Meleleh Air Liur Tengok Buffet Ramadan Hotel-Hotel Terkemuka Ni!

Kedatangan Ramadan sememangnya membawa seribu rahmat buat setiap umat Islam. Mana tidaknya, bulan yang penuh keberkatan ini turut dikaitkn sebagai bulan rezeki buat para peniaga, tidak kira sama ada berniaga secara kecil-kecilan sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang. Menjelang 10 hari sebelum Ramadan melabuhkan tirai, NONA kongsikan beberapa lokasi buka puasa yang boleh dicuba!

 

  1. HOTEL SUNWAY PUTRA KUALA LUMPUR

Dengan lebih 100 seleksi lauk pauk Melayu, Asian dan Barat, sajian buffet di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pastinya tidak mengecewakan.

Antara menu yang disediakan termasuklah kerabu jantung pisang, kerabu lala pedas, rojak buah, tauhu sumbat, masi sushi dan aneka hidangan sushi.Jika anda menggemari hidangan seperti sup gear box, ia turut disediakan termasuklah kari kepala ikan salmon, laksa utara, udang kalio belimbing buluh, daging masak lemak cili padi, ikan masak lemak cili padi dan sebagainya.

   

Kesemua hidangan ini disediakan di bawah seliaan Eksekutif Chef Rossham Rosli yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perhotelan. Buffet Ramadan di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur pada harga RM128 nett dan separuh harga untuk warga emas serta kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. Untuk tempahan sila hubungi  +03-4040 9888.

 

  1. HOTEL SUNWAY VELOCITY MALL

Hotel bertaraf empat bintang ini turut menyediakan buffet Ramadan di Kaffeinate, yang terletak di tingkat 5 hotel. Antara hidangan yang bakal disajikan termasuklah ketupat bersama serunding, kerabu jantung pisang, kerabu daun selom, sambal jering, aneka ulam-ulaman bersama sambal belacan, sambal mangga, sambal tempoyak dan cincalok.

Selain itu, nikmati keenakan laksa kari, mihun sup utara, popia basah, sate ayam dan murtabak yang sememangnya membuka selera. Untuk hidangan utama pula, ia turut menyediakan Nasi Briyani, Ketam Kam Heong, Udang Sambal Petai, Lala Masak Manis, Ikan Keli Salai Masak Lemak, Ikan Bakar, Ayam Masak Hijau Pisang dan Daging Salai Masak Lemak Daun Rimba.

 

  1. RESORTS WORLD GENTING

Resorts World Genting  mengadakan buffet berbuka puasa di Rajawali Coffee House, Hotel Awana. Datang bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.

Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House menampilkan lebih daripada 100 hidangan serata Malaysia. Berbuka puasa dengan pelbagai pilihan kurma premium diimport khas dari Iran, Turnisia dan Maghribi. Gerai Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet Ramadan.

Buat penggemar sup, satu kios khas Sup Citarasa Awana yang merupakan kepakaran Rajawali Coffee House disediakan dengan pilihan termasuk Sup Gear Box ‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging dihidang bersama Roti Banggali untuk menjadi peneman lengkap dan dengan pelbagai hidangan lain. Untuk tempahan, sila emel awana.rajawali@rwgenting.com

atau hubungi 03 6436 9000 / 019 388 0390.

 

  1. VE HOTEL & RESIDENCE

VE Di Hati menjadi tema Buffet Ramadhan 2018 di VE Hotel & Residence yang terletak Bangsar. Tema unik menjadi pilihan VE Hotel & Residence yang menampilkan pelbagai hidangan tradisi yang pastinya mengembalikan nostalgia berbuka puasa dalam suasana kampung bersama keluarga tercinta.

Antara station hidangan yang menjadi pilihan termasuklah juadah seperti ayam percik Terengganu, gulai kawah kari kepala ikan, bubur serawa nangka,Ayam Kurma Navratan, Daging Hitam Mamak, Ayam Briyani, Madras Lamb Masala, Udang Masak Merah, Nangka Muda Masak Lemak, Sotong Goreng Kunyit, Daging Kerutub dan lebih 280 juadah yang bakal disajikan setiap hari.

Harga bufet Ramadhan yang bermula pada 17 Mei  hingga 14 June adalah RM128 untuk dewasa, RM64 untuk warga emas dan RM64 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Untuk menempah, hubungi: 03-22462888.

 

5.HOTEL ONE WORLD PETALING JAYA

Apabila tibanya Ramadan, pelbagai hidangan enak bakal disajikan untuk memenuhi citarasa dan selera. Cinnamon Coffee House, Hotel One World Petaling Jaya menyajikan menu sajian tempatan yang disediakan oleh Executive Sous Chef, Saiful Baharin. Antara menu istimewa yang disediakan termasuklah aneka acar, kerabu, ulam – ulaman dan sebagainya.

Selain itu, jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa seperti Ikan Keli Masak Berlada, Daging Deng Deng, Bubur Lambuk, Ayam Goreng Berempah, Kambing Semur dan Udang Masak Sambal Hijau. Selain itu, jangan lupa sajian enak termasuklah Rendang Ekor Lembu, Gulai Hati Lembu, Ayam Percik, Ketam Kalio, Sayur Masak Nangka, Rojak Sotong Kangkong,, Nasi Daging Briyani Gam dan banyak lagi.

Untuk yang gemarkan manisan, hidangan seperti Tepung Pelita, Pengat Pisang, Bubur Cha Cha, Kek Durian Dodol dan tiramisu kelapa juga tidak boleh dilepaskan. Juadah Nusantara boleh didapati pada harga RM168.00nett dan RM84.00nett. Untuk tempahan, sila hubungi  603 – 7681 1157 atau email kepada cinnamon@oneworldhotel.com.my

 

6.GRAND MILLENIUM KUALA LUMPUR

Kali ini, Grand Millenium Kuala Lumpur mengetengahkan aneka hidangan tempatan yang pastinya menepati citarasa para pengunjung. Bertemakan Selera Malaysia, buffet Ramadan boleh dinikmati bermula dari 16 Mei hingga 14 Jun 2018. Antara hidangan yang menanti para tetamu termasuklah gulai daging salai, kawah kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging, sotong masak hitam dan selekasi hidangan pemanis mulut seperti  pengat pisang, bubur serawa nangka dan tapai pulut. Untuk tempahan, sila hubungi +60 3 2117 4163  atau email mill@millenniumhotels.com

IKLAN
Share