Apabila sebut sahaja perkataan bersenam, pasti ramai yang beranggapan senaman sekadar aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh semata-mata.
Tanggapan itu perlu diubah kerana senaman bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal semata-mata, malah ia membantu dari segi pernafasan, sistem perkumuhan tubuh dan membantu tubuh mendapatkan stamina yang diperlukan.
Ramai yang memilih waktu pagi dan waktu petang sebagai waktu terbaik untuk melakukan aktiviti senaman atau riadah. Tetapi sebenarnya tiada waktu khusus diperuntukkan untuk melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan tidak kira pagi, petang, malam mahupun pada waktu anda mempunyai masa lapang bergantung pada gaya hidup masing-masing.
Walaupun pagi dikatakan waktu terbaik untuk melakukan aktiviti senaman tetapi waktu ini jugalah antara waktu yang paling liat untuk anda bangun dan melakukan senaman. Antara kebaikan melakukan senaman di waktu pagi termasuklah:
Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain untuk mengelakkan kejutan terlampau kepada tubuh badan pada awal pagi.
Bersenam Waktu Malam?
Tidak semua mampu untuk bangun awal pagi dan bersenam. Jadi, waktu petang atau malam juga sesuai jika anda mahu melakukan aktiviti bersenam. Ada juga waktu lain yang sesuai untuk anda lakukan senaman harian. Antara kebaikan melakukan senaman di waktu petang dan malam ialah:
Jadi, tidak kira sama ada anda memilih untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi, petang mahupun malam, yang penting ketahui jenis aktiviti riadah yang sesuai dilakukan pada waktu tersebut.
Sebagai contoh, elakkan melakukan aktiviti seperti berjoging di kawasan yang gelap dan sunyi di waktu malam kerana ia boleh mendatangkan bahaya terutamanya wanita.
Dari segi pemilihan jenis riadah pula, sebaiknya gunakan kemudahan gimnasium jika anda ingin bersenam pada waktu malam. Ingat, soal keselamatan perlu diutamakan agar anda dapat melakukan aktiviti senaman dalam situasi yang harmoni dan tenang! Rosmah Idayu Abu Samah
This website uses cookies.