Siapa yang tidak mengenali pelakon berbakat besar Fasha Sandha yang cukup popular dengan aura serta mutu lakonannya. Baru-baru ini Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video anak perempuannya, Aisha Amaira di laman Instagramnya nyata mencuri tumpuan ramai pengikut di laman Instagram.
Manakan tidaknya, menerusi video tersebut, pelakon berusia 38 tahun itu merakam momen Aisha yang dilihat sedang menikmati biskut di dalam ‘stroller’ ketika mereka sekeluarga membeli makanan di restoran Subway.
Ads
Rakaman tersebut memaparkan pelakon tersebut mengusik anaknya yang berusia dua tahun itu namun tidak diberikan kanak-kanak berkenaan.
Ads
Ternyata telatah bersahaja kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, apatah lagi dengan kecomelannya apabila warga maya lebih tertumpu kepada kecomelan Aisha. Kelentikan bahagian matanya cukup menawan sekali walaupun baru berusia 2 tahun, buatkan ramai tidak jemu memandang dan memuji wajahnya.
Mengintai ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat terpesona dengan raut wajah wajah anak pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu. Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu mengatakan wajah Aisha sememangnya mirip seperti anak perempuan kepada pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Sumayyah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah Nona ucapkan kepada pelakon Datin Elvina Mohamad dan suaminya Datuk Haniff Borhan kerana bakal menimang cahaya mata lelaki. Datin Elvina dijangka bakal melahirkan bayi sulung mereka penghujung tahun ini.
Rasa teruja pasangan ini untuk menimang cahaya mata dikongsikan bersama peminat di laman instagram dengan memuat naik beberapa foto maternity shoot. Mana tidaknya, mereka berdua akan bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Mesti berdebar-debar jantung dibuatnya menunggu kelahiran kan?
Alahai, nampak sweet sangat semua gambar-gambar daripada mommy to be and daddy to be ni. Nampak tenang dan jelas terpancar kasih sayang antara pasangan suami isteri. Tak percaya, cuba tengok ni.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa peminat yang mendoakan agar Datin Elvina dan bayi dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.
Sumber gambar: instagram Datin Elvina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat hati seorang ibu untuk menerima kenyataan saat mengetahui anak tercinta akan membesar tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Saat anak disahkan mengalami masalah autisme, Nadeera Ismail reda dengan ketentuan Ilahi. Ketika umur mencecah dua tahun, anak lelaki kepada jurusolek selebriti terkenal ini, Noah Idris Ishmael disahkan autisme oleh pakar perubatan.
“Sejujurnya perasaan saya ketika pertama kali mengetahui mengenai Noah, saya amat sedih dan hiba. Perkara ini amat mengejutkan saya. Kehidupan saya ketika itu bertukar dalam sekelip mata. Namun saya menganggap ia sebagai pengalaman terbaik dalam hidup saya yang pernah saya lalui. Saya menganggap ia sebagai dugaan dari Allah dan saya percaya dugaan yang diberikan olehNya mengajar dan menyedarkan kita dari kekhilafan, “ ujar Nad penuh tenang.
“Sebagai langkah awal, saya ada membawa anak saya berjumpa dengan pakar. Selain itu, saya juga mencuba cara Islamik dan saya cuba untuk memberi keseimbangan buat kedua-dua jenis rawatan ini. Apa yang pasti, saya tidak mahu menunggu sehingga anak saya besar untuk diberikan rawatan kerana apa yang saya perasan, kanak-kanak autistik ini lebih jelas kelihatan apabila mereka meningkat dewasa.
Malah saya rasa ia bukanlah satu kerugian jika mengambil langkah awal untuk memberikan rawatan buat anak saya. Mungkin rawatan awal yang saya berikan ini sedikit sebanyak membantu Noah untuk memiliki masa depan yang lebih cerah.”
Dalam mendidik anak yang mengalami masalah autisme ini, tentunya pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Berbeza dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bagi Nad, kesabaran adalah kata kunci buat semua masalah. Setiap ibu bapa yang mempunyai anak autistik ini perlu mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi.
“Sejujurnya sikap sabar yang tinggi perlu ada dalam diri. Saya perlu korbankan banyak perkara namun ia bukanlah alasan untuk saya dan Noah untuk tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti keluarga normal yang lain. Saya juga tidak pernah menghalang Noah daripada bercampur dengan dunia luar dan saya perlu terima pandangan masyarakat sama ada negatif atau pun positif. Walaupun ada segelintir masyarakat yang kurang faham dengan keadan Noah, saya tidak peduli dan “I cant put any autistic sign” pada dahi Noah. Walaupun begitu, kadangkala saya menerangkan keadaan Noah kepada mereka, “ jelas Nad.
Tambahnya lagi, “Saya menghantar Noah di salah sebuah hospital yang terletak di Bangsar untuk rawatan terapi pertuturan (speech theraphy) seminggu sekali. Saya juga membawa Noah berjumpa pakar autistik tiga bulan sekali. Selain itu Noah juga menjalani rawatan terapi gerak kerja (occupational therapy). Rawatan ini juga boleh didapati di sekolah Noah. Jumlah keseluruhan rawatan untuk Noah lebih kurang RM5,000.
Bercakap tentang persatuan autistik, kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh persatuan ini diadakan pada hari minggu. Kerjaya saya sebagai jurusolek membataskan saya untuk menyertai aktiviti yang diadakan kerana masa saya cukup terhad pada hujung minggu. Namun saya cuba kurangkan tempahan mekap hujung minggu. Dengan cara itu, saya boleh luangkan masa bersama Noah dan melakukan aktiviti bersama,” akhirinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkulit cerah dan putih gebu sememangnya impian wanita. Tak hairanlah ramai yang sanggup berhabis duit membeli produk krim pencerah kulit yang menjanjikan kesan sekelip mata. Bila diperiksa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM), krim rupanya beracun dan ada merkuri!
NPRA KKM hari ini mengumumkan dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual. Airee Beautycare Night Creamdikesan mengandungi merkuri manakala BL Ledehh Day Cream 1 pula mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
“NPRA KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut.”
Kata Dr Muhammad Radzi, penjualan dan pengedaran dua produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
BAHAYA MERKURI
Merkuri adalah bahan yang kerap kali dijumpai di dalam produk-produk seperti krim dan sabun pencerah kulit, alit mata, pencuci muka dan maskara. Merkuri akan menghalang pembentukan melanin pada kulit seterusnya menyebabkan warna kulit bertambah cerah.
Merkuri dalam produk kosmetik hadir dalam dua bentuk sama ada dalam bentuk organik dan bukan organik. Merkuri dalam bentuk organik selalunya digunakan sebagai bahan pengawet dalam kosmetik seperti alit mata, pencuci muka dan maskara. Sementara itu, merkuri dalam bentuk bukan organik pula digunakan dalam krim dan sabun pencerah kulit.
Pendedahan kepada merkuri boleh memberi kesan mudarat terhadap kesihatan. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan sistem saraf dan boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau bayi yang baru lahir.
Selain daripada kerosakan buah pinggang, merkuri bukan organik dalam produk pencerah kulit juga boleh menyebabkan ruam, penyahwarnaan dan parut pada kulit serta mengurangkan pertahanan kulit untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain merkuri juga dikaitkan dengan gejala keresahan dan kemurungan.
Dr Muhammad Radzi menasihatkan orang awam yang menggunakan produk kosmetik berkenaan untuk segera berhenti menggunakannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.