Lebih Sedekad Bergelar Anak Seni, Karier Amira Othman Terus Mekar Di Persada Seni

Satu perjalanan yang panjang sebelum berada di tahap sekarang. Segalanya berkat restu, doa dan sokongan daripada keluarga..

Biarpun usianya sudah menginjak 32 tahun, pelantun lagu ‘Hati-Hati’ ini mengakui restu daripada insan tersayang itu mash menjadi tunjang kekuatannya, sama seperti ketika langkah awalnya dalam dunia hiburan menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ke-10.

Sokongan Ibu Bapa

Bagi Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman dan adiknya yang juga penyanyi, Irfan Haris, kehadiran ibu bapa dalam setiap detik penting dalam kerjaya seni bukan sekadar sokongan moral tetapi juga sumber keyakinan yang membakar semangat mereka untuk terus berkarya.

BACA JUGA: Berasal Dari Keluarga Baik-Baik & Jaga Batas Pergaulan, Amira Othman Temui Jodoh Yang Dinanti Usia 31 Tahun!

Menurut Amira, walaupun usianya kini sudah 32 tahun namun dia mash perlukan sokongan dan nasihat ibu bapa untuk terus kuat.

Bagi bakal suri di hati Fattah Amin ini, dunia muzik tanah air yang tidak pernah sunyi daripada pelbagai cabaran sememangnya boleh memberi tekanan hebat kepada anak seni jika tidak mampu menanganinya dengan baik.

Namun bagi Amira dan Irfan, segalanya pasti dapat ditangani dengan baik jika ibu bapa dijadikan rujukan.

“Bila ada tekanan atau rasa goyah, kami akan ingat pesan mak ayah supaya terus buat yang terbaik dan jangan cepat putus asa.”

Lancar Lagu Duet

Terdahulu, baru-baru ini Amira melancarkan single duet bersama Irfan Haris berjudul ‘Rasa & Takdir’.

Dalam pada itu, menurut Irfan, kelainan Rasa & Takdir alah lebih menyentuh emosi berbanding karya sebelumnya, dengan melodi serta lirik yang begitu dekat di hatinya memandangkan hubungan rapat dengan keluarga khususnya Amira.

Share
Published by
Amy Mohd