Langsung TIDAK SENTUH Hidangan Raya, IRMA HASMIE Tekad Terus BERPANTANG Dalam Bulan SYAWAL.

Mencabar sungguh bila terpaksa memandang juadah raya dari kejauhan. Irma Hasmie pun ada pengalaman berpantang ketika bulan Syawal. Orang lain sibuk makan rendang dan ketupat, Irma pula hanya makan menu-menu orang berpantang!

Itulah kisah Irma Hasmie 5 tahun lalu selepas melahirkan puterinya, Irma Nur Naylie.

“Dalam banyak-banyak Syawal yang disambut, tahun 2014 adalah kenangan yang paling saya ingat sehingga ke hari ini. Saya terpaksa berpantang semasa raya. Lemang dan rendang bagai ‘memanggil-manggil’ untuk dimakan. Tetapi apakan daya, tempoh berpantang itu masih lama lagi. Tetapi seronoknya kerana ramai yang datang untuk melawat saya dan baby

,” kongsi Irma.

Sambutan Syawal kali ini seperti biasa anak-anaklah paling teruja. Kata Irma, Irfhan dan adiknya paling riuh untuk bersiap untuk mengerjakan solat hari raya.

“Dia yang akan kejut semua orang. Bila nampak Mummy dan Daddy masih belum bersiap, dia yang bising-bising minta kami bersiap cepat. Irfhan pula jenis yang suka berpakaian lengkap, dari songkok hingga samping. Jadi pagi tu memang kalut!” katanya.

Comel betul dua beradik ni. Bertuah Irma dan Redza dikurniakan anak yang comel dan bijak. Kata Irma, dua anaknya ini dijaga sendiri dengan bantuan ibu dan ibu mentua.

“Membesarkan anak-anak sendiri adalah satu kepuasan buat mana-mana ibu sekalipun. Mujur saya diberikan peluang untuk melihat mereka membesar di depan mata. Bila dah masuk umur 4 tahun, barulah saya hantar mereka ke sekolah. Sekarang ni jadi driver untuk mereka pula!”

Irma yang kini aktif dalam dunia pengacaraan juga sedang sibuk menjalankan tugasnya menjadi ikon untuk Islamic Relief Malaysia. Banyak misi yang sedang giat dijalankan dan dalam perancangan untuk dilaksanakan. Bacalah kisah Irma yang Nona paparkan di dalam edisi Jun 2019 ini. Mungkin ada yang terpanggil untuk turut menyertainya.

 

IKLAN
Share