Macam anak kacukan! Memang terserlah wajah cantik Salsabil Qur’ani. Patutlah namanya tengah jadi bualan hangat. Lebih-lebih lagi sejak video TikTok Salsabil di samping bapa tersayang ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan baru-baru ini bertebaran di media sosial.
Sejak itu, ramai yang mula meminati dan mengenali anak pasangan selebriti popular, Mustapha Kamal dan Susan Manen tersebut.
Menjenguk media sosial milik Salsabil Qur’ani, gadis ini baru berusia 18 tahun. Daripada raut wajahnya jelas dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Susan Manen yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993!
Mana tidaknya, aktres popular Pengantin 1 Malam itu mempunyai darah kacukan Inggeris dan Portugis. Jadi tak hairanlah anak-anak pun kacak dan cantik.
Ads
Sepasang mata bundar, hidung mancung, rambut ikal mayang dan senyuman manis yang dimiliki Salsabil membuatkan sesiapa saja tertawan.
Sebagai anak pelakon popular dan darah seni yang mengalir dalam diri, Salsabil turut tidak melepaskan peluang mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai pelakon.
Sekitar hujung tahun lalu, dia membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di samping bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.
Ads
Selain Salsabil, pasangan romantis Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga cahaya mata lagi iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.
Kredit foto: Instagram Salsabil Qurani, Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai yang nak tahu rahsia di sebalik penampilan menawan ibu kepada seorang anak ini.
Biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, Bunga Citra Lestari kekal ‘awet muda’ berbanding usia sebenar.
Kulitnya masih tampak tegang dan glowing sama seperti ketika di awal-awal pembabitannya dalam industri hiburan.
Berikut rahsia kekal menawan Bunga Citra Lestari pada usia 40 tahun: –
Kerap Bersenam
Menyingkap beberapa hantaran di Instagramnya, Bunga Citra Lestari sering melakukan senaman Pilates. Dia kerap melakukan senaman ini di pusat kecergasannya sendiri.
Selain pilates Bunga Citra Lestari juga gemar berenang, berlari dan yoga. Apabila bersukan, dia biasanya ditemani anak lelaki tunggalnya, Noah Sinclair.
Menurut Bunga Citra Lestari, dia mahu membiasakan Noah mengamalkan gaya hidup sihat. Dia mengakui minat bersukan diilhamkan oleh arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
Rawatan Kulit
Bagi seorang artis, melakukan penjagaan kulit di klinik kecantikan adalah perkara ‘wajib’. Apatah lagi Bunga Citra Lestari, amat menitikberatkan kepentingan penjagaan kulit.
Dalam hantarannya di media sosial, Bunga Citra Lestari pernah melakukan rawatan kulit di Amerika Syarikat dan menggunakana khidmat doktor profesional.
Selain klinik kecantikan, Bunga Citra Lestari turut melakukan rawatan kulit di rumah.
Jaga Pemakanan
Bunga Citra Lestari sentiasa menjaga pemakanan agar badan kekal sihat. Antaranya, tidak mengambil terlalu banyak makanan berlemak atau tinggi gula.
Selain itu, Bunga Citra Lestari turut mendidik Noah mengamalkan pemakanan sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seharian suntuk di pejabat, harapkan pulang ke rumah nanti ada gemalai jari jemari membelai tubuh lesu. Tempoh lebih lapan jam memang memenatkan, apa lagi terpaksa meredah kesesakan lalu lintas untuk pulang berehat. Namun seringkali kepulangan tidak dinanti, betapa hampanya hati melihat sang suri tidak mengambil peduli.
Sewaja-waja besi, lebur juga dimamah api. Inikan pula lelaki, mudah saja cair dipujuk rayu isteri. Namun tanpa dijangka, MASA bisa melupakan. Tiada lagi layanan kelas pertama buat suami tercinta, ucapan cinta sayang apalagi peluk dan cium. Segalanya kini bagaikan hambar dimamah usia.
Lelaki, walaupun bibirnya membisu seribu bahasa, hatinya tetap becok berkata-kata. Kami bukan berkira, kami hanya mahu diri ini kembali dihargai, ingin terasa kembali dijaga rapi, dibelai dan dimanja seperti dulu. Justeru wahai isteri, ambillah peluang ini untuk kembali menjadi puteri, yang sesekali menghamba diri buat kekasih hati. Curilah sedikit masa luang, buatkan kami makanan kesukaan, sesekali kita ke pantai berlarian atau cukuplah temani kami menonton di kamar tv.
Hubungan rumahtangga perlu sentiasa dibajai dengan kasih sayang. Ia bukan tindakan bermusim, ada masanya anda peduli dan ada masanya tidak mengerti. Ia mesti dilakukan pada setiap ketika dalam kehidupan anda dan pasangan. Menurut kajian, majoriti 60% golongan lelaki mengharapkan isteri yang sedia mendengar dan memahami keadaan mereka. Ini bererti rumahtangga dibina agar hidup lebih bererti, berteman dan tidak bersendiri. 40% lagi mahukan isteri yang mampu menjadi suri terbaik dan penyayang terhadap anak-anak manakala selebihnya ingin melihat isteri menjadi kekasih terhebat. Lihatlah begitu besar impian lelaki dalam perkahwinan, namun duhai wanita, tahukah anda apa yang paling dihargainya?
Hadiahkanlah sebuah senyuman manis kala menyambutnya pulang dari tempat kerja. Itu lebih memadai menjadi penyelamat dari hubungan yang kian renggang, hambar tanpa belaian. Curilah sedikit waktu, semarakkan sumbu asmara agar rumah tangga kembali hangat bergelora. Ikuti tip NONA tentang cara istimewa, 7 yang lelaki harapkan sekembalinya mereka dari kerja.
Benar kata orang, rumahku syurgaku. Justeru, pastikan dekorasi kediaman anda cantik tersusun kemas. Jangan biarkan permainan si comel bertaburan, gusar menambah semak di fikirannya. Semburkan pewangi lavender ke seluruh rumah atau nyalakan sedikit minyak aromaterapi untuk menaikkan mood. Alunan muzik sentimental juga mampu membantu.
Ya, sedikit sifat keanak-anakan masih comel dipraktiskan untuk bermanja dengan suami. Pulang saja dari pejabat, alangkah senangnya hati melihat isteri datang membantu membukakan pintu. Bagaikan hilang segala tekanan. Nah, kala bersenang-senang di kamar tidur, nikmati masa bermain mata dan berjenaka.
Seluruh sendi terasa sengal melenguhkan, inilah masanya untuk merasa urutan isteri mengendurkan otot-otot yang sakit. Sambil membelai tengkuk dengan lembut, tumpukan urutan di bahagian bahu, kepala dan tapak kaki.
Lelaki inginkan keperluannya ditanya dengan nada lembut dan sedikit berbisik. Mungkin banyak yang dipintanya, sabarkan hati kerana sepanjang hari itu mungkin terlalu banyak pemberiannya kepada orang lain.
Sarungkan pijama lembut kain kapas atau persalinan yang kemas bersih. Ia cukup memberi keselesaan kepada anda dan pasangan. Usah sekali-kali melayan suami dengan persalinan kusam bertanda tumpahan sisa kari.
Semburkan pewangi yang lembut memikat, lapisan demi lapisan. Rendamkan tubuh dalam tab buih mandian dan sental kulit-kulit mati di tubuh. Cuci rambut agar harumannya bertebaran. Kemudian taburkan bedak talkum wangi ke seluruh tubuh, sebaiknya yang tahan lama berpanjangan. Akhiri dengan semburan pewangi dari haruman senada, caranya dengan menyembur ke udara dan berjalanlah di bawah titisan wap.
Selepas menjalankan semua tanggungjawab suri mithali dan memastikan keperluan suami dilayan sesempurna mungkin, berikanlah masa untuknya berehat dan tidur. Jangan mengharapkan balasan dan terasa hati dengan tindakannya kerana seharian suntuk dia bekerja untuk kebahagiaan anda dan keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan, menjadi antara tarikan di Negeri Sembilan.
Masjid yang dibina pada tahun 2015 melalui konsep wakaf itu mampu memuatkan sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di Negeri Sembilan.
Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu baru-baru ini menerima kunjungan istimewa dari KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Untuk info, masjid tersebut diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain dan isteri, Puan Sri Hani Yang Mohd. Yatim. Ini merupakan masjid kedua diwakafkan oleh Abd Rashid selepas Masjid Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 yang dibina dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.
Tarikan utama Masjid Sri Sendayan yang dibina dengan kos lebih RM100 juta itu adalah hasil seni dan arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Kebanyakan seni bina itu ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar.
Masjid itu terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah, dewan solat kedua (800 jemaah) dan dewan solat wanita (800 jemaah).
Selain itu , masjid itu turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid.
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, semalam. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 6.30 petang disambut oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd. Rashid Hussain.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa melihat keindahan seni bina masjid sebelum menunaikan solat maghrib, diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sri Sendayan Ustaz Mohd. Nazri Abu Zarim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menunaikan solat isyak, diimamkan oleh Imam 3 Masjid Sri Sendayan Sheikh Mohamed Abdelnaby.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.