Mampu Pengaruhi Pencinta Fesyen, Bella Hadid Diangkat ‘Power Dresser of the Year 2022’

Aura dan tarikannya luar biasa. Berbeza daripada supermodel antarabangsa yang lain, Bella Hadid dikatakan mampu mempengaruhi fashionista atau pencinta fesyen untuk membeli item yang diperagakan. Inilah yang membuatkan beliau terpilih sebagai ‘Power Dresser of the Year’ sepanjang tahun 2022.

Menurut Vogue, adik kepada Gigi Hadid itu layak diangkat bukan kerana statistik dan populariti semata-mata tetapi kerana pakaian yang dikenakan memicu peningkatan jualan secara positif.

Melalui daftar unjuran sepanjang 12 bulan, kebanyakan fesyen yang dipakai Bella Hadid mampu mendorong pembeli untuk mencari pakaian serupa di platform fesyen antarabangsa, Lyst.

Umpamanya jualan korset meningkat 70% dan celana kargo 56% setelah dipakai oleh Bella Hadid dalam pelbagai situasi.

GOTHAM GETTY IMAGES

 

GOTHAM GETTY IMAGES

 

GOTHAM GETTY IMAGES

 

Bella Hadid juga menjadi pencetus trend sepatu platform but Ugg yang akhirnya viral di TikTok. Ia melengkapi gaya itu dengan busana lainnya yang memberikan kesan cozy

pada keseluruhan penampilan.

Lyst melaporkan, item fesyen tersebut terjual dengan peningkatan pencarian sebesar 152% dan telah sold out di aplikasi tersebut.

Bella Hadid juga pernah menggemparkan warga maya apabila tampil di atas runway Coperni dengan gaun cairan khas sewaktu Paris Fashion Week. Digelar ‘Viral Moment of the Year’, video tersebut meraih tontonan hingga melebihi 1 juta di TikTok. Ini melonjakkan carian ke atas jenama Coperni hingga 3,000% dalam tempoh yang singkat!

 

************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link

)

************

 

Jika tidak melenggang di atas pentas fesyen mengenakan busana pereka dunia, gaya santai Bella Hadid tetap mencuri perhatian.

Wanita berusia 26 tahun ini tidak janggal menggayakan outfit mix & match agar lebih bergaya. Maka tidak hairanlah jika Bella Hadid diangkat menerima pengiktirafan ini, paling layak!

IKLAN
Share