
Sesaat lagu berhantu, Menghitung Hari tiba-tiba berkumandang di corong radio, rasa rindu terhadap khabar diva Indonesia ini pun menyapa.
Semenjak Krisdayanti berumah tangga, sudah agak lama beliau menyepikan diri. Tapi walaupun jarang muncul membuat persembahan terbuka, namun beliau aktif mengemas kini perkembangan terbaru di media sosial.
Hari ini di Instagram miliknya @krisdayantilemos, wanita bermata galak ini terlihat memuat naik beberapa keping foto memakai hijab.


Kapsyen foto tersebut bertulis:
Salam jumat barokah, semoga Allah menuntun kita amin. Selamat beramal
Wore beautiful @detchsyari
Jubah dan khimar rona biru muda itu disempurnakan dengan solekan sederhana pada wajah Krisdayanti. Cantik dan sopan!
Terubat rindu melihat gaya terbaru Krisdayanti dalam busana Muslimah. Semoga menjadi permulaan yang baik buat Krisdayanti serta para peminatnya. Sama-sama kita doakan, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Cantik Tapi Tak Selesa, 6 Trik Ini Berguna Untuk Pilih SEPATU Yang Tepat!

Pernahkah anda membeli kasut yang kurang sesuai dengan kaki anda? Sebelum membeli kasut yang mahal sebaiknya kenali dulu bentuk lengkungan kaki anda untuk memastikan kaki mendapat keselesaan saat melangkah.
Bentuk kasut yang tidak sesuai dengan lengkungan tapak kaki bukan hanya membuatkan anda merasa tidak selesa malah menimbulkan rasa sakit. Maka, untuk penjagaan jangka panjang ukur dan fahami jenis lengkungan kaki anda.
Anda boleh mengukur sendiri lengkungan kaki. Caranya, dengan menggunakan kertas putih dan sedikit air. Letakkan kertas di atas lantai dan celupkan kaki ke dalam air dan tempelkan pada kertas. Ulangi langkah ini hingga tergambar bentuk lengkungan kaki.

Berikut beberapa klasifikasi ukuran lengkungan kaki:
LENGKUNGAN TINGGI
Mereka yang memiliki bentuk kaki dengan lengkungan tinggi harus memilih kasut dengan keselesaan pada ‘bantal’ bahagian dalam kasut. Ini untuk mencegah kepenatan saat menggunakan kasut dalam jangka waktu yang lama.
LENGKUNGAN RATA ATAU RENDAH
Orang yang memiliki lengkungan kaki mendatar atau rendah harus memilih kasut yang berbahan kuat serta bertumit rendah untuk mengurangkan beban kaki. Sebaiknya hindari menggunakan kasut yang bertumit tinggi.
LENGKUNGAN NORMAL
Bagi anda yang memiliki lengkungan normal, boleh menggunakan apa jua jenis kasut. Tetapi pastikan sebelum membeli kasut ukurannya haruslah benar-benar mengikut bentuk kaki. Sebaiknya beli kasut pada waktu petang atau malam ketika ukuran kaki sedang mengembang.

BELI KASUT SESUAI DENGAN PENGGUNAAN
Jika ingin memilih kasut untuk ke pejabat, pilihlah yang sesuai. Pilih bentuk yang lebih formal serta rona yang sesuai seperti hitam, coklat atau biru gelap.
BELI KASUT SESUAI BENTUK BADAN DAN KAKI
Bagi anda yang bertubuh besar, pilih kasut bertumit rendah dan mendatar. Anda akan mudah mengimbangi badan kerana kasut bertumit tinggi biasanya akan mengganggu keseimbangan badan ketika berjalan.
BELI KASUT BERKUALITI
Jangan terlalu lokek mengeluarkan belanja besar untuk membeli kasut yang sesuai kerana ia bukan sekadar sebagai penyeri gaya bahkan dapat memelihara kaki anda. Namun begitu, jangan hanya mementingkan jenama sahaja, cuba dahulu keselesaannya bimbang nanti membazir pula. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terima Kek Hari Lahir ‘Rare’! AMYRA ROSLI Sambut Birthday Ke-31 & Makin Jelita

Happy birthday, Amyra Rosli! 24 Ogos lepas genap 31 tahun umur isteri Amar Baharin ini. Pastinya kehidupan Amyra kini lebih bahagia kerana bukan hanya dikurniakan suami penyayang dan anak-anak bijak, malah kerjaya seni Amyra juga makin meningkat naik.
Bersempena ulang tahun kelahiran, Amar meraikan isteri tercinta secara sederhana bersama dua anak mereka. Daripada perkongsian video yang dimuat naik Amar di media sosial, kelihatan wajah terharu Amyra dengan sambutan tersebut.
Namun yang paling mencuri tumpuan dan menjadi bualan peminat ialah kek hari lahir yang dihadiahkan kepada Amyra. Mengamati salah satu kek berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibentuk menjadi kek dan dihiasi dengan hirisan timun, telur rebus, sambal dan taburan beberapa ekor udang di atasnya. Memang rare!



Dalam pada itu, Amar turut menitipkan ucapan romantis buat Amyra Rosli. “Selamat Hari Lahir Sayang, Amyra Rosli. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan di dunia dan di akhirat.”
Tak dinafikan sejak berkahwin dan berhijab, kerjaya seni Myra makin meningkat naik. Bermula dengan karier lakonan, selebriti cantik ini terus mengembang bakat bergelar duta dan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara televisyen.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli seorang wanita yang sarat dengan naluri keibuan. Cara Myra melayan dan mendidik dua cahaya mata penuh dengan kelembutan.




Meskipun sudah beranak dua, bintang drama popular Nur ini cukup pandai menjaga penampilan diri. Mana tidaknya, dari zaman anak dara sampai sekarang maintain menawan.
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Sulung Bakal Bernikah, Maia Estianty Teruja Dapat Menantu Cantik Keturunan Perancis!

Berita pernikahan anak sulung Maia Estianty dan Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali semakin menjadi bualan hangat peminat industri negara jiran. Sejak foto lamaran Al Ghazali dimuat naik di media sosial, peminat menanti-nantikan perkembangan perkahwinannya di samping selebriti jelita Indonesia, Alyssa Daguise.
Selaku ibu, Maia yang merupakan bekas anggota Kumpulan Ratu dan bekas isteri kepada vokalis Kumpulan Dewa 19 berkenaan gembira dengan khabar anak sulungnya bakal mendirikan rumah tangga.
Maia Estianty Bakal Dapat Menantu

Isteri kepada usahawan ternama Indonesia, Irwan Mussry ini turut mengakui hubungan bakal pengantin tersebut dan teruja meraikan hari bahagia Al Ghazali dan Alyssa Daguise yang dilaporkan akan berlangsung pada bulan Jun nanti.
Difahamkan Maia Estianty dan suami turut bertemu kedua-dua ibu bapa Alyssa untuk membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka kelak.
Kongsinya, “Bismillah, doakan lancar sampai bulan Juni! Dinner intimate ngobrol masa depan berdua, membahas tanggal dan plannya.”

Terdahulu, Al Ghazali memuat naik detik lamarannya bersama peragawan, selebriti internet dan pelakon berketurunan Perancis itu di Itali pada September 2024.
Umum jejaka berusia 27 tahun itu, “21.09.24 – Lake Como, Italy. Alhamdulillah! To the love of my life, Alyssa Paramitha Daguise. Thank you for all that you are, loving you has been a privilege. And being loved by you is a blessing.
With you by my side, I am the happiest man alive. And from today, I promise to give you the world and more. Here’s to forever! Bismillah.”

Maia berpisah dengan Ahmad Dhani pada tahun 2008 sebelum kembali menjadi isteri pada 29 Oktober 2018 selepas mengambil masa selama 10 tahun untuk ‘pulih’ daripada penceraian.
Maia berpisah dengan Ahmad Dhani selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan kini selesa menguruskan kerjaya seni ketiga-tiga anak lelaki mereka.
Hasil perkahwinan terdahulu, Maia dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaludin dan Abdul Qodir Jaelani.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


