Masih Aktif Nyanyi & Dah Ada 2 Cucu, Ismaliza Kakak Tomok Ini Tampil Jelita Usia 46 Tahun!

Makin menginjak usia, makin terserlah cantik Ismaliza Ismail! Mula mencipta nama sejak menyertai program realiti hiburan popular Akademi Fantasia Musim Ketujuh (AF7), Ismaliza atau lebih dikenali sebagai Isma merupakan kakak kepada penyanyi terkenal tanah air, Tomok.

Isma menerusi media sosial miliknya turut berkongsi perkembangan diri dan kehidupan di samping keluarga tersayang.

Meskipun agak lama tidak muncul di kaca televisyen namun ibu jelita ini masih aktif menyanyi dan memenuhi jemputan nyanyian sama ada di majlis santai mahupun rasmi.

Artikel https://www.nona.my/bertugas-sebagai-pramugari-anggun-berhijab-cantik-nelissa-senrose-kakak-sulung-adik-beradik-senrose/

Ismaliza Ismail Masih Aktif Nyanyi

Baru-baru ini Isma diundang mengadakan persembahan di Jom Santai X Syahmi Syazli bersama beberapa selebriti tanah air seperti Aznah Hamid, Saiful Apek dan Fad Bocey.

Selain menyanyi, Ismaliza Ismail juga rancak mempromosikan pembelajaran interaktif E-Pendidikan Realiti Maya VR dari GHA International di sekolah-sekolah sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Meskipun sibuk menjana pendapatan namun keluarga tetap menjadi keutamaan buat personaliti ini. Meniti usia 46 tahun, Isma bijak menjaga penampilan diri agar sentiasa berperwatakan menarik dan bertenaga.

Tak dinafikan, kejelitaan Isma jelas terserlah walau usianya mencecah 40an. Apatah lagi, dia juga sebenarnya sudah pun bergelar nenek kepada dua cucu!

Membahasakan dirinya dengan gelaran Mamawan, Isma menerima kehadiran dua cucu kesayangan tahun ini iaitu Malik dan Nayla Sofea.

Terdahulu, Ismaliza Ismail mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Zul 2 By 2 atau nama penuhnya Zulkifli Majid pada 16 April 1998. Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan dilaporkan bercerai pada awal tahun 2018 selepas hampir 19 tahun menjadi suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, Muhammad Haiqal Aydiel, Seri Aida Merlissa, Seri Ayreen Merlynda dan Seri Adryana Mercella.

Kehidupan Bahagia Ismaliza Ismail

Kira-kira setahun menggalas tugas sebagai ibu tunggal, dia kemudian bertemu jodoh dengan Mohd Dzaki dan selamat bernikah pada 21 Disember 2019. Walau usia suami lebih muda namun ia bukan halangan buat mereka untuk melayari rumah tangga dengan aman dan bahagia.

Malah, Mohd Dzaki atau disapa Abang Yun mesra melayan anak-anak dengan baik. Bersempena ulang tahun perkahwinan kelima yang lalu, Isma tidak ketinggalan menitipkan doa terbaik buat perkahwinan mereka.

“Selamat Hari Kita sayang. Alhamdulillah 5 tahun dah. Thank you

selalu ada, thank you sayang I and anak-anak, menantu semua.

You sederhana tapi I cinta. Sayang sangat. Semoga ikatan kita selalu dalam rahmat dan kasih Allah.”

Moga ikatan suci yang dibina Isma dan Dzaki sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

Bedak asas yang ringan dan berkualiti Skintific ini memang sesuai untuk kegunaan harian. Beli sini. 

 

Share
Published by
Suzi