Comelnya Rizqaa! 2 September lepas anak perempuan sulung kepada pereka fesyen ternama Rizman Nordin dan isteri, Nurida Suraya ini menginjak usia lima tahun. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan ulang tahun kelahiran permata hati berkenaan sentiasa menjadi perhatian peminat fesyen dan warga maya.
Namun, tahun ini Rizqaa menyambut hari lahir di samping ibu bapa tersayang di Dubai memandangkan Rizman bertugas di sana. Kehadiran Rizqaa sejak lima tahun lalu menjadi pelengkap hidup dan penyeri rumah tangga pasangan romantis ini.
Seperti ibu bapa lain, mereka juga sanggup lakukan apa saja untuk kegembiraan puteri tersayang terutamanya ketika hari lahir.
Ads
Suraya menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa syukur atas nikmat anugerah terindah anakanda tersayang. Kongsinya, “Can’t believe my baby is 5 today! From the moment you came into my life, you’ve filled it with love, laughter, and endless surprises.
Today we celebrated at Boo Boo Land, and I couldn’t be more grateful for this beautiful, cheeky, and smart little girl I get to call mine. Happy 5th birthday Rizqaa. You’ll always be mommy’s princess.”
“A sweet and humble birthday celebration for my princess Rizqaa, who turns 5 today. This year, she followed daddy to work in Dubai, and we made it special here. Don’t worry sayang, when we’re back in KL we’ll celebrate again with Rainaa.”
Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020 dan anak kedua iaitu Rainaa pada Mac 2024.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jiwa penyayang Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin terhadap kucing sememangnya sudah diketahui rakyat. Sebelum ini baginda telah beberapa kali berkenan berangkat ke majlis yang melibatkan haiwan comel tersebut dan membina sebuah kediaman khusus buat kucing-kucing terbiar seperti yang disiarkan laman rasmi Selangor Royal Office pada November 2019.
Terbaharu, perutusan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin mengenai haiwan terbiar sekali lagi menarik perhatian umum. Nona pasti ia menjadi khabar gembira buat semua pencinta haiwan!
Memetik kenyataan di Facebook Selangor Royal Office bertarikh 23 Januari lalu, DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di negeri Selangor agat tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.
Ini kerana baginda berdua terkilan dan dukacita memandangkan masih ada lagi individu dan pihak tertentu yang sengaja berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan ini dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka, khususnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Sedih akan situasi tersebut, Baginda bertitah adalah sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.
Difahamkan, Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi (neuter) dan diberi perlindungan secukupnya. Ini termasuk Snowy iaitu seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman DYMM Tuanku Sultan empat tahun lalu untuk mencari makanan namun diambil sebagai haiwan angkat di atas insiatif Baginda sendiri.
Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan DYMM Tuanku Sultan dan menjadi peneman setia Baginda. Seperti kucing terbiar lain yang diambil untuk dipelihara, Snowy telah dihantar ke doktor veterinar untuk dikasi dan dibersihkan.
Selain Snowy, Tengku Permaisuri Selangor yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For the Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar yang kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri. Manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat.
Menurut Baginda, dengan kaedah mengambil sebagai haiwan angkat (adopt), haiwan terbiar ini boleh menjadi haiwan pelihaaraan yang bersih dan menyenangkan jika kita memberi rawatan dan penjagaan yang rapi.
Selain memberi pendedahan mengenai cara melindungi haiwan terbiar, DYMM Tuanku Sultan turut menitahkan pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) agar lebih proaktif dan bijak dalam menangani isu haiwan terbiar secara holistik dan bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.
Justeru, Baginda mahu PBT menjadikan negara Turki sebagai model, bagaimana pihak berkuasa negara itu mengendalikan haiwan-haiwan terbiar yang tidak berdosa ini daripada dizalimi. Baginda berdua juga amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan terbiar di samping mengambil berat mengenai hak serta kebajikan haiwan seumpamanya.
Ternyata, titah Baginda ini melegakan hati pencinta kucing yang amat mengharapkan haiwan comel ini diberi layanan sewajarnya walau pun sekadar kucing jalanan. Apatah lagi, keganasan terhadap haiwan masih berlaku dalam kalangan masyarakat.
Kredit: Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa sangat terkejut apabila mendengar kanak-kanak 11 tahun cerita tentang rasa sayang terhadap lelaki yang berusia 41 tahun yang viral baru-baru ni. Bukan saja bercinta, malah mereka sudah bernikah. Adakah benar cinta itu buta atau kita yang buta dalam bercinta?
Kes ini tular pada jumaat lalu di laman facebook selepas perkara ini dikongsi oleh isteri kedua lelaki terbabit.
Lelaki terbabit didakwa melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lepas di Thailand dan hanya diketahui oleh isteri pertamanya selepas dimaklumkan oleh rakan yang berkongsi foto perkahwinan suaminya itu.
Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Aziziah Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun dari Gua Musang, Kelantan yang didakwa berkahwin dengan lelaki yang berusia 41 tahun di Thailand.
Dr Wan Azizah yang juga bertindak sebagai Menteri pembangunan Wanita dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah untuk menyiasat perkara itu.
“Pihak JKM telah pergi ke rumah keluarga gadis berkenaan dan bertemu dengan ibunya. Namun, penyiasatan terperinci harus dilakukan kerana berita ini tular di laman facebook.”
“Kita mesti mengambil kira rujukan daripada undang-undang syariah di bawah kerajaan negeri dan mengambil maklumat tepat tentang kes ini dan perlu ada bukti tentang apa yang berlaku”, tambah Dr Wan Azizah.
Dalam pada waktu yang sama, kes ini juga telah mendapat perhatian masyarakat dan rata-ratanya tidak setuju dengan tindakan lelaki ini yang berkahwin dengan budak bawah umur yang mungkin boleh dikatakan sebaya anak ataupun cucu!
Kanak-kanak yang juga warga Thailand itu dikenali sebagai Ayu dia berkahwin dengan suaminya itu pada hari raya keempat yang lalu selepas dibawa oleh ibu bapanya sendiri ke Thailand untuk bernikah.
“Sejak berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.”
Ayu juga ada menjelas walaupun menerima kecaman daripada pihak luar, dia tidak mahu bercerai dengan suaminya itu kerana sudah ada rasa sayang dan suami seorang yang baik.
Selain itu, Ayu juga ada menjelaskan dia dan suami sudah lama kenal kerana suaminya itu juga merupakan bapa kepada rakannya di sana.
Tak dapat bayangkan bagaimana kanak-kanak yang baru berusia 11 tahun harus memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri tatkala rakan sebaya yang lain masih lagi kayuh basikal pusing taman dan fokus dalam pembelajaran.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Murah rezeki Wawa Zainal! Usai menerima penganugerahan NONA Online Entreperenuer Award di NONA Superwoman Award 2022 lalu, Wawa Zainal berkongsi momen indah melalui posting video di Instagram miliknya yang merakamkan detik pengubahsuaian kediaman untuk kedua orang tuanya yang akan menetap di Kuala Lumpur.
Aktres itu menyentuh hati ramai apabila berkongsi video memberikan kejutan kepada ibu bapanya, Mariam Hashim dan Zainal Abidin Sulong dengan membelikan sebuah rumah teres setingkat hasil titik peluhnya.
Menariknya, aktres berusia 32 tahun juga mengubahsuai kediaman yang dibelinya itu sehingga ia kelihatan mewah dan selesa untuk didiami oleh ibu bapa tersayang. Menjengah konsep yang diketengahkan, pasangan suami isteri yang sememangnya kreatif dan mempunyai citarasa dalam bidang dekorasi ini memilih konsep kediaman moden minimalis untuk kediaman satu tingkat ini.
“Perancangan awal kami ingin membeli rumah dua tingkat tetapi bila difikirkan mereka sudah berusia dan tinggal berdua, kami ubah fikiran membeli teres satu tingkat.
Walaupun ia bukanlah rumah yang baru dan memerlukan proses pengubahsuaian dan pembaikan secara menyeluruh, tetapi kami bersyukur @aqi_74 mampu merealisasikan impian untuk menjadikan kediaman ini seperti baharu. Hasilnya, memang amat berpuas hati!,”ujar Wawa.
Sementara itu, Wawa sempat menitipkan ucapan istimewa buat ibu tersayang yang menyentuh hati.
“Kepada mak ku syg yg lahirkan wawa di dunia. Walaupun wawa tidak membesar dgn mak. Mak kena tahu wawa syg dgn mak bapak dunia akhirat”- Wawa Zainal.
Meskipun tidak dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa tetap memberikan kasih sayang sepenuhnya buat ibunya. Setelah sekian lama memujuk si ibu untuk menetap di Kuala Lumpur, akhirnya hajat Wawa Zainal untuk tinggal berhampiran dengan ibu dan bapanya sudah dimakbulkan.
Semoga terus berbakti kepada ibu bapa kerana ia adalah kunci rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!