Sekian lama menyimpan rahsia, teka-teki mengenai hubungan cinta di antara Amira Othman dan Fattah Amin akhirnya terjawab apabila bintang filem Mat Kilau berkenaan membuat pengumuman bakal melangsungkan pernikahan dengan pelantun lagu Jaga-Jaga tersebut pada hujung minggu ini.
Khabar mengejutkan itu dibuat ketika pelancaran lagu duet Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman bersama adik lelaki tersayang, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir. Fattah yang hadir dengan kemeja merah jambu menyampaikan berita gembira berkenaan sambil disaksikan kedua-dua ibu bapa Amira yang hadir pada majlis itu.
Tanggal 14 September 2025 dipilih untuk majlis ijab kabul Setulus Takdir Fattah Amin dan Amira Othman. Difahamkan tarikh itu juga merupakan hari lahir ke-35 Fattah.
Dalam temu bual bersama media semalam, Amira mengakui sedang menyiapkan segala persiapan pernikahan dan berhadap semuanya berjalan lancar.
Penyanyi dan pelakon ini juga memohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka. Selain percaya ini adalah ketentuan takdir baginya dan Allah sebaik-baik perancang.
Ads
Dalam pada itu, Amira yang bakal menginjak usia 32 tahun pada 26 Oktober depan berkata dia yakin Fattah seorang lelaki yang baik, boleh bertoleransi dan anak yang baik terhadap kedua-dua ibu bapa.
Amira Othman mula mencipta nama dalam industri seni tanah air sejak menjadi pemenang tempat ketiga program realiti popular, Akademi Fantasia Musim ke-10. Dia juga merupakan anak kedua daripada enam beradik.
Ads
Semoga ikatan suci yang dibina Amira dan Fattah diberkati Allah SWT.
Sejak akhir-akhir ini, produk makanan sejuk beku terkenal sering menyajikan kemunculan artis-artis popular sebagai strategi pemasaran produk mereka dan ternyata strategi tersebut menjadi apabila ia berjaya menarik minat ramai untuk mencuba produk makanan yang disensasikan oleh selebriti kesayangan mereka.
Malah ramai menganggap content jenama terkenal kambing perap sejuk beku itu disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.
Selepas menampilkan pelawak dan pengacara Big Stage dari seberang, Rina Rose bercakap loghat Utara di samping bakat cilik, Adik Haziq berbahasa Indonesia, terbaharu ditampilkan pula gabungan pelakon hebat, Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy.
Yayan merupakan pelakon bertaraf Hollywood kelahiran Indonesia digandingkan buat kali pertama dengan Beto Kusyairy sekali gus mengembalikan memori kolaborasi mereka dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan terbaharu mereka turut berlakon dalam filem The Original Gangster. Kedua buah filem itu diarahkan Syamsul Yusof.
Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan.
Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.
“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.
“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.
“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.
“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” kata Nurina Izz.
“Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.
“Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.
“Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat,” kata Nurina Izz.
Sebelum ini jenama berkenaan kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Beto, Lisa Surihani, Tomok, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi.
Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.
Menampilkan jalan cerita yang menarik apatah lagi mengubah karektor Beto menjadi watak jahat atau antagonis, pengakhiran drama pendek tersebut mempunyai mesej yang baik khususnya meletakkan wanita sebagai inspirasi nombor satu!
Ternyata, dalam apa jua keadaan, hati lelaki pasti akan cair jika wanita yang dicintainya menginginkan sesuatu. Dalam senario ini, jelas makanan menyatukan jiwa dan rasa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menurut pakar perbuatan menengking, membentak atau menggunakan kata-kata kasar bukanlah sesuatu yang bijak dalam mendidik anak-anak. Salah satu sebab mengapa ibu bapa tidak dapat menahan emosi terhadap anak-anak ketika mereka berbuat salah ialah rasa takut. Ia membuatkan ibu bapa menengking atau memukul anak secara spontan.
Ditambah dengan beban stres dan bebanan di tempat kerja juga menjadi salah satu sebab ibu bapa tidak dapat menahan emosi pada anak. Berikut cara bagaimana menahan emosi saat anak berbuat salah:
ADAKAH ANDA BENAR-BENAR PERLU MARAH?
Ingat, tidak semua kenakalan anak perlu direspon dengan cara memarahi atau menghukum. Maka, anda akan lebih tenang ketika berhadapan dengan karenah anak.
KETIKA HENDAK MARAH SEGERA TENANGKAN DIRI
Pertama sekali, cara paling mudah ialah dengan menarik nafas sedalam dalamnya. Kemudian hembus dan ulang cara ini beberapa kali sehingga emosi anda lebih stabil. Kedua, jauhkan diri anda dari anak contohnya ke bilik tidur. Jika sudah merasa lebih tenang barulah anda mengajak anak berbual dan menasihatinya secara tegas agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.
CUBA MENGIRA
Contohnya, “Kemaskan barang mainan sekarang. Ibu kira sampai sepuluh. Kalau sampai sepuluh masih belum kemas kamu tidak boleh main mainan ini lagi. Satu, dua…” Kalau si anak masih belum mematuhi arahan anda cubalah untuk memberi peringatan lagi dengan sikap yang tegas tanpa menengking atau membentak anak.
ELAKKAN MEMUKUL
Perbuatan memukul akan mengajar anak-anak bahawa menyakiti orang lain itu diperbolehkan. Ini menyebabkan mereka percaya bahawa cara menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekerasan. Kekerasan menjadikan anak hilangnya kepercayaan terhadap ibu bapa seterusnya menjadikan anak lebih nakal.
KENDALI CARA BERBUAL ANDA
Semakin tenang anda berkomunikasi dengan anak, semakin mudah untuk anda menahan emosi. Sebaliknya jika anda menggunakan kata-kata kesat atau makian, semakin naik amarah anda. Kendali cara komunikasi anda sebaik mungkin. Secara tidak langsung anak kian mengerti perilaku kesalahannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sofea Shra curi perhatian apabila memakaikan Huda Kattan Baju Kebaya dalam acara eksklusif Huda Beauty sehingga busana tradisional Malaysia dipuji elegan dan eksklusif.