Gaya Hidup

Langsing Persis DARA di Usia 39 Tahun! Datin Anne Ngasri Akui ‘Ikat Perut’ Selama 9 Bulan

Bagi anda yang membesar menonton drama Cili Padi, sudah pasti anda cukup mengenali susuk wanita ini. Anne Ngasri.

Dahulunya pelakon cilik yang cukup dikenali dengan teletah dan gayanya yang bersahaja. Kini berusia 39 tahun, sudah pastinya ramai merindui untuk menyaksikan beliau kembali beraksi di kaca TV.

Namun, dari karier seni ke dunia politik, Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri kini semakin ligat mengalas amanah diberikan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.

Sembilan Bulan Tolak Nasi, Demi Badan Langsing!

Mengakui minat berlakon masih menebal, namun buat masa sekarang, baru-baru ini beliau menerbitkan sebuah karya, filem hasil kerjasama syarikatnya dengan Darling Ngasri.

Menurut sumber Sinar Plus ketika ditemui ketika pelancaran filem Jemputan Ke Neraka, Anne Ngasri sempat ditanya rahsia awet muda malahan wajah Anne yang seakan tidak langung dimamah usia.

“Sembilan bulan tak ambik nasi!” Itu respon ibu kepada enam cahaya mata ini bila ditanya rahsia kecantikannya.

Minum Air Putih Secukupnya Kembalikan Keremajaan Kulit!

Malah menurut sumber tersebut lagi, Anne mendedahkan telah mengurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih selain protein seperti ambil ayam, ikan dan sayur.

Hasilnya, Anne Ngasri kelihatan tak tumpah seperti anak dara malah beliau berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 11 kilogram.

Di ruangan kepsyen setiap kali dia membuat hantaran, warga maya pasti akan memuji kecantikan dan wajah muda dirinya.

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di SINI! 

Sumber: Sinar Plus & Instagram Anne Ngasri

IKLAN
Share