“Majlis Tak Perlu Terlalu Grand” SHARIFAH ROSE Kongsi ‘Dream Wedding’ Mengharapkan Jodoh Yang Terbaik

Semoga termakbul impian pelakon cantik, Sharifah Rose untuk menamatkan zaman bujang sebelum usianya 30 tahun. Mungkin tahun depan, siapa tahu kan?

Kredit Foto sharifahrose_

Didoakan agar jodoh itu adalah yang terbaik buat Rose. Paling penting doa dan restu keluarga yang menjadi kunci kebahagiaan.

Perkahwinan Impian

Baru-baru ini penulis berpeluang menemu bual Sharifah Rose dan ibunya, Noraini Dahlan. Antara perkongsian ialah berkenaan perkahwinan impian Sharifah Rose serta harapan ibu terhadap anak kesayangannya itu.

“The perfect wedding is always intimate, close tak perlu macam too grand. Cukup untuk merapatkan semua orang yang penting dalam hidup saya,” luah Sharifah Rose.

Usah Membazir

Menurut ibunya pula, memang itulah yang sering dipesan terhadap anak-anak, kahwin jangan membazir. Ini kerana perkahwinan dibina selepas majlis. Bagaimana untuk membawa perkahwinan itu dan meneruskan kehidupan bersama.

“So the simple is the best. Saya tak ada meletakkan apa-apa syarat, yang penting tuan badan,” tutur ibu Sharifah Rose.

BACA JUGA: “No Wonder Lah Rose Cantik!” Wajah Awet Muda Ibu Sharifah Rose Curi Tumpuan, Macam Kakak-Adik

Berusia 27 tahun, Sharifah Rose meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 30 tahun, jika diizinkan Allah SWT.

“Umi selalu pesan, kalau nak cari suami tu carilah yang macam bapa saya sendiri. Sebab bapa seorang yang sangat family first.”

Anak Sulung, Hargai Jasa Ibu Bapa

“Sebagai anak sulung saya banyak pendam. Namun, saya sangat rapat dengan adik. Kami pun dua beradik je. Kalau tentang pasangan selalunya saya akan bercerita dengan adik can dialah yang selalu jadi tukang sampai.”

Seterusnya sebagai anak sulung juga, Sharifah Rose sangat menghargai jasa kedua ibu bapanya.

“Umi bukan saja ibu malah beliau juga adalah pengurus saya. Sambil uruskan  saya, Umi juga ada kerjayanya sendiri. “

Ingat Asal Usul

Manakala bagi ibunya pula menyfatkan Sharifah Rose seorang yang sangat bertanggungjawab bukan saja terhadap dirinya sendiri bahkan keluarga.

“Nasihat saya kepada Rose, kalau terbang jauh sekali pun jangan lupa asal usul. Di mana dia bermula. Ke mana dia pergi, dia bawa nama keluarga.”

Bagi Sharifah Rose, Ini adalah masa untuk dia membalas semula jasa-jasa kedua ibu bapa.

“Peranan keluarga adalah sangat openting dalam kerjaya saya.. Mereka menjaga saya dengan sangat baik. So, I always want to give more and more to my family.”

Share
Published by
Amy Mohd