. Nampaknya makin ligat Nubhan mendaki kejayaan sebagai usahawan. Selepas berjaya mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan wajah, dia melangkah berani menceburi cabang bisnes makanan. Seterusnya membuka sebuah klinik pergigian khas buat isteri tercinta yang juga doktor gigi bertauliah. Tahniah!
Terbaharu, Nubhan memuat naik gambar bersama ibu tersayang yang tertera ‘Alhamdulillah 5 juta!’. Nubhan dalam perkongsian itu mengulas, “Syukur!! Semakin hari semakin indah pencapaian Omak Jenny. Dari buat suka-suka tak sangka sekarang jadi usahawan sambal. Rezeki tak salah alamat. Semua dengan izinNya.”
Siapa sangka dari pentas nyanyian sejak menyertai Akademi Fantasia Musim Ke-6, Nubhan makin sukses mengemudi empayar niaga sendiri. Ketika dihubungi Nona, anak kelahiran Negeri Sembilan ini tak lokek berkongsi pengalaman.
“Perjalanan bisnes, alhamdulillah bisnes makanan Mak Jenny dan skincare Lantara Beauty serta keluarga pun dah berkembang. Dah tambah seorang lagi ahli baharu dalam keluarga iaitu anak ketiga saya, Afzan Nayille. Klinik isteri sudah pun lengkap sepenuhnya dan ready.”
Tak menang tangan terima tempahan produk Mak Jenny, perniagaan yang menggunakan resipi tradisi ibu tersayang Nubhan sendiri ini memang laris. Dedah Nubhan, setakat ini sudah ada 6 produk Mak Jenny di pasaran. Antaranya Sambal Pedas, Masak Lomak Daging Salai dan Sambal Tempoyak.
Mengulas bagaimana tercetusnya bisnes Mak Jenny, ujar suami kepada Dr Afifah Tawfek ini semuanya berlaku tanpa sengaja selepas dia merakam aktiviti dan aksi ibunya Badariah Omar atau mesra disapa Mak Jenny bersama peminat di platform media sosial.
“Idea sebenarnya apabila saya secara tak sengaja mem’video’kan Mak Jenny di dalam content yang biasa saya keluarkan di YouTube dan Facebook. Tanpa di sangka respon terhadap karakter mak saya sangat disukai oleh penonton. Mereka sentiasa request nak lagi Mak Jenny.
Saya juga melihat dari segi reach, respon dan viewers video tu. Dekat Facebook boleh mencecah sehingga 7 juta tontonan dengan komen-komen yang sangat positif. Secara tak langsung video itu mengingatkan mereka kepada mak ayah, mak ayah yang dah tak ada dan banyak yang merindukan ibu bapa mereka.
Ramai juga yang terasa ingin berjasa dan berbakti balik kepada mak ayah dan ada yang menginsafkan. Itu berita yang sangat gembira dan saya rasa bermakna apabila ada di antara mereka DM saya sendiri mengatakan ingin membalas jasa ibu bapa balik. Yang ada perselisihan faham, mereka mula menyesal dan mula merapatkan hubungan dengan ibu bapa mereka.
Setiap apa yang keluar dari video itu adalah jujur daripada Mak Jenny dan bukan dibuat-buat. Mungkin energy atau aura Mak Jenny yang jujur itu mudah diterima oleh penonton. Alhamdulillah.”
Terang bapa kepada tiga cahaya mata ini lagi, perniagaan makanan tersebut bermula secara serius dan dibuka kepada pengedar pada Julai 2021. Di sebalik kejayaan produk Mak Jenny sampai jadi bualan ramai, ada kisah sukar yang terpaksa ditempuh Nubhan ketika awal-awal mengusahakan produk berkenaan.
“Masalahnya adalah dari segi penyediaan makanan. Ia berlarutan daripada November sampai Disember tahun lepas di mana tempahan masuk terlalu banyak dan berlaku kecuaian apabila makanan seperti acar dan sambal semua kembung. Jadi pengedar return dan kami terpaksa ganti yang baru.
Masa tu dalam 15,000 pertama pada November dan 10,000 hingga 15,000 tempahan unit juga untuk bulan Disember. Ada dalam 30,000 ribu unit yang saya anggarkan lebih 10,000 kembung atau rosak. Terpaksa masak semula dan menelan kos yang besar.
Masa tu ramai pengedar yang mula tak puas hati dan ada juga berhenti serta lari sebab keyakinan dan kepercayaan dah hilang. Walau kami dah return bagi produk baru tapi masih kembung lagi.
Bulan Disember tu memang nak cover semua kos tadi sampai makan ratusan ribu ringgit. Disebabkan order terlalu banyak masa tu dan saya pula kurang pengetahuan dalam penyediaan makanan.
Sebenarnya cara packaging yang kurang tepat buatkan bakteria cepat membiak. Bukanlah makanan tu kotor cuma salah cara penyediaan. Bila jadi macam tu saya cuba cari pakar makanan. Bila dapat tahu solution, saya terus meeting dengan team production keesokkan hari dan ubah cara penyediaan ke cara yang betul.
Alhamdulillah semenjak dari itu sampai hari ni tiada lagi makanan yang rosak atau kembung. Itulah cabaran terbesar saya lalui. Bayangkan dari bulan Disember sampai pertengahan Januari memang saya tidur pun sekejap je dan berulang alik ke kampung untuk check production, stock, tengok penyediaan yang betul,” tegas Nubhan sambil memberitahu sudah mempunyai 5,200 pengedar Mak Jenny yang berdaftar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syafiqa Melvin uruskan 2 bayi serentak selepas bersalin namun tetap kuat turun padang berniaga. Kisah inspirasi ibu, isteri dan usahawan wanita yang tidak berhenti berjuang membina empayar bisnes sendiri.