Asas kulit cantik adalah skincare yang betul dengan regim yang konsisten. Cukup memilih yang terbaik seperti rangkaian penjagaan kulit Hada Labo, ia ringkas dan tidak menyusahkan untuk dipakai setiap hari. Sesuai untuk wanita berkerjaya, matlamat menggunakan Cara Kecantikan Jepun atau The Japanese Way of Beauty pasti menepati masa anda.
Terus popular dan dipercayai sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, losyen wajah Hada Labo atau Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan Cara Kecantikan Jepun.
Masyarakat wanita di Jepun cukup menitik beratkan aspek kemurnian dalam penjagaan wajah. Terdapat 4 amalan yang difokuskan iaitu:
1. Penghidratan Mendalam
Lembapan kulit amat penting bagi masyarakat Jepun. Kulit yang lembap dan sihat membantu mencegah masalah kulit yang lain seperti kekusaman, berminyak atau kedutan halus. Itu sebabnya Hada Labo Hydrating Lotionterus menjadi losyen pilihan No. 1 di sana.
Ia mampu membekalkan lembapan hingga 8 jam sambil membantu mengimbangi paras air dan minyak semula jadi dalam kulit, mengembalikan keserian dan mengurangkan tanda kedutan halus.
Ads
2. Pemakaian Mudah
Amalan minimalism Jepun menekankan gaya hidup yang ringkas dan bersih. Inilah yang diamalkan oleh Hada Labo dalam mengekalkan kulit sihat semula jadi. Caranya:
Bersihkan kulit.
Oleskan losyen.
Lembapkan kulit.
Pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas regimen membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita bersedia untuk menyerap khasiat krim pelembap dengan berkesan.
3. Rumusan terpenting
Ads
Amalan Jepun juga fokus pada kehidupan yang penting saja. Sisihkan yang tidak perlu dan kurangkan pembaziran. Produk Hada Labo hanya menggunakan rumusan terpenting tanpa bahan membahayakan kulit seperti pewarna atau pewangi tiruan, alkohol, minyak mineral, paraben, MIT).
Hada Labo Hydrating Lotion kini didatangkan dalam pembungkusan eco-friendly dan terbuat daripada PE berasaskan tumbuhan yang mesra kitar-semula. Ini bertepatan dengan falsafah jenama iaitu ‘no more, no less.’
4. Berkualiti tinggi
Ads
Masyarakat Jepun sangat memberi perhatian dan komitmen pada kemajuan setiap peringkat. Hada Labo Hydrating Lotion umpamanya mengandungi kandungan HA berkualiti tinggi dalam ratio emas, sekaligus berupaya melembap kulit di setiap lapisan dan menguatkan pertahanan kulit untuk kesan yang diidamkan.
Ia juga mengandungi 5 jenis HA (Asid Hyaluronik) termasuk Fermentasi HA Pertama Di Dunia.
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.
Untungnya personaliti Taiwan ini kerana dikurniakan wajah awet muda! Kalau tengok rupa paras pemilik nama Lure Hsu ini pasti ramai yang menyangka dia baru berusia 20an. Hakikatnya, pereka hiasan dalaman dan blogger fesyen ini sudah pun mencecah umur 46 tahun!
Pernah menjadi bualan di laman maya kerana memiliki raut wajah muda 20 tahun daripada usia sebenar, Lure Hsu dilahirkan pada 15 Ogos 1975 di Taipei. Dia juga mempunyai dua adik-beradik perempuan iaitu Fayfay, sosialit Taiwan berusia 47 tahun dan Sharon yang juga model berumur 39 tahun.
Kalau bergambar bersama, memang ketiga-tiganya kelihatan seperti gadis remaja.
Menerusi temu ramah bersama sebuah majalah Taiwan, Lure mendedahkan salah satu petua yang diamalkan untuk kelihatan sihat dan cantik ialah dengan minum air secukupnya.
Dia percaya amalan minum air kosong yang cukup dan diperlukan oleh badan setiap hari mampu memberi kesegaran kepada tubuh. Sekaligus membantutkan proses penuaan.
Amalan ini dipraktikkan Lure dan adik-beradik perempuannya sejak sekian lama dan ia ternyata berkesan. Apatah lagi, ibu mereka dikenali sebagai May Wang yang merupakan bekas penari berusia 67 tahun turut kelihatan awet muda.
Selain minum air kosong, Lure sangat menitikberatkan pemakaian krim pelembap dan pelindung matahari setiap kali sebelum keluar rumah dan tidak membiarkan kulitnya terdedah kepada cahaya matahari dalam tempoh yang lama.
Bagi Lure, di samping menjaga kulit dari luaran dia juga mengamalkan pengambilan supplement seperti Vitamin C dan kolagen. Lure juga memberitahu dia memulakan harinya dengan minum black coffee tanpa gula setiap hari.
Bersandarkan kecantikan asli dan awet muda yang dimilikinya, kebanyakan media menggelarkan wanita ini sebagai ‘goddess with a frozen age’. Difahamkan sebelum Lure menjadi pereka hiasan dalaman, dia turut pernah menceburi bidang peragaan.
Kredit foto: Instagram Lure Hsu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Met Gala 2023 berlangsung penuh gilang gemilang di New York tadi menyaksikan ratusan selebriti ternama Hollywood hadir melaram di karpet merah acara berprestij ini bagi memberikan penghormatan kepada mendiang Karl Lagerfeld.
Bertemakan ‘In Honor of Karl”, Met Gala kali ini meraikan karier dan kehidupan lagenda fesyen, mendiang Karl Lagerfeld yang meninggal dunia pada tahun 2019 pada usianya mencecah 85 tahun.
Jasa serta pengaruhnya dalam industri fesyen nyata memberikan impak yang besar apatah lagi memperkasakan lagi jenama-jenama hebat seperti Balmain, Chloé, Patou, Fendi dan Chanel.
Di pameran ini, lebih daripada 150 kostum akan dipamerkan disamping hasil kerja lakaran-lakaran yang pernah diilhamkan oleh Lagerfeld. Untuk pengetahuan anda, Met Gala atau dikenali sebagai Costume Institute Benefit merupakan acara amal eksklusif yang diadakan setiap tahun di Metropolitan Museum of Art di New York setiap tahun pada Isnin pertama bulan Mei.
Sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu gaya selebriti yang hadir pada karpet merah tersebut. NONA secara eksklusifnya menyenaraikan antara gaya yang menarik perhatian.
Tan Sri Michelle Yeoh
2. Jennifer Lopez
3. Jennie
4. Salma Hayek
5. Gigi Hadid
6. Dua Lipa
7. Kim Kardashian
8. Anne Hatheway
9. Rihanna
10. Olivia Rodrigo
Kredit foto: Getty Images via Instagram @JustJared
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan hanya cantik tetapi Manita Duangkham Farmer juga bijak dan aktif dalam aktiviti sukarelawan. Tidak hairanlah wanita cantik ini berjaya dimahkotakan sebagai Miss Thailand 2022 pada 6 Februari lepas.
Berusia 25 tahun, Manita Farmer yang dilahirkan dan dibesarkan di Phuket memiliki darah keturunan Thailand-Amerika tersebut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 800,000 baht atau bersamaaan kira-kira RM101,533.
Tidak hanya bergelar graduan kelas pertama ijazah sarjana muda Seni Komunikasi dari Bangkok University International College, wanita sofistikated berjiwa prihatin dan berwawasan ini turut memanfaatkan masanya bekerja sebagai pengurus jualan di samping menjadi guru sukarelawan.
Bertitik-tolak daripada penglibatan Manita dalam pertandingan ratu cantik ini, dia bakal membawa suara wanita dan masyarakat Thailand, menyertai lebih banyak misi sukarelawanan, memartabatkan pendidikan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik selain menjadi bakal menjadi duta kebudayaan dan pelancongan Thailand.
Miss Thailand 2022 kali ini merupakan pertandingan ratu cantik edisi ke-53 bertemakan ‘Revival of the Original’ yang dahulunya dikenali sebagai Miss Siam yang diadakan sejak 1934.
Memetik laporan The Star, Manita mengalahkan empat finalis Thailand di peringkat akhir. Tempat kedua disandang Anphat Pitiprajakwat dari Nakhon Pathom, diikuti Vanida Rose (Bangkok), Athicha Rennie (Kanchanaburi) dan Sornson Wittayaruengsuk dari Bangkok.
Sementara itu portal The Phuket News pula mendedahkan Manita sebelum ini pernah menyandang tempat kedua dalam Miss Grand Phuket 2017 dan menyertai Miss World Thailand pada 2018. Dia berjaya menurunkan berat sehingga 40 kilogram daripada berat asal 90 kilogram semata-mata untuk memasuki pertandingan ratu cantik ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.