Ads

“Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar

Sofizah Mousin Jaga Al-Quran Dibelinya Sejak Zaman Belajar
Sofizah Mousin Jaga Al-Quran Dibelinya Sejak Zaman Belajar

Setiap orang pasti ada koleksi barang peribadi yang menyimpan banyak kenangan dan nilai sentimental. Seperti kebanyakan orang, Sofizah Mousin juga tidak terkecuali menjaga barangan ‘istimewa’ miliknya dengan sebaik mungkin. Antara item kesayangan Johan Qariah ini ialah Tafsir Al-Quran yang dibelinya sendiri sejak dahulu.  

Meskipun terdapat banyak naskhah kalam suci berkenaan di pasaran namun Sofizah tetap ‘setia’ menjaga naskhah yang satu ini.  

Artikel https://www.nona.my/rangkul-johan-qariah-2022-sofizah-mousin-dah-11-tahun-bergelar-pendidik-ibu-2-anak/

Sofizah Mousin Kongsi Kitab Suci Simpanannya Sejak Belajar

“Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar “Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar

Kongsinya di media sosial, “Ada kisah di sebalik tafsir Al-Quran ini. Inilah naskhah yang saya beli sendiri sejak zaman belajar. Dah lusuh sedikit tapi masih terjaga, tak ada koyak. Sampaikan setiap kali tilawah, inilah yang saya guna.  

Walaupun saiznya lebih kecil, rasanya keberkatan itu sudah lama bersama. MasyaAllah, walaupun kulitnya makin lama makin pudar, tapi tetap berguna sampai hari ini.  

Macam hidup kita, kadang ada fasa koyak sikit, ada fasa jatuh bangun. Tapi perjalanan tetap diteruskan. Banyak benda dalam hidup tidak kekal dan mungkin berubah. Kerja berubah. Kawan berubah. Fasa hidup berubah.  

Ads

Tapi Al-Quran… tak pernah berubah. Ayat-ayatnya tetap sama. Dan mungkin itu yang paling kita perlukan.” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sofizah Mousin (@lilysufy)

“Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar “Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar “Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar

Bersempena kedatangan bulan penuh keberkatan, Ramadan, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2022 ini terlibat dengan pelbagai program televisyen berunsurkan pengisian ilmu Islam dan Al-Quran. 

Ads

Kehidupan Sofizah Mousin

Selain memenuhi jemputan sebagai tetamu dan juri program islamik, Sofizah juga merupakan seorang pendidik.

Dalam kesibukan dengan tuntutan tugas mendidik anak bangsa dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, dia juga tidak ketinggalan mengejar impian menimba ilmu Al-Quran. 

“Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar “Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar “Kulitnya Makin Pudar Tapi Tetap Berguna Sampai Hari Ini,” Sofizah Mousin Kongsi Naskhah Al-Quran Dijaganya Dari Zaman Belajar

Ads

Mengimbas kembali detik gemilang dinobatkan sebagai juara Tilawah Al-Quran, Sofizah dilapor tiga kali menyertai pertandingan tersebut di peringkat kebangsaan sebelum memenanginya. 

Berkat kelunakan taranum, tajwid dan fasahah yang tepat serta ketenangan Sofizah Mousin mengalunkan bacaan berjaya menambat hati juri pertandingan. 

Wanita hebat ini mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asrol Saidi dan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada Mac 2026. 

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Orked Mur Mikayla dan Iris Marissa. 

Difahamkan, Sofizah Mousin pernah bertugas sebagai guru mata pelajaran Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor. Kini, dia merupakan pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam, Selangor. 

Semoga usaha murni wanita ini mengajak khalayak mencintai dan mendalami ilmu Al-Quran dipermudah serta sentiasa menyuntik inspirasi. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Profesor Dr Nazimah Idris, Ikon Kesihatan Ibu Malaysia Bertaraf Dunia!

Profesor Dr Nazimah Idris ialah ikon cemerlang kesihatan ibu Malaysia bertaraf dunia dengan kepakaran maternal-fetal medicine serta penerima Felo Kehormat Royal College UK.