Aura dan tarikannya luar biasa. Berbeza daripada supermodel antarabangsa yang lain, Bella Hadid dikatakan mampu mempengaruhi fashionista atau pencinta fesyen untuk membeli item yang diperagakan. Inilah yang membuatkan beliau terpilih sebagai ‘Power Dresser of the Year’ sepanjang tahun 2022.
Menurut Vogue, adik kepada Gigi Hadid itu layak diangkat bukan kerana statistik dan populariti semata-mata tetapi kerana pakaian yang dikenakan memicu peningkatan jualan secara positif.
IKLAN
Melalui daftar unjuran sepanjang 12 bulan, kebanyakan fesyen yang dipakai Bella Hadid mampu mendorong pembeli untuk mencari pakaian serupa di platform fesyen antarabangsa, Lyst.
Umpamanya jualan korset meningkat 70% dan celana kargo 56% setelah dipakai oleh Bella Hadid dalam pelbagai situasi.
GOTHAM GETTY IMAGES
GOTHAM GETTY IMAGES
GOTHAM GETTY IMAGES
Bella Hadid juga menjadi pencetus trend sepatu platform but Ugg yang akhirnya viral di TikTok. Ia melengkapi gaya itu dengan busana lainnya yang memberikan kesan cozy pada keseluruhan penampilan.
Lyst melaporkan, item fesyen tersebut terjual dengan peningkatan pencarian sebesar 152% dan telah sold out di aplikasi tersebut.
Bella Hadid juga pernah menggemparkan warga maya apabila tampil di atas runway Coperni dengan gaun cairan khas sewaktu Paris Fashion Week. Digelar ‘Viral Moment of the Year’, video tersebut meraih tontonan hingga melebihi 1 juta di TikTok. Ini melonjakkan carian ke atas jenama Coperni hingga 3,000% dalam tempoh yang singkat!
IKLAN
************
IKLAN
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
************
Jika tidak melenggang di atas pentas fesyen mengenakan busana pereka dunia, gaya santai Bella Hadid tetap mencuri perhatian.
Wanita berusia 26 tahun ini tidak janggal menggayakan outfit mix & match agar lebih bergaya. Maka tidak hairanlah jika Bella Hadid diangkat menerima pengiktirafan ini, paling layak!
Nama selebriti Nur Amirah Filzah Badioezaman atau Mira Filzah, terus menjadi bualan biarpun selepas berumah tangga. Tampil santun dengan imej Muslimah, kerjaya seni Mira terus meningkat dari seorang blogger, model, Instafamous, pengacara dan pelakon.
Gaya hijabi Mira sering menjadi rujukan gaya di kalangan wanita bertudung. Wanita bijak lulusan UiTM dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa ini bukan saja pandai berfesyen, malah sering keluar dari zon warna-warna selamat dengan mengenakan busana merah cili atau biru elektrik.
Bagi pengikut media sosial Mira, majoriti maklum bahawa beliau adalah duta kepada jenama besar seperti Ariani serta kerap menjayakan kempen-kempen antarabangsa seperti Uniqlo. Terkini, wanita berusia 28 tahun itu mengumumkan pula kolaborasinya dengan LILIT.
BUAH HATI MALAYSIA
LILIT merupakan sebuah jenama lokal yang menghimpunkan pelbagai ceraian RTW. Banyak kolaborasi dilancarkan dengan ikon-ikon fesyen Malaysia, antaranya Scha Alyahya, Izara Aishah dan Fizi Woo. Di bawah arahan Pengarah Kreatifnya, Min Luna, LILIT. terus mempertaruhkan koleksi sopan buat peminat fesyen tanah air.
Kolaborasi dengan Mira Filzah antara tarikan terbaharu LILIT. dan yang pertama pada tahun ini. Menariknya, ia membawakan aneka fesyen untuk bersantai dengan corak cetakan yang menarik hati dan warna-warna pastel yang lembut, lagi menawan.
Konsep kolaborasi ini diilhamkan oleh personaliti Mira Filzah sendiri, yang merupakan seorang pelakon manis dan peramah yang menjadi kesayangan ramai. Dengan koleksi ini, LILIT mempamerkan auranya ibarat tumbuhan yang mengejar matahari, sentiasa subur menjalar di bumi biar setinggi mana ia tumbuh.
Koleksi ini juga ditumpukan kepada gaya peribadi Mira yang santai, diperlihatkan menerusi corak cetakan yang menyerlahkan kesegaran dan keremajaan, serta kebebasan seperti sang rama-rama.
Diilhamkan oleh rencah masam manis hidup ketika pandemik kini, dengan perintah kawalan pergerakan yang masih berkuatkuasa, ramai mencari cara kreatif untuk membebaskan diri daripada kebosanan duduk di rumah.
LILIT. X Mira Filzah mengajak kita untuk menerokai your own sweet escape dengan menyuntik kemanisan warna dan cetakan riang pada setiap helaian dalam koleksi santai ini.
Koleksi LILIT. X Mira Filzah membawakan beberapa fesyen unik seperti Kemeja Asimetri, Baju Berkolar Beralur, Skirt Satin Overlap dan Pleated, Tudung Bawal dan Selendang Bercetak dan juga pelitup muka, berharga di antara RM39 – RM199. Sangat berbaloi!
Weekend Max Mara mencipta detik bersejarah yang tersendiri dengan pembukaan butik pertamanya di pusat membeli belah bertaraf dunia iaitu Pavilion Kuala Lumpur.
Butik seluas 90 meter kaki persegi ini terletak di lokasi strategik iaitu tingkat tiga bahagian Centre Court pusat membeli belah mewah itu. Ianya merangkumi elemen estetik penuh bergaya “Home away from Home” serta mesra pelanggan.
Dilengkapi ruang butik yang selesa dan chic, Weekend Max Mara turut dilengkapi dengan reka bentuk perabot yang sederhana, bersih, klasik dan neutral hues.
Selain itu, butik ini dibuka bersama ‘Flutterflies’ yang merupakan Weekend Max Mara Signature Capsule Collection untuk Spring Summer 2021.
Ianya kolaborasi bersama ilustrator Amerika dan artis pop, Donald Robertson. Flutterflies turut menampilkan Sofia Richie sebagai wajah kempen. Dikongsi oleh Robertson dan Weekend Max Mara, warna-warna cerah serta cetakan rama-rama yang ‘hidup’ menjadi motif ikonik.
Sebagai melambangkan usaha yang berterusan, Weekend Max Mara turut memperkenalkan koleksi Signature Capsule. Weekend Max Mara terdapat di 250 butik mono-brand dan juga gedung membeli belah terkemuka di seluruh dunia.
Penampilan anggun untuk wanita korporat adalah kunci utama untuk bergaya ketika bertemu dengan pelanggan mahupun rakan perniagaan. Wanita korporat dikaitkan dengan gaya serius dan kemas ketika ke pejabat. Apabila menempatkan diri dalam bidang perniagaan atau dunia korporat, gaya seseorang itu amat penting kerana kita menjadi tumpuan apabila sedang membentangkan kertas kerja atau berucap di dalam bilik mesyuarat.
Ada yang percaya bahawa tahap keyakinan seseorang timbul melalui cara kita berpakaian dan seterusnya akan membangkitkan tanggapan pertama daripada khalayak ramai. Maka pada hari ini pelbagai kemeja berkolar, blazer, skirt dan seluar menjadi pilihan wanita ketika hendak ke pejabat. Rekaan terkini yang menepati peredaran zaman jangan dijadikan alasan untuk kelihatan kusam dan serabut. Melangkah keluar dari kereta mewah anda, sudah pasti ramai yang melirik atau tak kurang juga yang memandang dari atas hingga ke bawah apa yang anda pakai.
Perasaan tidak selesa timbul takut ada yang mengatakan ketidak serasian pakaian pejabat anda terserlah. Maka, pemilihan pakaian pejabat yang kena dengan diri anda menjadi aset agar tampil bergaya. Untuk anda yang perlu kelihatan professional ketika menghadiri urusan pejabat, penampilan yang bijak dan elegan sudah tentu menjadi pilihan yang tepat dengan padanan yang sesuai dan berkarisma. Kepentingan Sut Wanita Korporat Menggambarkan personaliti, keyakinan, kematangan dan menampakkan ciri intelektual sebagai wanita korporat.
Direka untuk wanita korporat ketika menghadiri majlis dan acara yang melibatkan perniagaan atau urusan rasmi pejabat. Pakaian korporat menunjukkan betapa seriusnya anda ketika menjalankan tugasan. Membolehkan anda berkomunikasi dengan baik dan meningkatkan tahap keyakinan anda Sut dihasilkan dengan beberapa rekaan antaranya termasuklah sut tiga helai, sut dua helai dan sut santai yang dihasilkan dari fabrik Satin Tweed, Sutera dan Suede Koduroi.
Jika berhajat untuk membeli sut baru pastikan kualiti fabrik menjadi perhatian utama anda. Ini kerana kualiti yang baik membolehkan anda bergerak selesa ketika menjalankan tugas. Pastikan padding tidak terlalu tebal pada bahu sut kerana ia akan mencacatkan penampilan anda bak pemain ragbi.
Blazer hendaklah mempunyai ruang untuk blaus, vest dan cardigan yang hendak dipakai. Pastikan kemeja lengan panjang selesa dengan blazer yang hendak disarung. Skirt dan blazer Padanan dua persalinan ini paling sesuai untuk wanita korporat. Ia menonjolkan ketrampilan anda sebagai seorang wanita yang berkarisma. Walaupun matlamat anda adalah untuk ke pejabat, namun ia juga sesuai jika anda ingin bersantai selepas waktu kerja. Mungkin ingin duduk menenangkan tekanan kerja bersama-sama rakan.
Gayakan skirt dan blazer dengan warna hitam atau biru tua ketika hendak menghadiri majlis formal. Tip Wardrobe untuk sut anda, pastikan sut yang dipilih sesuai dengan bidang pekerjaan dan stail anda Pastikan anda memakai stoking kulit dan kasut bertutup ketika menggayakan sut dengan skirt. Walau bagaimanapun, sut yang dipadankan dengan seluar panjang adalah paling selamat jika anda kurang gemar menyarung stoking kulit Warna hitam dan biru gelap adalah merupakan warna korporat yang tampil professional.
Membeli sut rona cerah juga tidak menjadi halangan untuk anda tampil berani bergaya ke pejabat seperti rona merah jambu atau kelabu. Harus ambil tahu tip ini. Tip pakaian Pejabat Untuk urusan rasmi – padanan skirt dan blazer atau seluar dan blazer. Kasut bertutup (bukan sandal). Gayakan dengan kemeja kain lembut, dandanan rambut yang kemas, aksesori, dan sedikit solekan sudah memadai. Gaya korporat ala kasual – Pakaian seperti sundress yang digayakan bersama blazer hitam tampil kasual ketika ke pejabat tetapi pastikan tidak terlalu santai. Boleh juga dipadankan antara blaus bercorak bunga atau abstrak dengan skirt rona yang bersesuaian dengan blaus.
Pakaian kasual hari Jumaat – sesetengah organisasi mempunyai shirt polo yang bercetak logo organisasi tersebut. Maka, sesuai digayakan dengan khakis atau denim tetapi asalkan kemas dan tampil professional. Berbaju kurung juga buat anda kelihatan manis dan sopan. Sesekali gayakan dengan rantai manik yang ringkas rekaannya. Jangan pula seperti menghadiri majlis perkahwinan.
Tentukan matlamat kenapa anda ingin bergaya ketika ke pejabat. Adakah untuk meningkatkan profesionalisme, imej, atau pun prestasi anda? Stail, warna, dan kesesuaian pakaian menentukan tahap kemampuan anda ketika menjalankan tugas. Jika anda begitu prihatin terhadap kerjaya anda, maka penampilan anda harus dititik beratkan lagi supaya lebih professional tetapi dalam masa yang sama stail dikekalkan.